7 Terapi Anak Autisme Boleh Buat Di Rumah

Pelbagai jenis terapi anak autisme disediakan bagi membantu mereka menjadi lebih baik dan pandai mengurus diri sendiri.

Tahukan anda terapi anak autisme sangat membantu mereka meningkatkan kemahiran motor malah mampu berdikari jika mendapat terapi lebih awal. Terdapat pelbagai jenis terapi autisme Malaysia yang anda boleh cuba. Malah boleh juga cuba buat di rumah. 

Terapi Anak Autisme

1.Terapi Bermain

Ini bermaksud anak autistik akan belajar dengan cara bermain. Mereka biasanya suka main berseorangan dan akan mengulang perbuatan sama setiap masa. Terapi bermain ini tujuannya untuk membina interaksi sosial dan kemahiran komunika kasi anak. 

Cadangan aktiviti: Main geletek, tiup buih dan aktiviti sensori seperti bermain lumpur, pasir pantai, warna air

2.Terapi Bertutur

terapi anak autisme, punca autisme

Kanak-kanak autistik biasanya mempunyai masalah untuk bertutur. Mereka sukar mengkespresi apa yang dimahukan dan sukar juga untuk memahami orang lain. 

Cadangan aktiviti: ajak anak menyanyi, melatih otot mulut dan bibir

3.Terapi Visual - Terapi Anak Autisme

Kemahiran komunikasi melalui gambar sangat membantu mereka membuat pilihan. 

Cadangan aktiviti : kad imbas (flash card) pelbagai sekeping gambar haiwan dan sebutkan namanya dan minta anak ikut. 

4.Terapi Fizikal, Fisioterapi - Terapi Anak Autisme

terapi anak autisme, ciri anak autisme

Pelbagai teknik urutan dan brushing boleh digunakan untuk menenangkan anak autisme.

Cadangan aktiviti: Gunakan berus khas untuk memberus belakang anak anda. Ia dikatakan boleh meningkatkan sensori dan memberi ketenangan kepada mereka.

5.Terapi Biomedik

Gangguan metabolisme dalam badan mempengaruhi saraf dalam badan. Terapi biomedik penting bagi mengelak gangguan metabolisme.

Cadangan aktiviti: Ia banyak berkait dengan rawatan alternatif untuk autisme. Mereka akan diberikan diet khusus yang baik untuk sistem biologi badan. Contohnya perlu kurangkan pengambilan makanan bergula terutama pada waktu malam. 

6.Terapi Tingkah Laku (ABA)

Terapi tingkah laku penting untuk mengubah perilaku negatif anak autistik yang boleh membahayakan diri mereka. 

Cadangan aktivit: Kebanyakan anak autisme sensitif terhadap cahaya, bunyi dan sentuhan. Jadi perlahan-lahan biasanya mereka dengan ketiga-tiga elemen ini. 

7.Terapi Cara Kerja

Kebanyakan anak autisme lemah perkembangan motornya. Disebabkan itu terapi cara kerja penting untuk membentuk kemahiran mereka. 

Cadangan aktiviti: menyusun blok, memegang pensil dengan bentul, memegang mainan, menyikat rambut, atau menggosok gigi.

verywellhealth

Di theAsianparent Malaysia, penting bagi kami untuk membekalkan anda maklumat yang betul, penting dan tepat pada masanya. Tetapi ini tidak berfungsi sebagai alternatif untuk nasihat perubatan atau rawatan perubatan. theAsianparent Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap mereka yang memilih untuk mengambil ubat berdasarkan maklumat daripada laman web kami. Jika anda mempunyai sebarang keraguan, kami mengesyorkan agar anda berunding dengan doktor anda untuk mendapatkan maklumat yang lebih jelas.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Ini Sebab-Sebab Mengapa Autisme Berisiko Terjadi Pada Anak Anda, Ibu Lihat Tandanya!

Baca juga: Punca Autisme Mungkin Disebabkan Barang Rumah Ini!

Baca juga: 60 Ciri Ciri Autism/ Tanda Autism, Ibu Sila Perhati Jika Ada Kelainan Dalam Perkembangan Anak

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!