5 Cara Amat Berkesan Tenangkan Anak Yang Sedang Meltdown

undefined

Kali ini kami kongsikan cara untuk tenangkan anak yang sedang meltdown. Ia mungkin boleh bantu anda ketika memerlukan.

Bukan mudah tangani dan tenangkan anak yang sedang meltdown. Boleh jadi kita sebagai ibu ayah yang akan hilang sabar malah boleh jadi kita pula yang naik hantu uruskan mereka. Apakah maklumat lanjut yang anda boleh baca dalam artikel oini?

  • Tenangkan anak yang sedang meltdown dengan 5 cara ini
  • Beza tantrum dan meltdown
  • Cara tenangkan anak yang sedang meltdown

Tapi sebagai ibu ayah yang paling dekat dan paling mengenali anak masing-masing, sudah tentu kita mahukan yang terbaik untuk anak dan mahu bantu anak jika dia hadapi masa sukar seperti meltdown dan sebagainya. 

Apa sebenarnya yang boleh kita buat bagi mengatasi perkara ini? Apa cara terbaik yang kita boleh buat untuk bantu anak yang sedang meltdown?

Tenangkan anak yang sedang meltdown dengan 5 cara ini

Tenangkan

Setiap manusia tentunya memiliki perasaan, senang, sedih, takut, yang disebut dengan emosi. Malah perasaan ini bukan hanya dialami oleh orang dewasa, malah si kecil juga.

Disebabkan itu, jika ibu ayah tahu cara memahami dan mengendalikan emosi si kecil adalah lebih baik kerana ia akan membantu kita menenangkan mereka. 

Menurut Harian Metro yang memetik Perunding Kanan (Pendidikan & Keibubapaan) Ikhwah Training & Resources Nur Firdaus Abdul Razak, ‘Temper Tantrum’ (TT) apabila anak tertekan kerana tidak dapat meluahkan apa yang dirasai dan ‘Sensory Meltdown’ (SM) iaitu mereka tertekan kerana persekitaran yang melampau.

Jadi ibu ayah perlu tahu beza perkara ini untuk membantu anak anda.

Beza tantrum dan meltdown

Tenangkan

TT adalah satu bentuk luahan perasaan kanak-kanak apabila mereka berasa sangat tertekan semasa berdepan dengan keadaan tertentu. Ia adalah satu ledakan emosi yang boleh diterjemahkan dalam pelbagai cara termasuk menjerit, berguling-guling, menendang-nendang, menghempas-hempas diri dan menahan nafas (dengan nafas berdengus).

TT berlaku kerana ada keperluan atau keinginan yang tidak dipenuhi ketika itu. Potensi untuk TT berlaku lebih tinggi dalam keadaan kanak-kanak itu kelaparan dan keletihan.

SM juga adalah ledakan emosi seorang kanak-kanak yang sangat tertekan dengan keadaan yang sedang dihadapinya.

Bentuk luahannya mungkin berbeza sedikit dengan TT, di mana kanak-kanak yang sedang menghadapi SM mungkin akan meluahkannya melalui tingkah laku agresif seperti TT, ataupun melalui tingkah laku bukan agresif seperti melarikan diri, menekup muka atau berdiam diri.

SM berlaku kerana kanak-kanak merasakan ada terlalu banyak perkara daripada persekitaran yang perlu diproses oleh deria mereka. Sebagai contoh, seorang kanak-kanak kecil yang berjalan jatuh dibawa ayahnya ke sebuah majlis perkahwinan pada waktu tengah hari dan ketika itu kedengaran suara nyanyian yang sangat kuat.

Pada ketika itu ada banyak perkara yang diproses deria iaitu bunyi bising dan bingit (pendengaran), rasa panas berbahang (rasa), kesesakan orang keluar masuk dan berlari (penglihatan), serta bau pelbagai makanan yang tidak pernah dihidu sebelum ini (bau). 

Cara tenangkan anak yang sedang meltdown

Tenangkan

#1. Akui perasaan anak dengan kata-kata

Daripada anda berhujah dan memarahi anak, adalah lebih baik anda akui perasaan mereka. 

Contoh : ‘Ibu faham adik sekarang sangat marah/sangat tidak selesa/sangat takut/sangat bimbang’. Atau ‘adik nampak sangat tidak selesa dengan bunyi bising di sini’.

Anda perlu akui apa yang anak rasakan. 

#2. Menulis apa yang dia rasakan

Ajar anak untuk tulis apa yang dia rasa. Ada sesuatu tentang perkataan bertulis yang membuatkan seorang kanak-kanak berasa seperti dia dipandang serius.

Malah kanak-kanak yang terlalu muda untuk membaca sering gembira kerana fikiran mereka ditulis dan dibacakan kembali kepada mereka. Tulisan itu mungkin dalam bentuk senarai—senarai hajat, senarai beli-belah, senarai kebimbangan atau rungutan.

#3. Luah perasaan dengan seni

Seni boleh menjadi alat yang berkuasa apabila emosi yang kuat sedang bermain. Dan berita baiknya ialah, anda tidak perlu menjadi seorang artis.

Orang lidi pun akan berfungsi dengan baik! Minta anak lukis apa yang dia rasakan Setiap kali dia sedih atau gembira, ajar anak untuk inspirasikan rasa mereka di atas kertas.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: 5 Tips Pilih Buku Cerita Untuk Anak 2 Hingga 4 Tahun

Baca juga: Tidak Digalakkan Campur Susu Dengan Ubat Anak! Ini Sebabnya…

Baca juga: 12 Cara Orang ‘Lama’ Ramal Jantina Bayi Dalam Perut, Pelik Tapi Ada Yang Memang Tepat!

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!