Sakitnya Bengkak Susu! Tips Untuk Ibu Yang Ingin Menyusukan Bayi
Ibu ini berkongsi teknik penyusuan susu ibu untuk mengelakkan bengkak susu yang sangat mudah! Bakal-bakal ibu baru boleh cuba sendiri ya.
Seperti ibu-ibu yang lain, perjalanan penyusuan saya bersama anak bukan indah belaka. Saya tidak terlepas daripada menghadapi kesukaran lagi-lagi tentang teknik penyusuan susu ibu. Alhamdulillah susu memang banyak.
Namun ia bermula dengan nipple crack, oversupply, bengkak susu, susu tersumbat dan hampir terkena jangkitan kuman (mastitis).
Selepas 40 hari berpantang saya demam untuk 2 hari dan saya telah ke klinik. Doktor membuat ujian darah dan keputusan menunjukkan jumlah bakteria yang luar biasa di dalam darah. Doktor membuat surat rujukan segera ke hospital memandangkan saya masih dalam pantang.
Setelah melakukan pemeriksaan di hospital, doktor memberikan saya 2 pilihan samada untuk warded atau drip antibiotic dan pantau daripada rumah. Ini disebabkan anak kami belum pernah menyusu botol dan saya tidak pernah pam susu. Maka tiada bekalan susu di rumah. Bayi juga tidak dibenarkan room-in sekiranya saya warded.
Maka suami saya mencadangkan untuk drip antibiotic dan pulang dahulu ke rumah. Doktor mengesyaki bakteria tersebut mula untuk merebak disebabkan bengkak susu. Jadi beliau memberikan bekalan ubat untuk 2 minggu dan saya perlu datang semula jika demam tidak kebah dalam masa 3 hari.
Sekiranya makin parah, saya perlu ambil ubat berhenti susu! Sedih saya mengenangkan jika anak terpaksa berhenti menyusu. Beliau juga mencadangkan untuk mencari Pakar Laktasi dan berurut.
Saya mula patah semangat dan membayangkan yang bukan-bukan. Syukur, suami dan kawan-kawan saya memberikan sokongan penuh dan semangat untuk terus berjuang.
Alhamdulillah, keesokannya demam saya telah baik sepenuhnya. Tetapi bengkak masih tidak surut. Setelah itu, saya bertemu dengan Kaunselor Laktasi.
Saya tidak pernah mengepam jadi beliau menyatakan bahawa oversupply yang saya alami adalah berpunca daripada hormon penyusuan yang lambat stabil dengan permintaan bayi. Kebanyakan orang hanya akan mengalami bengkak pada 2 minggu pertama katanya.
Selepas 3 kali sesi urutan, susu basi berjaya dikeluarkan dan saya telah sembuh sepenuhnya. Kini bayi saya telah berusia 9 bulan seberat 9.5 kg dan masih menyusu badan sepenuhnya.
Isi Kandungan
Tips penyusuan susu ibu untuk elak bengkak susu
1. Ramai pakar mencadangkan untuk menggunakan epsom salt bagi meredakan bengkak susu
2. Tuam dengan air suam
3. Buat urutan marmet – bahagian ini ibu mesti belajar ya bagaimana teknik urutannya
4. Keluarkan susu 2 jam sekali. Saya menggunakan pam manual, suction lebih kuat berbanding elektrik.
5. Menyusukan anak dengan posisi dangle
Asas penyusuan susu ibu yang penting bagi saya adalah:
1. Penyusuan susu ibu adalah konsep demand-supply. Susu mesti dirangsang untuk dihasilkan.
2. Mindset perlu sentiasa positif dan ibu perlu gembira untuk merangsang hormon oksitosin.
3. Pemberian botol/ puting kepada bayi bawah 30 hari berpotensi untuk menganggu proses penyusuan susu ibu seperti keliru puting.
4. Bengkak susu ketika pantang adalah perkara biasa dan wajib ditangani.
5. Semua ibu ada susu! Kecuali bagi mereka yang disahkan menghidapi penyakit tertentu yang disahkan doktor.
Kenapa saya mahu menyusukan anak saya?
1. Saya mahu memberikan nutrien yang optimum dan membina antibodies.
2. Mudah hadam
3. Berat yang sepadan dengan usianya
4. On the go. Lebih-lebih lagi tengah malam
5. Menjimatkan masa untuk membersihkan botol. Memudahkan semasa dalam pantang. Sangat membantu.
Ada banyak lagi kelebihannya ya.
Bagaimana saya menjayakan penyusuan susu ibu?
Ketika bayi dalam kandungan, saya telah berhajat untuk memberikan anak saya susu badan sepenuhnya.
1. Saya mula menghadiri kelas berbayar, menonton video penyusuan dan memperkayakan diri dengan ilmu penyusuan.
2. Jangan mudah dengar cakap orang yang mengatakan kita tiada susu
3. Bergaul dengan mereka yang positif dan menyokong susu ibu
4. Gembira! Selalu fikirkan perkara yang indah-indah.
5. Amalkan minum air buah kering semasa mengandung
6. Jumpalah dengan pakar laktasi sekiranya diperlukan
Barang wajib ada semasa pantang untuk menjayakan susu ibu!
1. Nipple cream – Penting sangat sebab awal kelahiran ada potensi untuk melecet atau luka
2. Breast pad – Ini sangat berguna kerana ketika anak menyusu disebelah lagi akan berlaku Let-down reflex
3. Milk collector – saya lebih suka yang jenis mangkuk berbanding botol, mudah untuk tadah
4. Lactation Massager – Sangat berguna kalau terkena bengkak
5. Tuam for breast
6. Nursing pillow
7. Semangat yang jitu!
Penulisan ini adalah terpakai untuk ibu-anak yang sihat tiada masalah kesihatan. Walau bagaimanapun, anda sendiri tahu di mana kemampuan anda. Jangan paksa jika anda tidak mampu atau doktor sahkan ia boleh memudaratkan.
Semoga kisah saya dan teknik penyusuan susu ibu ini dapat memberikan insipirasi kepada ibu-ibu di luar sana dan berjaya menyusukan anak anda.
Artikel ini ditulis oleh VIP Parents Nurul Najwa Binti Kornain untuk theAsianparent Malaysia
Di theAsianparent Malaysia, penting bagi kami untuk membekalkan anda maklumat yang betul, penting dan tepat pada masanya. Tetapi ini tidak berfungsi sebagai alternatif untuk nasihat perubatan atau rawatan perubatan. theAsianparent Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap mereka yang memilih untuk mengambil ubat berdasarkan maklumat daripada laman web kami. Jika anda mempunyai sebarang keraguan, kami mengesyorkan agar anda berunding dengan doktor anda untuk mendapatkan maklumat yang lebih jelas.
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga: 5 perkara gila yang saya tidak tahu tentang menyusu badan: Surat terbuka buat isteri saya
Baca juga: Ibu Yang Kerap Menyusu Badan Lebih Mudah Kurus & Kelihatan Awet Muda- Kajian
Baca juga: Menyusu Terus Dari Badan LEBIH BAIK Dari Susu Yang Dipam – Ibu Tahu Kenapa?