TAP top app download banner
theAsianparent
theAsianparent
EnglishMalay
Panduan Produk
  • Menjadi ibu bapa
  • Anak
  • Keibubapaan
  • Kesihatan
  • Penyusuan & Pemakanan
  • Pendidikan
  • Gaya Hidup
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beriklan Dengan Kami
  • Komuniti
Log Masuk
  • EnglishMalay
    • Artikel
  • Menjadi ibu bapaMenjadi ibu bapa
  • AnakAnak
  • KeibubapaanKeibubapaan
  • KesihatanKesihatan
  • Penyusuan & PemakananPenyusuan & Pemakanan
  • PendidikanPendidikan
  • Gaya HidupGaya Hidup
  • TAP CadanganTAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan#PendidikanKewangan
  • Beli-BelahBeli-Belah
  • VIPVIP
  • Siaran MediaSiaran Media
  • Beriklan Dengan KamiBeriklan Dengan Kami
  • KomunitiKomuniti
    • Komuniti
  • Poll
  • Gambar
  • Makanan
  • Resipi
  • Topik
  • Baca Artikel
    • Tracker
  • Tracker Kehamilan
  • Tracker Bayi
    • Ganjaran
  • GanjaranGanjaran
  • Pertandingan
  • VIP ParentsVIP Parents
    • Lagi
  • Maklum Balas

Polisi PrivasiGaris Panduan KomunitiPeta Laman Web

Muat turun app percuma kami

google play store
app store

Usah Main Beli, Ini Cara Memilih Bra Untuk Ibu Mengandung Dan Menyusu Dengan Betul

4 min bacaan
Usah Main Beli, Ini Cara Memilih Bra Untuk Ibu Mengandung Dan Menyusu Dengan Betul

Bra untuk ibu mengandung atau menyusukan anak hendaklah dipilih dengan betul agar anda selesa ketika menggunakannya. Ini tips membuat pilihan yang tepat!

Dilema kebanyakan ibu muda jarang disebut adalah memilih bra untuk ibu mengandung yang betul dan selesa. Setelah berbadan dua, salah satu bahagian badan yang mengalami perubahan ketara adalah payudara dan mencari bra yang selesa umpama mustahil!

Dan percayalah, adalah agak sukar bagi mendapatkan bra yang sesuai untuk ibu hamil, selesa hingga terasa seperti seolah-olah tidak memakai bra langsung, terutamanya di rumah.

Tips memilih bra untuk ibu mengandung yang terbaik

bra yang sesuai untuk ibu hamil

credit to sources

Tahukah bahawa ramai doktor gyneakologi dan bidan menyarankan anda untuk memilih bra menyusu ketika hamil. Hal ini kerana setelah melahirkan nanti, ibu tidak perlu membeli bra lain bagi menyusukan bayi. Di samping itu, saiz payudara ibu selepas bersalin juga akan berubah-ubah kerana penghasilan susu badan.

Jika mengimbau kembali zaman dahulu kala, bra menyusu memang sangat berbeza dengan bra biasa dari segi bentuk, jenis material dan rupa.

Akan tetapi kini kedua-duanya kelihatan hampir sama. Yang membezakan bra menyusu dan bra biasa adalah akses mudah untuk menyusukan anak seperti adanya klip, butang, zip mahupun cangkuk.

Bukan itu sahaja bra menyusu juga lebih mudah dilaraskan mengikut kesesuaian payudara. Malah, ia dibuat dari pelbagai material mengikut kesesuaian si pemakai dan jenis bentuk payudara. Contohnya baju dalam yang diperbuat daripada bahan kapas merupakan salah satu kegemaran hampir kebanyakan ibu.

Cara ukur bra menyusu dengan betul

Bra untuk ibu mengandung yang terlalu kecil boleh menekan tisu payudara sehingga keadaan ini menyebabkan saluran susu tersekat dan membawa kepada masalah bengkak susu. Bukan itu sahaja, bra yang tidak sesuai boleh menyebabkan menjejaskan bentuk payudara.

