6 Alasan Kenapa Bila Anak Tantrum Itu BAGUS, Ia Melatih Perkembangan Emosi Mereka!
Sebagai ibu bapa, tentunya kadang-kadang kita hilang sabar bila anak tantrum. Namun, anda perlu tahu ada kebaikan dan manfaat yang tersembunyi di sebalik tantrum itu!
Sekiranya anda fikir berurusan dengan tantrum pada anak adalah sesuatu yang rumit dan melecehkan, cuba fikir sekali lagi. Sebenarnya, ada juga kelebihan anak tantrum yang pasti anda tidak pernah tahu!
Hakikatnya, tantrum pada anak seperti menangis, mengamuk, menendang dan sebagainya itu adalah bagus untuk perkembangan kanak-kanak dan psikologi mereka.
Laman Bright Side telah mengkaji beberapa manfaat tantrum pada anak ini, jom kita lihat satu persatu.
6 manfaat tantrum pada anak
#1. Anak belajar bagaimana menangani situasi yang mengecewakan
Tantrum sering berlaku apabila kanak-kanak mendengar perkataan TIDAK dari ibu bapanya.
Walaupun anda tidak mahu mendengar anak tantrum namun, anda harus menetapkan ketegasan itu kerana setiap kehendak manusia tidak mungkin dapat dipenuhi secara keseluruhannya.
Jika anak dapat belajar memahami ini, maka dia dapat belajar bagaimana mengatasi kekecewaan itu.
#2. Anak berasa selamat untuk berkongsi emosi dengan anda
Sekiranya anak melontarkan tantrum di hadapan anda, ini bermakna dia rasa selamat untuk meluahkan perasaan dan emosinya itu. Oleh itu, tunjukkan sikap belas kasihan dan bantu anak berhenti menangis dan biarkan kekecewaan itu berlalu pergi.
#3. Tantrum pada anak dapat menghilangkan stres mereka
Sebagai orang dewasa, kita tahu menangis adalah injap pelepasan semula jadi yang membantu menyingkirkan tekanan, kegelisahan dan kekecewaan. Ia sama juga dengan anak kecil.
Sekiranya tantrum pada anak disertai dengan tangisan air mata, maka mereka sebenarnya sedang menghilangkan hormon tekanan yang berlebihan sekaligus mencetuskan kebimbangan.
Selain itu, kanak-kanak yang berjaya mengawal emosi mereka melalui air mata akan mempunyai masa yang lebih mudah untuk tidur di waktu malam.
#4. Menikmati tangisan tanpa dihakimi oleh sesiapa
Apabila kita dewasa, kadang-kadang kita sedikit sukar untuk meluahkan perasaan dan rasa kecewa kerana bimbang perkara itu menjadi buah mulut orang lain.
Namun, bagi kanak-kanak mereka dapat meluahkan emosi itu melalui tangisan dan apabila besar mereka dapat belajar sesuatu dari situ tentang bagaimana mereka kelihatan di mata orang ramai apabila mengekspresikan perasaan dan emosi tersebut.
Anak anda akan berasa lebih lega selepas meluahkan emosi mereka. Jadi biarkan saja, pujuk setakat mana yang anda mampu.
#5. Tantrum meningkatkan proses pembelajaran
Ketika kanak-kanak melalui proses pembelajaran mereka menghadapi masalah yang tidak pernah dihadapi sebelum ini dan mereka tidak tahu bagaimana untuk menyelesaikannya.
Sebenarnya, mengekalkan kekecewaan melalui tangisan adalah tindak balas positif yang membantu anak untuk hidup dalam emosi negatif.
Apabila selesai menangis dan kekecewaan berlalu pergi, mereka biasanya akan kembali dengan perasaan yang baru.
#6. Tantrum pada anak membentuk satu mekanisme untuk peraturan emosi sepanjang hayat
Mereka akan berkomunikasi dengan rasa marah dan menangis sehinggalah mereka pandai menguruskan emosi mereka sendiri.
Pada waktu ini mereka hanya tahu menangis dan marah adalah cara terbaik untuk mengatasi emosi mereka itu.
Untuk memperoleh kemahiran matang seperti membuat keputusan mereka perlu mencuba cara yang salah juga.
Walau bagaimanapun, ada ibu bapa yang mungkin rasa malu apabila anak menangis dan tantrum di tempat awam. Namun anda perlu ingat, ia hanyalah bersifat sementara sehingga mereka boleh berfikir dengan baik dan meningkat umur.
Usah terlalu ambil hati dengan kata-kata orang sekeliling seperti “tak reti jaga anak ke, kenapa dia biar anak dia menangis? Mengapa dia tak cuba lakukan sesuatu? Mengapa ibu-bapanya tidak berikan saja apa yang anak mahukan?”
Percayalah jika anda terlalu memikirkan tentang apa yang orang kata, ia akan menganggu bagaimana didikan anda kepada anak. Anak anda bukan tanggungjawab mereka, bukan mereka yang jaga.
Jadi anda yang lebih tahu, so you do you parents!
Jangan ragu untuk berkongsi pengalaman anda dalam menangani tantrum pada anak di ruangan komen di bawah.
Semoga bermanfaat.
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia