Puasa tak halang ibu untuk terus menyusu anak, tips menyusu no. 4 paling penting!

undefined

Walaupun puasa, ibu masih boleh terus menyusukan bayi dengan mengikut tips ini...

Seperti yang kita tahu, puasa merupakan ibadah wajib dilakukan di bulan Ramadhan. Sungguhpun begitu, ada ibu yang bimbang nak puasa kerana menyusukan anak. Takut bayi tak kenyang kerana kekurangan susu. Anda tak perlu risau, kali ini kami kongsikan tips menyusu ketika puasa untuk anda. 

Terdapat 4 golongan yang dikecualikan berpuasa. Siapa? Pertama ialah mereka yang sakit dan mendatangkan kemudaratan atau penyakit susah nak sembuh.

Kedua, orang yang sedang dalam perjalanan melebihi 56 batu atau 91km. Selain itu, wanita hamil dan wanita menyusukan anak juga dikecualikan puasa. 

Namun begitu, jika anda ingin memilih untuk terus puasa, dengan tips menyusu ketika puasa ini, insyaAllah ia boleh bantu.

5 tips menyusu ketika puasa

1.Ambil makanan yang banyakkan susu ibu 

tips menyusu ketika puasa, menyusu anak ketika puasa, puasa tapi terus menyusu bayi, tips menyusu anak, tips menyusu bayi semasa puasa, menyusu ketika puasa, ibu menyusu badan, tips ibu menyusu,

kredit: journal beeb

Tips menyusu ketika puasa yang pertama ialah ibu perlu mengambil makanan dan minuman yang boleh banyakkan susu. Bila nak ambil? Sebab petang kena puasa, betul tak?

Jadi, anda boleh ambilnya ketika waktu malam, semasa berbuka atau selepas berbuka puasa. 

Antara makanan yang boleh bantu lancar dan tambah susu ibu ialah seperti buah kurma, buahan-buahan segar dan jus sayuran hijau. Secara tak langsung, tak ganggu untuk ibu terus berpuasa di siang hari. 

Tips menyusu ketika puasa ketika masa nak sahur itu, ibu amalkanlah makan oat, susu suam dan buah kurma.

Ketiga-tiga jenis makanan ini bantu ibu lebih bertenaga dan memperbanyakkan susu badan. Selain itu, ia kaya dengan protein, vitamin dan mineral.

2. Minum air kosong 

Seterusnya, tips menyusu ketika puasa kedua pula ialah ibu perlu ambil air kosong yang banyak ketika waktu malam. Kalau boleh buat jadual dalam satu jam mesti minum air kosong.

Barulah susu ibu semakin banyak dan tak berkurang walaupun ibu berpuasa di waktu siang. 

Selepas pulang dari solat tarawih, jangan lupa makan nasi dan sulamkan dengan air kosong bagi banyakkan susu ibu untuk hari esok.

 3. Jangan lupa pam susu badan 

tips menyusu ketika puasa, menyusu anak ketika puasa, puasa tapi terus menyusu bayi, tips menyusu anak, tips menyusu bayi semasa puasa, menyusu ketika puasa, ibu menyusu badan, tips ibu menyusu,

kredit: slate.com

Tips menyusu ketika puasa seterusnya ialah ibu perlu pam susu mengikut jadual yang betul. Ia akan bantu susu ibu keluar dengan banyak mengikut keperluan anak.

Ada ibu yang bila tiba bulan puasa mereka agak ‘malas’ nak pam. Lalu ia menyebabkan susu kurang. 

Jadinya, ibu jangan bersikap malas ya walaupun sedang puasa. Usaha juga untuk menyusukan anak sebaik mungkin. Dua pahala anda dapat. 

Tapi kalau rasa disebabkan berpuasa susu badan merosot teruk, sebaiknya anda tidak teruskan, kasihan anak lapar dan tak puas menyusu. 

4. Doa dan niat untuk menyusukan 

Selama anda berpuasa di bulan Ramadhan, pasang niat dan berdoa untuk terus menyusukan anak. InsyaAllah, Allah Maha Mendengar setiap permintaan ibu.

Secara tak langsung anak pun dapat nutrisi yang baik melalui susu badan ibu walaupun ibu berpuasa di siang hari.

Oleh sebab itu, puasa bukan 100% penghalang ibu untuk menyusukan anak, asalkan ibu berniat untuk terus menyusukan pasti ia dipermudahkan. 

5. Kawal emosi dan tidak stres 

ibu menyusu badan

Sumber: Mum Central

Benar, bila ibu yang terlalu stres berkaitan hal-hal tertentu akan mempengaruhi susu badan ibu. Seterusnya anak tidak dapat lagi menyusu badan.

Ini berlaku sendiri pada seorang kenalan, di mana akibat terlalu stres susu badannya semakin berkurangan. 

Sebab itu adalah penting ibu mengawal emosi dan sentiasa berfikiran positif bahawa anda akan dapat menyusukan anak walaupun tengah puasa.

Setidaknya minta sokongan suami dan berurut dengan bidan untuk banyakkan susu badan semasa berpuasa. 

Sumber: theAsianparent Indonesia 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Untuk dapatkan lebih banyak informasi dari theAsianparent Malaysia, boleh terus download Aplikasi Keibubapaan #1 Di Asia Tenggara kami.

Puasa tak halang ibu untuk terus menyusu anak, tips menyusu no. 4 paling penting!

Baca juga

https://my.theasianparent.commakanan-yang-perlu-dielak-ketika-menyusu

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!