Tantrum Anak Pengaruhi Personaliti, Anak Kuat Tantrum Dikatakan Cenderung Jadi Kaya?
Jika anda anda selalu tantrum, artikel ini mungkin dapat mengurangkan stress anda.
Tantrum anak merupakan perkara yang biasa bagi kanak-kanak berusia 1 tahun ke atas khususnya, dan ia sememangnya membuatkan ibu bapa pening kepala! Tambah merunsingkan lagi sekiranya tantrum teruk, dan tidak dapat mengawal kemarahan apabila inginkan sesuatu.
Namun, benarkah tahap tantrum anak boleh mempengaruhi personaliti dan keupayaan kanak-kanak dalam kehidupan dalam jangka masa panjang?
Kenapa Tantrum Anak Berlaku?
Tantrum anak berlaku apabila kanak-kanak berusia dalam lingkungan 1-3 tahun.
Ini kerana kemahiran sosial dan emosi kanak-kanak baru mula berkembang pada usia ini, dan anak-kanak masih tidak dapat meluahkan emosi mereka melalui kata-kata.
Mereka mahu membuat keputusan sendiri namun pada masa yang sama, takut dipisahkan daripada anda.
Jadi tantrum adalah salah satu cara yang anak-anak menyuarakan dan menguruskan perasaan, dan cuba memahami atau mengubah apa yang berlaku di sekeliling mereka.
Bagi kedua-dua kanak-kanak kecil dan kanak-kanak yang lebih tua, terdapat perkara-perkara yang boleh membuat tantrum lebih cenderung berlaku:
- Perangai – Ini mempengaruhi betapa cepat dan kuat anak-anak bereaksi terhadap perkara-perkara seperti peristiwa-peristiwa yang mengecewakan. Kanak-kanak yang menjadi marah dengan mudah mungkin lebih cenderung mempunyai tantrum.
- Tekanan, kelaparan, dan kelesuan – Ini boleh menjadikan kanak-kanak lebih sukar untuk menyatakan dan menguruskan perasaan dan tingkah laku.
- Situasi yang tidak dapat diatasi oleh anak – Contohnya, kanak-kanak kecil mungkin menghadapi masalah jika kanak-kanak yang lebih tua mengambil mainan.
- Emosi yang kuat – Kebimbangan, ketakutan, rasa malu dan kemarahan boleh mempengaruhi tinglahlaku kanak-kanak.
Tantrum Anak: Kanak-Kanak Dengan Tantrum Hebat Lebih Berjaya?
Menguruskan kanak-kanak yang degil dengan tantrum teruk boleh menjadi sangat mencabar.
Beberapa kali anda memberi nasihat, si kecil tetap melakukan perkara yang sama malah berdegil pula untuk melanggar peraturan anda. Ini tentunya menyebabkan ibu ayah stress!
Bertenang ya ibu ayah, satu kajian di Eropah mendapati jika anak kecil menentang anda, dan melemparkan TANTRUM yang teruk – mereka lebih cenderung untuk berjaya dalam kerjaya hebat dan menjadi kaya apabila dewasa kelak!
Wah!
Peroleh Pendapatan Lebih Tinggi, Malah Lebih Bijak Dalam Pelajaran
Satu kajian yang diterbitkan Developmental Psychology mendapati pendapatan dan pendidikan anak-anak yang menghadiri sekolah-sekolah di Luxembourg dan mendapati bahawa mereka yang menentang pihak berkuasa dan menentang ibu bapa mereka semasa fasa kanak-kanak, cenderung untuk tinggal di sekolah lebih lama, masuk pendidikan lanjut dan berjaya dalam pekerjaan teratas .
Malah satu lagi kajian dari psikologi University of Pennsylvania, Angela Duckworth, juga menyokong teori ini. Beliau berkata jika kanak-kanak memaparkan ciri keperibadian yang dilabelkan sebagai ‘grit’ sejak kecil, mereka lebih cenderung berjaya dalam hidup.
Time ada menyebut dengan lebih terperinci tentang mengapa pertembungan mungkin dikaitkan dengan kejayaan kerjaya kemudian.
“Para penulis berpendapat kanak-kanak seperti ini mungkin lebih kompetitif di dalam kelas, yang menjurus kepada gred yang lebih baik, dan ia menjadikan mereka mungkin lebih demanding sebagai orang dewasa. “Apabila berbincang mengenai rundingan gaji, mereka mungkin yang menuntut lebih banyak untuk kepentingan kewangan mereka sendiri, walaupun ada risiko bekerja dengan rakan-rakan dan rakan sekerja yang menjengkelkan. Para penulis tidak boleh menolak alasan yang lebih negatif – pemutus peraturan muda ini mungkin melakukan sesuatu yang tidak beretika apabila orang dewasa meningkatkan gaji mereka yang besar, “
Nampaknya ibu ayah kenalah bersabar sebentar dengan tantrum anak sementara waktu ini ya? Apapun pastikan anak tahu yang mana baik dan buruk supaya tantrumnya tidak melarat pula.
Semoga bermanfaat.
Bagaimana hendak mengatasi anak tantrum dan berpura-pura menangis?
Untuk dapatkan lebih banyak informasi dari theAsianparent Malaysia, boleh terus ke Facebook page kami.
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Sumber: practicalparenting
Baca juga:
10 Tip Mudah Untuk Ibu Bapa Atasi Tantrum – Perangai Anak Mengamuk