Tahukah anda lebih 80 peratus wanita mengakui tersalah pilih saiz bra kerana malu hendak mencuba dan mendapatkan saranan daripada jurujual?

Dalam hal ini sekiranya ibu-ibu berasa malu, ada cara bagaimana anda boleh mengukur sendiri saiz bra yang sesuai dengan anda.

Anne Dimond, merupakan presiden syarikat Bella Materna yang mengeluarkan bra menyusu mengongsikan tip mendapatkan saiz bra anda.

Sebelum mengukur, pastikan anda memakai bra tanpa pad, tidak terlalu ketat dan tidak terlalu longgar. Kemudian, letakkan pita pengukur disekeliling rusuk betul-betul di bawah garisan payudara.

Pastikan pita pengukur tidak terlalu longgar dan ketat, ukuran ini ialah saiz bra anda, contohnya 32 atau 34 inci.

bra yang betul

Foto ehsan: Musely

Kemudian untuk memilih jenis cup bra pula, semasa payudara penuh ukur keliling payudara yang lebih penuh, tidak terlalu ketat tapi terletak sedang elok dikeliling payudara.

Selepas itu, tolak nilai ukuran ini dengan nilai ukuran keliling rusuk tadi untuk mendapatkan jenis cup.

Contohnya ukuran keliling payudara ialah 37 inci dan ukuran keliling rusuk ialah 34 inci, ini menjadikan cup ialah saiz C dan ukuran bra anda ialah 34C.

Jika anda tak jelas, sila rujuk di bawah:

Usah Main Beli, Ini Cara Memilih Bra Untuk Ibu Mengandung Dan Menyusu Dengan Betul

Foto: Herstyle

Bukan semua jenama mempunyai ukuran yang sama. Jadi, adalah lebih baik jika anda mencuba dahulu sebelum membeli.

Dan semasa mencuba bra, pastikan anda mempunyai ruang di dalam cup bra anda.

Pastikan juga puting anda berada di posisi tengah, bukan terlalu ke bawah atau ke atas. Dan kedua puting anda berada di garisan yang sama.

Selain itu, anda juga boleh menggunakan penyambung bra yang boleh menambah ukur lilit bra tersebut.

Stories Rakan Kongsi
Alami Kehamilan Berisiko? Ketahui Bagaimana Pakar Neonatologi Boleh Bantu Anda
Alami Kehamilan Berisiko? Ketahui Bagaimana Pakar Neonatologi Boleh Bantu Anda
Mencari Aktiviti Hujung Minggu dengan Harga Berbaloi? Jom Terokai 4 Taman Tema Terkemuka di Malaysia Ini
Mencari Aktiviti Hujung Minggu dengan Harga Berbaloi? Jom Terokai 4 Taman Tema Terkemuka di Malaysia Ini
Alami Kehamilan Berisiko? Inilah Sebabnya Anda Perlukan Pakar Perubatan Fetal Maternal (Maternal Fetal Medicine).
Alami Kehamilan Berisiko? Inilah Sebabnya Anda Perlukan Pakar Perubatan Fetal Maternal (Maternal Fetal Medicine).
Tanda-Tanda Kencing Manis Ketika Hamil
Tanda-Tanda Kencing Manis Ketika Hamil

Bra berwayar

Ramai yang tak pasti sama ada bra berwayar boleh digunakan oleh wanita hamil dan menyusu atau tidak.

Sebenarnya, ramai yang tidak menyarankan pengggunaan bra berwayar semasa menyusu badan. Ini sebagai langkah berhati-hati agar wayar tersebut tidak menekan tisu payudara.

