6 Perkara Yang Tiada Siapa Pernah Beritahu Anda Tentang Tantrum

undefined

Sebut saja tantrum anak, macam-macam nasihat dan tip keluar. Tapi anda pasti tidak pernah dengar 6 perkara ini. Dari pengalaman sendiri baru anda fahamnya.

Tantrum atau perangai anak mengamuk

Tantrum salah satu perkara yang paling ditakuti oleh kebanyakan ibu bapa.

Namun, ia juga adalah perkara wajib yang pasti akan dilalui oleh semua ibu bapa. Yang membezakan ia adalah cara kita sebagai ibu bapa mengendalikannya.

Sebut saja tantrum, bermacam-macam nasihat dan tip yang keluar.

Pelbagai cara disarankan untuk mengendalikan tantrum. Tetapi, tiada sesiapa pun pernah bercakap atau beritahu 6 perkara tentang tantrum ini pada anda:

1. Komen “saya pernah kena” langsung tak membantu

6 Perkara Yang Tiada Siapa Pernah Beritahu Anda Tentang Tantrum

Ya, memang sebenarnya mereka hanya cuba untuk menunjukkan yang mereka juga pernah kena dan memahami apa yang kita lalui.

Tapi, jika ayat itu hanya sekadar ingin mengatakan betapa teruknya tantrum, ia sebenarnya tidak perlu pun. Melainkan mereka ingin menghulurkan bantuan!

2. Tiada penawar nak hilangkan tantrum selamanya

Suka atau tidak, tantrum memang ada dan sentiasa ada dalam proses membesarkan anak.

Jika sesiapa ada ‘penawar’ untuk menghilangkan tantrum selamanya, pasti dia sudah kaya-raya! Namun malangnya, ia tidak wujud.

Yang wujud hanyalah tip-tip bagaimana memudahkan ibu bapa untuk mengendali tantrum, dan ini adalah lebih baik.

3. Tantrum akan beri impak besar pada sesuatu aktiviti

6 Perkara Yang Tiada Siapa Pernah Beritahu Anda Tentang Tantrum

Foto ehsan: Wikimedia

Berdepan dengan tantrum memerlukan tenaga yang sangat banyak hingga menyebabkan anda rasa penat sampai tidak mampu berfikir banyak.

Apa sahaja aktiviti anda, sebaik mana pun niat anda, ia pasti akan tergendala dan anda akan memendekkan durasi aktiviti tersebut selepas berdepan dengan kanak-kanak yang buat tantrum. 

4. Anda akan jadi pakar dalam cubaan mengelak tantrum

Pasti ada helah yang anda amalkan bagi mengelakkan terjadinya episod tantrum.

Sama ada menyimpan gula-gula dan mainan dalam beg atau memilih laluan ‘bebas’ tarikan yang mampu membawa episod tantrum.

Dan anda tahu bila masanya untuk mengeluarkan ‘senjata’ anda sebelum terjadinya tantrum.

5. Sebenarnya normal saja untuk biar anak mengamuk

6 Perkara Yang Tiada Siapa Pernah Beritahu Anda Tentang Tantrum

Foto ehsan: Flickr

Anda mungkin terlalu memikirkan apa yang orang akan cakap jika anda membiarkan saja anak anda dengan tantrumnya.

Sedangkan sebenarnya, adalah lebih baik untuk anda berlalu pergi dan membiarkan dia dengan tantrumnya yang akan surut dengan sendiri.

Bayangkan anda sedang marah dan geram, tapi orang yang anda marah tetap berada di sisi sambil cuba memeluk, memujuk dan kadang-kala memarahi anda…

Tentulah rasa marah dan geram itu berpanjangan, bukan?

6. Anda akan rasa kesian dengan mereka

6 Perkara Yang Tiada Siapa Pernah Beritahu Anda Tentang Tantrum

Foto ehsan flickr

Sudah tentu, tantrum akan menyebabkan kita marah dan geram. Belum lagi rasa malu yang timbul apabila semua mata tertumpu pada anda ketika episod tantrum berlaku.

Namun, apa yang lebih terkesan ialah, anda akan rasa kesian dengan anak kerana dia tidak dapat mengawal semua yang terjadi kepadanya.

Ialah, baru berusia 2 tahun, cuba menyesuaikan diri dengan dunia sekeliling, keliru dan tidak faham.

Tentu saja sakit untuk menghadamkan segalanya. Kalaulah kita sebagai ibu bapa dapat mengurangkan rasa itu!

Namun kita hanya mampu berada di samping mereka.

Jika mereka menangis, lapkan air mata mereka dan peluk mereka. Dan sebenarnya, dengan berada di samping mereka sudah cukup baik

Ingatlah ibu bapa sekalian, fasa ini akan berlalu. Namun pilihan terletak di tangan kita bagaimana memori ini akan berlalu.

Memang ramai boleh memberikan nasihat, tetapi, pengalaman adalah guru yang terbaik.

Apakah satu perkara tentang tantrum yang anda sedar selepas berdepan sendiri dengan ia? 

Sumber: Pop Sugar

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The AsianParent Malaysia

Baca juga:

Mengapa Anak Orang Perancis Kurang Tantrum Atau Buat Perangai?

10 Tip Mudah Untuk Ibu Bapa Atasi Tantrum – Perangai Anak Mengamuk

 

 

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!