Sebelum Beli Kolam Mini, Ibu Perlu Ajar Anak Berenang Dulu Untuk Elak Lemas!

undefined

Antara faedah mengajar si kecil berenang di usia yang awal ialah mereka dapat memiliki perkembangan motor yang baik dan juga kemampuan kognitif mereka akan berkembang dengan cepat.

Berenang adalah satu aktiviti yang banyak manfaatnya bukan sahaja untuk orang dewasa tetapi untuk kanak-kanak juga. Untuk pengetahuan anda, bayi berusia 3 bulan pun sudah boleh anda ajar anak berenang. Hebat kan?

Antara faedah mengajar si kecil berenang di usia yang awal ialah mereka dapat memiliki perkembangan motor yang baik dan juga kemampuan kognitif mereka akan berkembang dengan cepat (berfikir, belajar dan proses menyelesaikan masalah).

6 Tips Ajar Anak Berenang 

Berikut adalah tips-tips untuk ajar anak berenang:

1# Pilihan Kolam Renang

ajar anak berenang

Kredit: Freepik

Anda harus memilih kolam renang yang tidak dipenuhi orang ramai. Ini adalah demi keselesaan anda dan si kecil ketika pembelajaran. Agak susah untuk anda mengajar anak anda jika kolam dipenuhi dengan orang lain yang ingin menggunakan kolam renang itu.

Si kecil juga akan susah untuk memberikan focus kepada anda. Jadi, jika anda perlu menggunakan kolam renang awam, pilihlah masa yang sesuai supaya anda tidak berebut-rebut tempat di dalam kolam renang.

2# Periksa kesihatan anda & bayi sebelum ajar anak berenang

Sebelum melakukan aktiviti berenang dengan si kecil, pastikan kesihatan anda dan anak anda dalam keadaan baik. Jika anak anda mengalami masalah perut kembung atau gangguan percernaan, seeloknya ditangguhkan dahulu aktiviti berenang.

3# Memastikan bayi rasa selesa

ajar anak berenang

Pastikan anda sentiasa memandang kedalam mata anak anda, memberinya sokongan dan senyuman ketika mengajarnya berenang. Dorongan ini akan membuatkan anak anda lebih berkeyakinan dengan dirinya dan anak anda akan lebih fokus kepada apa yang diajarkan kepada mereka.

4# Ajar anak berenang dengan perkenalkan kolam perlahan-lahan

Sebelum mengajar bayi anda untuk berenang, seeloknya bayi diperkenalkan dengan kolam renang dengan perlahan supaya anak anda tidak terkejut dengan situasi yang baru bagi mereka.

Anda boleh mula dengan meletakkan bayi di tepi kolam kemudian setelah anak anda sudah selesa anda boleh mengangkatnya dah masukkan bayi anda setengah badan ke dalam kolam. Lama-kelamaan bayi anda akan biasa berada di dalam kolam renang.

5# Krim pelindung matahari

Sebelum Beli Kolam Mini, Ibu Perlu Ajar Anak Berenang Dulu Untuk Elak Lemas!

Sebelum melakukan aktiviti-aktiviti luar, anda hendaklah menggunakan krim pelindung matahari untuk melindungi kulit anda daripada pengaruh negatif terik matahari yang boleh menimbulkan masalah kulit.

Walaubagaimanapun, krim yang anda guna tidak bersesuaian untuk anak anda kerana anak anda masih kecil lagi. Carilah krim yang sesuai untuk kegunaan si kecil yang boleh didapati di farmasi.

6# Tunjukkan keyakinan anda

Si kecil akan sentiasa melihat dan kemudian mengikut kelakuan anda. Jadi, tunjuk lah keyakinan anda ketika berada di dalam air supaya anak anda juga berkeyakinan dan tidak akan takut ketika berada di dalam air yang dalam.

Aktiviti berenang adalah amat menyeronokkan selain banyak manfaatnya untuk kita semua. Namun, ibu bapa harus sentiasa memberi perhatian dan fokus kepada anak-anak anda yang berada di dalam kolam renang. Walaupun mereka memakai pelampung, kejadian yang tidak diingini boleh terjadi.

Jadi, janganlah tinggalkan anak-anak anda sendirian di dalam ataupun berdekatan dengan kolam renang walaupun hanya di kolam renang anak plastik.

Selamat berenang!

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Awas, Anak Masih Boleh LEMAS Walaupun Ditinggal Sendirian Di Pool Sekejap Sahaja!

Baca juga: Seorang Ibu Berkongsi Pengalaman Anak Perempuannya Hampir Lemas Di Kolam Renang Kanak-Kanak

Baca juga: Sebelum Bagi Anak Mandi Kolam, 5 Bahaya Ini Ibu Bapa Kena Ambil Perhatian!

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!