Tip mencuci bra

  • Adalah lebih baik jika ianya dicuci dengan tangan dengan menggunakan sabun pencuci yang tidak terlalu kuat.
  • Elakkan menjemur terus pada matahari kerana ia boleh merosakkan elastik dan material bra itu.
  • Ada juga yang mencadangkan memakai bra semasa mandi dan membasuh menggunakan sabun mandi kegemaran anda.
  • Sidai di waktu malam dan ia boleh digunakan semula esoknya. Dan jangan sesekali meletakkan bra di dalam mesin pengering kerana suhu dan putaran mesin akan merosakan fizikal bra tersebut.

Khas untuk pembaca theAsianparent

Usah Main Beli, Ini Cara Memilih Bra Untuk Ibu Mengandung Dan Menyusu Dengan Betul

Berpeluang memenangi hadiah bernilai RM100 dari Breeze! Isi borang di bawah sahaja! 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: 7 Perubahan Payudara Ketika Mengandung Yang Perlu Anda Tahu

Baca juga: 5 Sebab Mengapa Anda Tidak Patut Pakai Bra Semasa Tidur

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Aqma

  • halaman rumah
  • /
  • Fesyen
  • /
  • Usah Main Beli, Ini Cara Memilih Bra Untuk Ibu Mengandung Dan Menyusu Dengan Betul
Kongsikan:
  • Salicylic Acid Untuk Ibu Hamil, Adakah Selamat Penggunaannya Untuk Ibu & Bayi?

    Salicylic Acid Untuk Ibu Hamil, Adakah Selamat Penggunaannya Untuk Ibu & Bayi?

  • Alami Kehamilan Berisiko? Ketahui Bagaimana Pakar Neonatologi Boleh Bantu Anda
    Stories Rakan Kongsi

    Alami Kehamilan Berisiko? Ketahui Bagaimana Pakar Neonatologi Boleh Bantu Anda

  • 15 Taman Permainan Kanak-Kanak Di Kuala Lumpur & Selangor Yang Percuma, Best Bawa Keluarga

    15 Taman Permainan Kanak-Kanak Di Kuala Lumpur & Selangor Yang Percuma, Best Bawa Keluarga

  • Salicylic Acid Untuk Ibu Hamil, Adakah Selamat Penggunaannya Untuk Ibu & Bayi?

    Salicylic Acid Untuk Ibu Hamil, Adakah Selamat Penggunaannya Untuk Ibu & Bayi?

  • Alami Kehamilan Berisiko? Ketahui Bagaimana Pakar Neonatologi Boleh Bantu Anda
    Stories Rakan Kongsi

    Alami Kehamilan Berisiko? Ketahui Bagaimana Pakar Neonatologi Boleh Bantu Anda

  • 15 Taman Permainan Kanak-Kanak Di Kuala Lumpur & Selangor Yang Percuma, Best Bawa Keluarga

    15 Taman Permainan Kanak-Kanak Di Kuala Lumpur & Selangor Yang Percuma, Best Bawa Keluarga

Feed

Feed

Dapatkan artikel yang bersesuaian tentang keibubapaan, gaya hidup, dan pendapat pakar, hanya di hujung jari anda!

Poll

Poll

Sertai poll yang menarik dan lihat apa ibu bapa lain fikir

Gambar

Gambar

Kongsi gambar insan tersayang anda secara selamat.

Topik

Topik

Sertai komuniti kami untuk lebih rapat dengan ibu atau ayah lain.

Tracker

Tracker

Pantau kehamilan anda, malah juga tumbesaran bayi dari hari ke hari!

theAsianparent

Muat turun app percuma kami

Google PlayApp Store

Ibu di Seluruh Dunia

Singapore flag
Singapore
Thailand flag
Thailand
Indonesia flag
Indonesia
Philippines flag
Philippines
Malaysia flag
Malaysia
Vietnam flag
Vietnam

Partner Brands

Rumah123VIP ParentsMama's ChoiceTAP Awards

© Copyright theAsianparent 2026 . All rights reserved

  • Tentang Kami
  • Polisi Privasi
  • Terma dan Syarat
  • Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham