X
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan Produk
Klik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beriklan Dengan Kami

5 gambar susu ibu berdarah - bukti keperitan yang dialami oleh ibu menyusu

4 min bacaan
5 gambar susu ibu berdarah - bukti keperitan yang dialami oleh ibu menyusu

Anda pernah lihat susu ibu berdarah? Ya, ibu menyusu mengalami pelbagai cabaran sehingga susu badan berdarah. Adakah susu ini selamat untuk anak?

Ngeri bukan apabila melihat botol susu penuh dengan susu ibu berdarah? Tapi itulah keperitan yang terpaksa diharungi oleh seorang ibu: dari sakit bersalin hingga menahan kesakitan kerana menyusukan anak. Semuanya untuk anak tersayang.

Secara umumnya 10 peratus ibu menyusu badan mengalami komplikasi ketika menyusu anak. Komplikasi paling biasa ialah masalah mastitis yang berpunca dari saluran susu tersumbat.

Apabila saluran susu tersumbat, jangkitan serius boleh berlaku sehingga menyebabkan mastitis dan susu ibu berdarah!

Gambar susu ibu berdarah dikongsi pakar laktasi Meg Nagle 

susu ibu berdarah, kenapa susu ibu berdarah, puting susu ibu berdarah, air susu ibu berdarah, susu badan berdarah, darah dalam susu ibu, susu badan bercampur darah

Seorang ibu berkongsi tentang pengalamannya mengalami payudara bengkak yang hampir menjadi mastitis agar ia boleh membantu ibu-ibu menyusu yang lain.

“Warna susu ibu adalah berbeza untuk setiap ibu. Biarpun susu ibu berdarah mungkin disebabkan jangkitan, tapi jangan bimbang, susu itu masih 100% selamat untuk bayi anda!” kata Meg Nagle.

“Jika payudara anda luka hingga menyebabkan susu ibu berdarah, jangan putus asa dan jangan berhenti menyusu.

Walaupun saluran payudara anda tersumbat ataupun mastitis, adalah penting untuk ibu terus menyusu sambil mengurut payudara seperti biasa. Sekiranya ibu mengepam secara eksklusif, cuba pam selepas beberapa jam dan jangan lupa untuk mengurut payudara anda sambil mengepam.

Jangan terkejut atau rasa takut dengan apa yang keluar dari payudara anda!” sambung pakar laktasi itu dalam postnya.

susu ibu berdarah, kenapa susu ibu berdarah, puting susu ibu berdarah, air susu ibu berdarah, susu badan berdarah, darah dalam susu ibu, susu badan bercampur darah

Gambar gumpalan susu ibu berdarah

“Dengan usaha, ibu akan berjaya mengeluarkan gumpalan susu yang tersekat dalam payudara. Jangan rasa kecil hati atau takut untuk mengepam serta menyusu anak semasa mastitis. Biarpun saluran susu payudara tersekat dan susu ibu berdarah, jangan takut kerana tubuh wanita amat menakjubkan!” “Anak saya kini berusia 19 bulan, dan saya masih mengepam secara eksklusif sehingga ke hari ini. Saya berkongsi gambar pengalaman saya supaya ibu-ibu lain dapat melihat apa yang telah saya alami. Mungkin ibu-ibu belum pernah tengok rupa susu ibu berdarah atau gumpalan susu sebelum ini.”

Reaksi ibu lain selepas melihat gambar susu ibu berdarah 

susu ibu berdarah, kenapa susu ibu berdarah, puting susu ibu berdarah, air susu ibu berdarah, susu badan berdarah, darah dalam susu ibu, susu badan bercampur darah

Sisa-sisa susu ibu berdarah

“Betul ke susu ibu berdarah selamat untuk diberi kepada bayi? Adakah bayi saya akan sakit selepas diberi susu ibu dengan darah dan nanah?” tanya seorang ibu.

Tetapi ramai ibu juga memberi komen yang mereka meneruskan penyusuan walaupun susu ibu berdarah. Ini kerana hanya sedikit darah akan menukarkan warna susu ibu menjadi merah terang.

Langkah yang wajar apabila saluran payudara ibu tersekat ialah untuk meneruskan penyusuan.

Menurut organisasi menyusu La Leche League, “Antibodi dalam susu ibu akan melindungi bayi dari jangkitan. Tapi ibu yang berhenti menyusu dari payudara yang tersekat hanya akan memburukkan keadaan.”

Ibu lain mula berkongsi gambar mereka sendiri

susu ibu berdarah, kenapa susu ibu berdarah, puting susu ibu berdarah, air susu ibu berdarah, susu badan berdarah, darah dalam susu ibu, susu badan bercampur darah

Gambar gumpalan susu ibu yang beku.

Ibu-ibu menyusu perlu faham semua keadaan ini sebenarnya normal dan bukan tanda ibu harus berhenti menyusu.

