Kebanyakan orang mengatakan yang kanak-kanak di Perancis berkelakuan baik, bijak dan aktif serta tiada yang terdiri dari anak-anak tantrum.
Jarang sekali mereka ditegur nakal dan cerewet. Mereka makan apa sahaja makanan yang disediakan untuk mereka malah mereka menghormati orang tua dan menegur jiran-jiran dengan sopan.
Laman sesawang Brightside telah berkongsi bagaimana ibu bapa di Perancis mendidik anak-anak mereka, hingga tiada anak sering menangis dan mengamuk. Perangai mereka semua baik-baik sahaja.
Anak tantrum -Kanak-kanak di Perancis berkelakuan baik dan kurang buat perangai
1. Tiada anak tantrum – Ibu bapa kembali bekerja lebih awal
Foto ehsan: The Bump
Ibu-ibu di Perancis akan kembali kepada rutin kerja mereka seawal 10 minggu selepas bersalin walaupun undang-undang membenarkan mereka duduk di rumah menjaga anak.
Ini kerana mereka mahu anak mereka biasa untuk berada di antara orang asing sedari usia muda. Ia membantu mereka lebih berdikari dan mampu menyesuaikan diri.
2. Tiada anak tantrum – Tidur berasingan
Anak-anak di sana di ajar untuk di bilik tidur berasingan dari ibu bapa mereka.
Jika terbangun di tengah malam dan mula menangis, ibu akan menunggu beberapa ketika sebelum hadir untuk memujuk. Lama-kelamaan, mereka akan biasa tidur sendirian.
3. Kebebasan bertindak
Ibu bapa di Perancis memberi kebebasan untuk anak-anak bertindak sendirian.
Sangat jarang untuk anda lihat ibu bapa bermain dengan anak-anak mereka di taman permainan. Mereka tidak masuk campur dengan urusan anak-anak dan membiarkan kanak-kanak menyelesaikan sebarang konflik dengan sendiri.
Ibu bapa di Perancis juga akan membezakan perangai kanak-kanak yang ingin bergurau atau perangai yang benar-benar teruk.
Hanya perangai teruk sahaja akan didenda. Dari sini, anak-anak akan tahu perbezaan tindakan apa yang tak boleh dilakukan.
4. Tidak dijaga oleh atuk dan nenek
Atuk dan nenek hanyalah menyokong untuk mendidik cucu.
Orang tua di Perancis lebih banyak duduk di kafe atau restoran menikmati kopi atau wine dari menjaga anak-anak. Mereka akan berkumpul bersama cucu ketika hari cuti atau hari minggu saja.
5. Tiada makanan budak-budak
Foto ehsan Le Creuset
Perkara yang paling ditekankan di Perancis ialah makanan, hingga waktu rehat tengah hari boleh berlarutan sehingga dua jam.
Orang Perancis menekankan yang makan bersama keluarga sekurang-kurangnya sekali sehari adalah amat penting.
Dan makanan kanak-kanak dan orang dewasa adalah SAMA, tiada perbezaan rupa atau rasa yang ketara.
6. Mementingkan perilaku yang baik
Perilaku yang baik akan berkekalan dan kanak-kanak di Perancis diajar tentang benda ini sejak kecil.
Mereka menegur jiran-jiran dan menawarkan tempat duduk kepada yang lebih memerlukan di dalam bas.
Dari umur yang muda, mereka belajar 4 perkataan sopan yang penting iaitu “TERIMA KASIH”, “SAMA-SAMA”, “SELAMAT TINGGAL” DAN “SELAMAT PAGI/TENGAH HARI/PETANG”.
7. Belajar bukan pada usia paling awal
Foto ehsan: Crosswalk
Adalah normal di Perancis jika kanak-kanak berusia 5 tahun tidak tahu membaca.
Ini kerana mereka membiarkan kanak-kanak untuk bermimpi, meneroka dunia, belajar menjadi sopan dan bertanggungjawab.
Dan ketika mereka berusia 6 tahun, barulah mereka mula belajar membaca dan mengira.
8. Wang saku pada anak-anak
Seawal usia 7 tahun, kanak-kanak di Perancis akan menerima wang saku dan dibenarkan menggunakan wang tersebut dalam cara yang mereka mahu.
Selalunya, jumlah wang saku bulanan bersamaan dengan umur kanak-kanak itu.
Jadi, semasa pergi ke pusat beli belah atau pasaraya, mereka jarang menangis atau marah kerana ibu bapa tidak membelikan sesuatu.
9. Hari Ahad adalah hari keluarga
Foto ehsan ebay
Hari Ahad ialah hari yang terbaik untuk pergi ke taman rekreasi untuk berkelah bersama keluarga atau bermain basikal bersama.
Orang Perancis sangat teliti dengan hari Ahad adalah untuk keluarga. Malah mereka akan merancang dari awal.
Menarik bukan?
Bukanlah hendak mengatakan semua yang luar buat bagus. Namun, apa yang baik wajar dikongsikan dan diikuti, betul tak?
Baca juga 8 Amalan Sihat Ibu-Ibu Di Rusia Yang Boleh Kita Contohi!
Sumber: Brightside
Kredit gambar: Evening News
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The AsianParent Malaysia
Baca juga
5 tanda tantrum anak anda itu teruk sangat dan sukar dikawal
Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!