X
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan ProdukKlik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Awards
    • Parents' Choice Awards 2023
  • Beriklan Dengan Kami

Awas, Anak Masih Boleh LEMAS Walaupun Ditinggal Sendirian Di Pool Sekejap Sahaja!

4 min bacaan
Awas, Anak Masih Boleh LEMAS Walaupun Ditinggal Sendirian Di Pool Sekejap Sahaja!

Walaupun anak pandai berenang, ini tidak bermakna anda boleh membiarkan si kecil mandi tanpa pengawasan orang dewasa ya!

Jangan tinggalkan anak berenang sendirian tanpa pengawasan orang dewasa! Ambil kisah ini sebagai pengajaran…

Kesedihan menyelubungi sebuah keluarga di Singapura apabila mereka kehilangan buah hati yang berusia 6 tahun akibat lemas. Datuknya yang tinggalkan lokasi kejadian selama 5 minit menyangkakan cucunya pandai berenang dan hanya meninggalkannya sebuah pelampung!

Kanak-Kanak Maut Apabila Paru-Paru Dimasuki Air

anak berenang, peraturan di kolam renang, anak tidak boleh berenang, keselamatan di kolam renang, keselamatan di air, baby berenang, kelas renang kanak-kanak, risiko berenang, renang, kelas berenang, teknik berenang, sukan renang,

Pada 7 Oktober lalu, Andrea Hailey Tan Yan Ying, 6 tahun, berada di Festive Hotel di Resorts World Sentosa bersama nenek dan datuknya berserta anaknya yang berusia 3 tahun.  Datuknya Tuan Ong Cheng Chye membawa kanak-kanak tersebut ke kolam renang dengan kedalaman 0.5m.

Beberapa minit kemudian, Ong membawa mereka ke kolam dewasa dengan kedalaman 1.2m, dan tidak mengetahui yang Andrea yang berketinggian 1.8m itu tidak tahu berenang. Ong seterusnya membawa anaknya pergi ke jakuzi tanpa memberitahu kepada Andrea.

Tidak lama selepas itu, neneknya yang sedang melihat dari jauh ternampak kelibat pelampung Andrea, tanpa pemiliknya dan segera mencari kanak-kanak tersebut. Malangnya Andrea didapati sedang tenggelam di dalam air dan tidak sedarkan diri!

Seorang saksi segera melakukan CPR dan dibawa segera Singapore General Hospital. 10 hari selepas kejadian, Andrea disahkan meninggal dunia akibat kerosakan otak dan radang paru-paru akibat hampir lemas.

anak berenang, peraturan di kolam renang, anak tidak boleh berenang, keselamatan di kolam renang, keselamatan di air, baby berenang, kelas renang kanak-kanak, risiko berenang, renang, kelas berenang, teknik berenang, sukan renang,

Hasil pemerhatian mendapati kejadian ini berlaku akibat kurangnya pengawasan orang dewasa.

“Seorang kanak-kanak yang tidak boleh berenang mestilah sentiasa ditemani oleh orang dewasa di kolam renang. Mereka juga harus sentiasa dalam jangkau dan berhadapan satu sama lain.” “Peralatan seperti pelampung bukan pengganti pengawasan orang dewasa. Pelampung boleh terlepas dan melayang jauh, walaupun kanak-kanak boleh berenang ini tidak bermakna tiada risiko lemas.”

Kepentingan Ajar Anak Berenang: Tips Bawa Anak Berenang

Ibu bapa, tragedi ini merupakan peringatan besar untuk tidak sekali-kali meninggalkan anak tanpa pengawasan di kolam renang, atau di sekitarnya. Berikut tips keselamatan bawa anak berenang:

#1 Jangan Tinggalkan Anak Berenang Tanpa Pengawasan, Walaupun Sesaat

Sentiasa berada bersama anak-anak ketika di kolam renang. Jika anda ingin meninggalkan kolam renang, bawa sekali anak-anak dan jangan fikir akan ada orang lain yang akan memerhati mereka.

Ingatkan anak-anak supaya yang berada berdekatan kolam atau mandi dalam kolam sekiranya anda tidak ada bersama.

#2  Ajar Anak Berenang Atau Bawa Ke Kelas Renang

Hantar anak ke kelas berenang, supaya mereka boleh belajar menahan nafas ketika di dalam air sekiranya berlaku keadaan darurat. Perkara ini sangat membantu sekiranya anak-anak pergi kolam tanpa pengetahuan anda.

Jika mereka ada asas berenang, ini sekurang-kurangnya dapat mengurangkan risiko lemas dalam keadaan yang terlalu pantas.

#3 Mengawasi Anak-Anak Semasa Belajar Berenang

Ibu bapa harus mengawasi anak sepanjang waktu, walaupun semasa sedang belajar berenang. Elakkan melakukan perbuatan lain seperti membaca, melihat telefon atau berborak, sebaiknya fokus kepada si anak.

Ibu bapa sepatutnya berada berdekatan anak-anak, dalam jangkauan di mana ibu bapa boleh segera memberikan pertolongan sekiranya ada perkara buruk berlaku.

anak berenang, peraturan di kolam renang, anak tidak boleh berenang, keselamatan di kolam renang, keselamatan di air, baby berenang, kelas renang kanak-kanak, risiko berenang, renang, kelas berenang, teknik berenang, sukan renang,

#4 Jangan Lepas Tangan Walaupun Anak Tahu Berenang

Walaupun anak pandai berenang, ini tidak bermaksa anda harus lepas tangan dalam mengawasi si anak. Ada juga kes lemas yang melibatkan kanak-kanak yang pandai berenang kerana mereka boleh panik ketika berada dalam air.

Malah ada juga kes di mana kaki boleh mengalami kekejangan ketika di dalam air dan menyebabkan kanak-kanak tidak dapat berenang dengan baik.

#5 Jika Anak Lompat Dalam Kolam dan Tenggelam, Keluarkan Dia Dengan Segera!

Ini mungkin kedengaran mudah, tetapi ada juga kes di mana ibu bapa jadi panik dan terdiam apabila melihat anak tenggelam. Jadi jangan ambil mudah dan cepat bertindak!

#6 Jika Kolam Renang Di Belakang Rumah, Pastikan Pintu Sentiasa Dikunci

Ini bertujuan mengelakkan anak-anak keluar ke belakang rumah seorang diri. Sebaiknya pasang pagar di sekeliling kolam yang tidak boleh dipanjat oleh anak.

#7 Sediakan Pelampung

Pelampung bukan merupakan alat bantuan keselamatan kerana ia masih boleh tenggelam dalam keadaan tertentu. Namun sediakan pelampung terutamanya bagi kanak-kanak yang tidak tahu berenang ya!

Semoga tragedi ini tidak menimpa keluarga kita.

Anak saya berusia 5 bulan, bolehkah saya ajar dia berenang?

Untuk dapatkan lebih banyak informasi dari theAsianparent Malaysia, boleh terus ke Facebook page kami.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Sumber: Artikel ini asalnya ditulis oleh Kiki Pea dan mendapat keizinan theAsianparent Indonesia untuk diterjemah.

Baca juga: 

https://my.theasianparent.comanak-lemas

Stories Rakan Kongsi
Tepuk Ria Untuk Perut Lebih Lembut Dengan Gentle Sheep Toddler Milk!
Tepuk Ria Untuk Perut Lebih Lembut Dengan Gentle Sheep Toddler Milk!
5 Sebab Kenapa Para Ibu Bertukar Kepada Lampin Pakai Buang Offspring
5 Sebab Kenapa Para Ibu Bertukar Kepada Lampin Pakai Buang Offspring
Cara Membantu Anak Anda Mengimbangkan Antara Belajar dan Bermain
Cara Membantu Anak Anda Mengimbangkan Antara Belajar dan Bermain
Tips Penjagaan Kulit Bayi Baru Lahir Dengan Betul, Ibu Kali Pertama Wajib Tahu 5 Perkara Ini
Tips Penjagaan Kulit Bayi Baru Lahir Dengan Betul, Ibu Kali Pertama Wajib Tahu 5 Perkara Ini

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Beto Rahman

Disunting oleh:

Ayu Idris

  • halaman rumah
  • /
  • Tip keibubapaan
  • /
  • Awas, Anak Masih Boleh LEMAS Walaupun Ditinggal Sendirian Di Pool Sekejap Sahaja!
Kongsikan:
  • Seorang Ibu Berkongsi Pengalaman Anak Perempuannya Hampir Lemas Di Kolam Renang Kanak-Kanak

    Seorang Ibu Berkongsi Pengalaman Anak Perempuannya Hampir Lemas Di Kolam Renang Kanak-Kanak

  • Nampak Air Mesti Melompat Masuk, Berenang Menguatkan Otot Anak & Meningkatkan Kemampuan Belajar

    Nampak Air Mesti Melompat Masuk, Berenang Menguatkan Otot Anak & Meningkatkan Kemampuan Belajar

  • 9 Perkara Buat Isteri Nusyuz, Ini Maksud Nusyuz Yang Para Isteri Perlu Tahu!

    9 Perkara Buat Isteri Nusyuz, Ini Maksud Nusyuz Yang Para Isteri Perlu Tahu!

  • Selain Tambah Susu Badan, Ibu Juga Boleh Dapatkan Kulit Yang Cantik Dengan 16 Milk Booster Terbaik Di Malaysia Ini!

    Selain Tambah Susu Badan, Ibu Juga Boleh Dapatkan Kulit Yang Cantik Dengan 16 Milk Booster Terbaik Di Malaysia Ini!

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
    • Anak angkat
    • Kehamilan
    • Sebelum & Proses Bersalin
    • Perkahwinan & Seks
  • Bayi
    • Nama bayi
    • Perkembangan & Anak
    • Tip keibubapaan
    • Penyusuan & Pemakanan
  • Kesihatan
    • Senaman
    • Alahan & Sindrom
    • Penyakit
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Rumah
    • Kewangan
    • Percutian
    • Pertandingan & promosi
  • Banyak Lagi
    • TAP Komuniti
    • Beriklan Dengan Kami
    • Hubungi Kami
    • Jadi Penyumbang Kami

  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2023. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

theAsianparent heart icon
Kami ingin menghantar anda pemberitahuan untuk berita dan kemas kini terbaru mengenai penjagaan dan kesihatan bayi.