Jangan Rasa Bersalah Jika Kerap Tidur Siang Semasa Hamil, Ini Manfaatnya Yang Anda Tidak Tahu

Ibu, jangan pernah rasa bersalah jika selalu tidur siang terutama semasa di trimester terakhir kerana ia membawa banyak manfaat untuk kesihatan anda dan juga si kecil.

Apabila kandungan semakin membesar ibu akan mengalami masalah untuk tidur nyenyak di waktu malam hingga mengakibatkan anda mengantuk dan kerap tidur siang semasa hamil.

Persoalannya di sini, jika ibu kerap tidur siang semasa hamil, adakah ia memberi kesan buruk pada kesihatan ibu dan bayi? 

Walaubagaimanapun, ketika berada di trimester ketiga kehamilan, anda mungkin akan mengalami stres hingga membuatkan tubuh rasa cepat penat. 

Ditambah pula dengan kandungan yang semakin membesar dan menekan pundi kencing hingga membuatkan anda sering terjaga di waktu malam untuk membuang air kecil sekaligus turut menggangu tidur di sepanjang malam. 

Penelitian yang dibuat jika ibu kerap tidur siang semasa hamil

tidur siang semasa hamil, tidur siang ketika hamil, tidur siang semasa mengandung, manfaat tidur siang, manfaat tidur siang ketika hamil, kelebihan tidur siang semasa berbadan dua, manfaat tidur siang sewaktu hamil, tidur, waktu tidur semasa hamil

Berdasarkan penelitian yang diterbitkan dalam jurnal Sleep Medicine, setiap ibu mengandung yang secara teratur tidur siang boleh mengurangkan masalah bayi lahir dengan berat rendah iaitu kurang dari 2500 gram. 

Apabila berat lahir bayi rendah, ia dikaitkan dengan komplikasi kesihatan semasa kanak-kanak seperti masalah pernafasan dan hipertensi. 

Oleh itu, tidur siang semasa hamil bukan hanya membantu ibu tetap cergas dan segar tetapi memiliki manfaat lain yang baik untuk kesihatan bayi dalam jangka masa yang panjang. 

Analisis yang dibuat dalam Baby Cohort Healthy 2012-2014 menemui ibu hamil yang tidur siang selama 60 ke 90 minit dapat melahirkan bayi yang normal berat badan iaitu sebanyak 29 peratus berbanding ibu yang kurang tidur siang. 

Pendapat pakar tentang isu ini 

tidur siang semasa hamil, tidur siang ketika hamil, tidur siang semasa mengandung, manfaat tidur siang, manfaat tidur siang ketika hamil, kelebihan tidur siang semasa berbadan dua, manfaat tidur siang sewaktu hamil, tidur, waktu tidur semasa hamil Kredit: Harvest Supplement

Dr. Suzanne Karan dari University of Rochester Medical Center New York juga sedang membuat penyelidikan tentang isu ini. 

Menurutnya, kajian yang dibuat itu bermaksud tidur adalah sebahagian keperluan yang penting untuk menstabilkan tahap kesihatan ibu selama hamil secara keseluruhannya.

Beliau turut menerangkan, kepenatan ibu semasa hamil berlaku disebabkan perubahan fizikal dan hormon yang harus ditangani dengan cara yang betul. Salah satu caranya adalah dengan mendapatkan tidur siang dalam tempoh 60 ke 90 minit. 

Disebabkan ibu tidak mendapat tidur yang berkualiti di waktu malam jadi ibu perlu mendapatkan tidur di waktu siang supaya dapat menjaga stamina badan. 

Kesimpulannya, ibu jangan rasa bersalah ya jika selalu tidur di waktu siang kerana anda perlu berehat lebih banyak kerana tidak lama lagi tenaga anda sangat diperlukan demi si kecil tersayang. Semoga bermanfaat. 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The AsianParent Malaysia

Kredit gambar: Hello Sehat 

Sumber: Penulis asal ditulis oleh Nia Lara Sari dan mendapat keizinan dari theAsianparent Indonesia untuk diterjemah. 

Baca juga 

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!