Sebaliknya, ibu sepatutnya terus mengepam dan menyusu lebih kerap untuk membantu melancarkan saluran susu ibu yang tersumbat.

Pandangan Islam mengenai susu ibu berdarah

Menurut MMgazette susu ibu berdarah boleh dimaafkan (dibolehkan) kerana nas syarak telah jelas menyatakan tentang pensyariatan menyusu seperti dalam surah al-Baqarah.

Susu yang bercampur darah, yang amat sedikit bahkan sukar diasingkan di antara keduanya, dan disahkan selamat untuk diminum oleh bayi adalah halal penggunaannya dan tidak diharamkan.

Sekiranya anak tidak dapat menerima susu yang bercampur darah ini, si ibu boleh memerah payudara sehingga susu menjadi warna asal semula. 

Tanda-tanda mastitis dan saluran susu ibu tersekat

susu ibu berdarah, kenapa susu ibu berdarah, puting susu ibu berdarah, air susu ibu berdarah, susu badan berdarah, darah dalam susu ibu, susu badan bercampur darah

Gambar susu ibu dengan mastitis. Lapisan atas adalah lemak susu, lapisan bawah pula adalah nanah

  1. Rasa panas dan sakit apabila disentuh.
  2. Payudara yang rasa bengkak atau keras dengan benjol.
  3. Keluar cecair putih kekuningan seperti nanah.
  4. Kulit kemerahan
  5. Demam panas

Cara mengatasi mastitis untuk mengelak susu ibu berdarah

  1. Banyak berehat.
  2. Minum banyak air untuk membantu memulihkan tubuh dan memastikan ibu sentiasa terhidrat.
  3. Jangan memakai bra yang terlalu ketat atau terlalu longgar.
  4. Urut dan tuam payudara yang bengkak dengan menggunakan kain hangat.
  5. Menyusu secara berganti dari kedua-dua payudara.
  6. Kosongkan sebelah payudara dulu sebelum menyusu dari payudara yang satu lagi. Sisa susu dalam payudara boleh menyebabkan pembengkakan payudara.
  7. Pastikan anda menggunakan posisi menyusu yang selesa dan betul untuk mengelak sakit puting atau luka pada puting payudara.
  8. Jika susu ibu berdarah atau bercampur lelehan nanah yang tidak bertambah baik dalam tempoh 7 hari, dapatkan nasihat doktor.

Stories Rakan Kongsi
Baby Skin Care: Tips Memastikan Kulit Si Manja Lembut dan Selamat Dengan Produk Organik Terbaik
Baby Skin Care: Tips Memastikan Kulit Si Manja Lembut dan Selamat Dengan Produk Organik Terbaik
Nak Balik Kampung? Ini 5 Barang Wajib Ada Untuk Si Manja Anda
Nak Balik Kampung? Ini 5 Barang Wajib Ada Untuk Si Manja Anda
Galakkan Anak-Anak ‘Sayang’ dan ‘Rindu’ Pada Bulan Ramadan, Ini Caranya
Galakkan Anak-Anak ‘Sayang’ dan ‘Rindu’ Pada Bulan Ramadan, Ini Caranya
Tepuk Ria Untuk Perut Lebih Lembut Dengan Gentle Sheep Toddler Milk!
Tepuk Ria Untuk Perut Lebih Lembut Dengan Gentle Sheep Toddler Milk!

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Sumber : thestir.cafemom.com, Mmgazette

Baca juga :

Bayi maut lepas minum susu ibu yang dicampur air – bayi menyusu tak perlu air!

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Rosanna Chio

  • halaman rumah
  • /
  • Tip keibubapaan
  • /
  • 5 gambar susu ibu berdarah - bukti keperitan yang dialami oleh ibu menyusu
Kongsikan:
  • Anak Tidur Mengigau & Menangis Tengah Malam, Ketahui Punca Dan Cara Mengatasinya

    Anak Tidur Mengigau & Menangis Tengah Malam, Ketahui Punca Dan Cara Mengatasinya

  • Bibir Merah Menyala & Ada Strawberry Tongue, Bayi 8 Bulan Disahkan Penyakit Kawasaki Selepas Demam Panas Berhari-hari

    Bibir Merah Menyala & Ada Strawberry Tongue, Bayi 8 Bulan Disahkan Penyakit Kawasaki Selepas Demam Panas Berhari-hari

  • 30 Peraturan Rumah Untuk Anak Bagi Mendidik Mereka Menjadi Berdisiplin Dan Beradab

    30 Peraturan Rumah Untuk Anak Bagi Mendidik Mereka Menjadi Berdisiplin Dan Beradab

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
  • Bayi
  • Kesihatan
  • Pendidikan
  • Gaya Hidup
  • TAP Komuniti
  • Beriklan Dengan Kami
  • Hubungi Kami
  • Jadi Penyumbang Kami

  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2025. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham