X
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan ProdukKlik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Awards
    • Parents' Choice Awards 2023
  • Beriklan Dengan Kami

Sebelum Bagi Anak Mandi Kolam, 5 Bahaya Ini Ibu Bapa Kena Ambil Perhatian!

4 min bacaan
Sebelum Bagi Anak Mandi Kolam, 5 Bahaya Ini Ibu Bapa Kena Ambil Perhatian!

Sekarang ini makin popular kolam mini di rumah kan? Boleh kata ia ibarat perkakas wajib bagi sesiapa yang mempunyai anak kecil di rumah. 

Sekarang ini makin popular kolam mini di rumah kan? Boleh kata ia ibarat perkakas wajib bagi sesiapa yang mempunyai anak kecil di rumah. 

Harganya yang murah dan mudah didapati di mana-mana menyebabkan ia biasa dibeli oleh rata-rata ibu bapa.

Ia macam jalan penyelesaian supaya ibu bapa tidak perlu bawa anak-anak ke kolam renang besar lagi, selain keselamatan, wang juga dapat dijimatkan. Tetapi ada beberapa bahaya yang perlu anda beri perhatian sekiranya ingin benarkan anak mandi kolam.

Kolam mini? Selamatkah untuk anak?

kolam mini

Kalau berkaitan air, ia memang perlu diberi perhatian oleh ibu bapa. Tidak kiralah kolam mini atau kolam renang saiz dewasa atau kanak-kanak. 

Segala tingkah laku dan gerak geri anak-anak perlu dipantau sepanjang mereka bermain di kolam renang kerana anak-anak ini kadangkala jika terlalu seronok, mereka jadi lupa diri pula.

Kanak-kanak memang hanya tahu fikirkan keseronokan, jadi kita sebagai ibu bapa yang perlu memikirkan bahaya yang menimpa mereka sekiranya tidak dipantau dan dikawal dengan rapi.

Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tiada gunanya ya parents! Jadi ini antara bahaya yang mungkin boleh terjadi kepada anak yang mandi kolam, justeru ibu bapa wajib memantau perkara ini bagi mengelak sebarang kejadian tidak diingini berlaku.

#1. Lemas

kolam mini

Di mana-mana pun anak memang boleh lemas, tidak kira air itu cetek atau dalam. Jadi sentiasalah pantau anak anda walaupun dia hanya mandi di kolam mini di rumah. 

Bahaya di mana-mana ya ibu ayah. Jangan sekali-kali tinggalkan anak anda sendirian atau dengan anak kecil yang lain tanpa pengawasan orang dewasa. Depan mata pun boleh jadi, apatah lagi jika ditinggalkan. 

Menurut laporan yang dikeluarkan oleh The U.S. Consumer Product Safety Commission (CPSC), kes lemas dalam kalangan kanak-kanak berusia 4 tahun ke bawah adalah perkara yang membimbangkan di Amerika Syarikat.

Menurut kajian itu lagi, hampir 70 peratus kanak-kanak yang tidak dibenarkan berada dekat dengan kolam mini ditemui di dalam kolam itu ketika ibu bapa lalai.

Lebih mengejutkan, 46 peratus dari jumlah kanak-kanak terbabit kali terakhir dilihat berada di dalam rumah!

Ini menunjukkan kelalaian dalam pengawasan ibu bapa merupakan punca utama kanak-kanak lemas di dalam kolam mini dan ia perlu diubah dengan kadar segera.

#2. Klorin

kolam mini

Ini membabitkan kes kolam besar. Ada jenis kolam yang mereka letakkan terlalu banyak klorin dalam airnya. 

Kajian yang diterbitkan dalam European Respiratory Journal (ERS) menyatakan anak mandi kolam mengandungi klorin boleh meningkatkan risiko jangkitan saluran pernafasan.

Kajian ini telah mengambil kira penelitian terhadap 430 kanak-kanak berusia 5 ke 7 tahun dan terbukti klorin dalam kolam memang berbahaya kepada anak anda.

Kesannya, si kecil anda lebih berisiko terkena bronkitis, asma atau alahan lantas menjejaskan sistem pernafasan!

#3. Kolam terbalik

Akibat terlalu ringan, kadangkala kolam kecil boleh terbalik dan memerangkap si kecil di dalamnya. 

Walaupun ia hanya kolam mini dan tidak akan mengakibatkan kecederaan kronik, langkah berjaga-jaga masih perlu. Cuba bayangkan ia terjadi dan anda tidak berada di situ untuk menyelamatkan si kecil anda? Leka sesaat merana seumur hidup jadinya nanti.

#4. Haiwan berbisa

Kolam mini biasanya diletakkan di luar rumah dalam keadaan masih ada air dan tanpa dibuang airnya. Ibu ayah biasanya malas mahu pam semula, jadi ia dibiarkan begitu saja.

Stories Rakan Kongsi
Tepuk Ria Untuk Perut Lebih Lembut Dengan Gentle Sheep Toddler Milk!
Tepuk Ria Untuk Perut Lebih Lembut Dengan Gentle Sheep Toddler Milk!
5 Sebab Kenapa Para Ibu Bertukar Kepada Lampin Pakai Buang Offspring
5 Sebab Kenapa Para Ibu Bertukar Kepada Lampin Pakai Buang Offspring
Cara Membantu Anak Anda Mengimbangkan Antara Belajar dan Bermain
Cara Membantu Anak Anda Mengimbangkan Antara Belajar dan Bermain
Tips Penjagaan Kulit Bayi Baru Lahir Dengan Betul, Ibu Kali Pertama Wajib Tahu 5 Perkara Ini
Tips Penjagaan Kulit Bayi Baru Lahir Dengan Betul, Ibu Kali Pertama Wajib Tahu 5 Perkara Ini

Ia mungkin disukai haiwan berbiasa. Periksa dulu kolam sebelum benarkan anak main di dalamnya. 

#5. Risiko penyakit

Kolam mini yang dibuat dari plastik dan bersaiz sekitar 3 ke 5 kaki per diameter serta pelbagai lapangan air dikaitkan dengan penyebaran recreational water illnesses (RWIs).

Buat anda yang belum tahu, ia adalah penyakit bawaan kuman yang berbahaya seperti E.coli, Shigella dan Crypto (Cryptosporidium).

Akibatnya, ia akan menyebabkan kondisi kesihatan kepada si kecil seperti sakit perut, cirit-birit, muntah-muntah dan lain-lain simptom. Jika boleh, buanglah air yang sudah digunakan dan masukkan air baru setiap kali anda beri si kecil bermain di dalamnya. Air baru lebih baik dan dapat elak sebarang penyakit.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Sebelum Beli Kolam Mini, Ibu Perlu Ajar Anak Berenang Dulu Untuk Elak Lemas!

Baca juga: Awas, Anak Masih Boleh LEMAS Walaupun Ditinggal Sendirian Di Pool Sekejap Sahaja!

Baca juga: Seorang Ibu Berkongsi Pengalaman Anak Perempuannya Hampir Lemas Di Kolam Renang Kanak-Kanak

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Lala Annuar

  • halaman rumah
  • /
  • Keselamatan anak
  • /
  • Sebelum Bagi Anak Mandi Kolam, 5 Bahaya Ini Ibu Bapa Kena Ambil Perhatian!
Kongsikan:
  • Bahaya Kolam Air Panas, Warga Emas Diserang Kuman Yang Memakan Daging Otaknya

    Bahaya Kolam Air Panas, Warga Emas Diserang Kuman Yang Memakan Daging Otaknya

  • Seorang Ibu Berkongsi Pengalaman Anak Perempuannya Hampir Lemas Di Kolam Renang Kanak-Kanak

    Seorang Ibu Berkongsi Pengalaman Anak Perempuannya Hampir Lemas Di Kolam Renang Kanak-Kanak

  • Anak Kuat Menangis Walaupun Sudah Menyusu & Tukar Lampin? Dia Mungkin Hidap Colic!

    Anak Kuat Menangis Walaupun Sudah Menyusu & Tukar Lampin? Dia Mungkin Hidap Colic!

  • Ibu Mencari Cara Hilangkan Stretch Marks? Ini 14 Krim Terbaik Bantu Atasi Masalah Tanda Regangan

    Ibu Mencari Cara Hilangkan Stretch Marks? Ini 14 Krim Terbaik Bantu Atasi Masalah Tanda Regangan

  • Bahaya Kolam Air Panas, Warga Emas Diserang Kuman Yang Memakan Daging Otaknya

    Bahaya Kolam Air Panas, Warga Emas Diserang Kuman Yang Memakan Daging Otaknya

  • Seorang Ibu Berkongsi Pengalaman Anak Perempuannya Hampir Lemas Di Kolam Renang Kanak-Kanak

    Seorang Ibu Berkongsi Pengalaman Anak Perempuannya Hampir Lemas Di Kolam Renang Kanak-Kanak

  • Anak Kuat Menangis Walaupun Sudah Menyusu & Tukar Lampin? Dia Mungkin Hidap Colic!

    Anak Kuat Menangis Walaupun Sudah Menyusu & Tukar Lampin? Dia Mungkin Hidap Colic!

  • Ibu Mencari Cara Hilangkan Stretch Marks? Ini 14 Krim Terbaik Bantu Atasi Masalah Tanda Regangan

    Ibu Mencari Cara Hilangkan Stretch Marks? Ini 14 Krim Terbaik Bantu Atasi Masalah Tanda Regangan

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
    • Anak angkat
    • Kehamilan
    • Sebelum & Proses Bersalin
    • Perkahwinan & Seks
  • Bayi
    • Nama bayi
    • Perkembangan & Anak
    • Tip keibubapaan
    • Penyusuan & Pemakanan
  • Kesihatan
    • Senaman
    • Alahan & Sindrom
    • Penyakit
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Rumah
    • Kewangan
    • Percutian
    • Pertandingan & promosi
  • Banyak Lagi
    • TAP Komuniti
    • Beriklan Dengan Kami
    • Hubungi Kami
    • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2023. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

theAsianparent heart icon
Kami ingin menghantar anda pemberitahuan untuk berita dan kemas kini terbaru mengenai penjagaan dan kesihatan bayi.