X
TAP top app download banner
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan Produk
Klik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beriklan Dengan Kami

Ibu menyusu selalu menderita keseorangan kerana tak cukup sokongan, sama seperti ibu ini!

4 min bacaan
Ibu menyusu selalu menderita keseorangan kerana tak cukup sokongan, sama seperti ibu ini!

Ibu ini kongsi pengalaman sendiri dengan mastitis payudara. Dia berpendapat ramai ibu menyusu kekurangan sokongan dan pendidikan mengenai penyusuan.

Kebanyakkan ibu berhenti menyusu selepas menghadapi banyak masalah dan cabaran ketika menyusu seperti mastitis payudara, puting retak dan lain-lain lagi.

Penyusuan susu ibu sering digambarkan sebagai pengalaman yang indah dan senang. Kita selalu lihat gambar ibu yang sedang senyum sambil menyusu, ataupun gambar ibu yang dikurniakan dengan bekalan susu badan yang banyak. Tapi hakikatnya, pengalaman menyusu bukannya selalu glamor sangat untuk sesetengah ibu.

Sebelum menulis apa-apa, ibu ini telah berkongsi gambar payudaranya yang bengkak dan merah, supaya ibu boleh lihat sendiri rupanya mastitis payudara.

Mastitis payudara : Susu ibu lambat masuk

mastitis payudara, obat tradisional untuk mastitis payudara, operasi mastitis payudara, mastitis dan abses payudara, antibiotik untuk mastitis,  ciri mastitis payudara,  pengobatan mastitis akut,  mastitis adalah, mengobati mastitis tanpa operasi

Sumber: Instagram

Mastitis payudara berlaku apabila saluran susu payudara ibu tersekat. Tetapi disebabkan kurang pengetahuan dan tidak mempunyai sokongan yang secukupnya, ibu ini terpaksa mengharungi komplikasi menyusu lain juga.

Oleh itu, ibu ini bertekad untuk memberi fokus kepada realiti pengalaman menyusu bagi meningkatkan kesedaran dan membantu ibu-ibu lain.

“Kini, selepas genap 1 tahun menyusu, saya bersedia untuk berkongsi pengalaman saya sendiri. Menyusu bukan perkara yang mudah untuk saya. Susu saya hanya masuk selepas 5 hari,” tulisnya di Instagram, “dan pada masa itu saya tidak tahu susu saya akan lambat masuk.”

Di dalam wad, hanya dia seorang sahaja yang menyusu selepas bersalin. Ibu-ibu lain semua tidak dapat membantunya. 

“Saya melihat bayi-bayi lain semuanya kenyang dan tidur dengan nyenyak. Anak saya seorang sahaja yang menangis kelaparan walaupun menghisap payudara saya sepanjang malam.”

Mastitis payudara : Sepsis payudara

Selepas pulang ke rumah keadaan ibu itu bertambah teruk. Walapun putingnya retak, dia masih cuba untuk menyusu.

“Saya belum pernah mengalami rasa sakit yang begitu teruk. Setiap kali tiba masa untuk menyusu, saya akan rasa takut. Tetapi demi anak, saya tabahkan hati dan terus menyusu sambil menangis sehingga puting saya pulih. Tidak ada orang yang menunjukkan cara yang betul untuk menyusu. Saya langsung tidak tahu kalau bayi saya mempunyai latching yang betul,” tulisnya lagi.

Apabila keluar dengan bayinya, dia hanya akan menyusukan anak di tandas atau memberi susu yang telah dipam keluar. Dia rasa malu untuk menyusu di depan orang dan tidak mahu orang lain rasa kurang selesa.

Inilah yang telah mendorong ibu itu untuk mendapat mastitis payudara.

“Saya masih ingat saya telah bangun malam-malam buta sambil menggigil kesejukkan,” tulisnya.

Akhirnya dia terpaksa di hantar ke hospital kerana muntah dan demam yang tidak reda. Rupa-rupanya payudara ibu itu telah sepsis. Ibu itu tidak mendapat bantuan awal kerana tidak tahu tanda-tanda awal mastitis.

Mastitis payudara : kurang sokongan untuk ibu menyusu

mastitis payudara, obat tradisional untuk mastitis payudara, operasi mastitis payudara, mastitis dan abses payudara, antibiotik untuk mastitis,  ciri mastitis payudara,  pengobatan mastitis akut,  mastitis adalah, mengobati mastitis tanpa operasi

Sebenarnya ramai wanita kekurangan sokongan dan pendidikan mengenai penyusuan. Ramai yang langsung tidak mempunyai pengetahuan asas mengenai penyusuan susu ibu. 

Misalnya, apakah itu cluster feeding? Bagaimana rupanya latching yang betul? Apakah posisi menyusu yang sesuai untuk ibu dan bayi? Apakah cabaran yang bakal diharungi oleh ibu menyusu?

Bagaimana ibu boleh mengenali tanda-tanda mastitis payu dara dan apakah caranya yang betul untuk mengatasi masalah ini?

Jangan mengandaikan menyusukan anak adalah sesuatu yang senang dan biasa untuk semua ibu. Apabila ibu tidak diberi sokongan yang secukupnya, maka tidak hairanlah mengapa ramai juga yang putus asa sebelum mencuba.

Menyusukan anak TIDAK semudah yang anda fikirkan. Ia adalah kemahiran yang memerlukan ajaran dan bimbingan. Untuk sesetengah ibu, menyusu mungkin bukan kemahiran semula jadi.

Oleh itu cuba beri sokongan kepada mereka yang menyusu. Berikan dorongan dan galakkan ibu-ibu baru untuk menimba ilmu mengenai penyusuan seperti: kursus penyusuan, forum-forum ibu menyusu dan jangan rasa segan atau takut untuk bertanya soalan.

Ataupun ajaklah mereka untuk menyertai Komuniti Ibu Menyusu kami. Tingkatkan kesedaran mengenai penyusuan supaya orang ramai tidak melihat menyusu sebagai perbuatan yang berunsur seks.

Jika ibu-ibu mempunyai semua sokongan di atas, saya rasa lebih ramai akan memilih untuk menyusukan anak.

 

 

 

 

 

 

 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Sumber: Popsugar

Baca juga:

Stories Rakan Kongsi
Melangkaui Norma: Adakah Rangsangan Penyusuan Bayi Hanya Boleh Dilakukan Secara Semula Jadi?
Melangkaui Norma: Adakah Rangsangan Penyusuan Bayi Hanya Boleh Dilakukan Secara Semula Jadi?
LactoMomma, Biskut Milkbooster Yang Membantu Penyusuan Ibu Dengan Rasa Yang Lazat!
LactoMomma, Biskut Milkbooster Yang Membantu Penyusuan Ibu Dengan Rasa Yang Lazat!

5 soalan yang sering ditanya tentang menyusu bayi baru lahir – ini penjelasan Dr pakar

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Rosanna Chio

  • halaman rumah
  • /
  • Penyusuan
  • /
  • Ibu menyusu selalu menderita keseorangan kerana tak cukup sokongan, sama seperti ibu ini!
Kongsikan:
  • Susu Ibu: Jenis-Jenisnya, Khasiat & Perbezaan Kolostrum, Hindmilk & Foremilk Yang Wajib Ibu Tahu

    Susu Ibu: Jenis-Jenisnya, Khasiat & Perbezaan Kolostrum, Hindmilk & Foremilk Yang Wajib Ibu Tahu

  • Bengkak Susu (Breast Engorgement) Selepas Bersalin: Atasi Dengan 11 Cara Ini

    Bengkak Susu (Breast Engorgement) Selepas Bersalin: Atasi Dengan 11 Cara Ini

  • Menyusu Badan Ketika Puasa: 10 Tip Menyusukan Anak, Bayi Di Bulan Ramadan

    Menyusu Badan Ketika Puasa: 10 Tip Menyusukan Anak, Bayi Di Bulan Ramadan

  • Susu Ibu: Jenis-Jenisnya, Khasiat & Perbezaan Kolostrum, Hindmilk & Foremilk Yang Wajib Ibu Tahu

    Susu Ibu: Jenis-Jenisnya, Khasiat & Perbezaan Kolostrum, Hindmilk & Foremilk Yang Wajib Ibu Tahu

  • Bengkak Susu (Breast Engorgement) Selepas Bersalin: Atasi Dengan 11 Cara Ini

    Bengkak Susu (Breast Engorgement) Selepas Bersalin: Atasi Dengan 11 Cara Ini

  • Menyusu Badan Ketika Puasa: 10 Tip Menyusukan Anak, Bayi Di Bulan Ramadan

    Menyusu Badan Ketika Puasa: 10 Tip Menyusukan Anak, Bayi Di Bulan Ramadan

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
  • Bayi
  • Kesihatan
  • Pendidikan
  • Gaya Hidup
  • TAP Komuniti
  • Beriklan Dengan Kami
  • Hubungi Kami
  • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2025. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham