Kebanyakan wanita pasti mengimpikan bentuk payudara idaman yang tegang, besar dan gebu.
Zaman anak dara pasti anda boleh dianggap sebagai ”ratu” kerana ia adalah waktu kegemilangan anda kerana kecantikan diri yang begitu menyerlah.
Namun, setelah melalui perjalanan sebagai ibu yang melahirkan zuriat buat suami, kemungkinan penjagaan payudara kurang diambil berat oleh kerana tumpuan diberikan sepenuhnya untuk memberikan penyusuan yang sempurna kepada anak.
Memiliki payudara idaman
Tidak cukup dengan itu, pasaran turut mengeluarkan pelbagai produk penjagaan diri bagi meningkatkan kembali aset diri sebagai wanita menawan.
Lambakan produk ini sekaligus memberikan kesan yang buruk terhadap payudara kerana kandungan yang diragui sehingga boleh merosakkan kesihatan tubuh badan.
Namun, tahukah anda bahawa anda boleh mencuba cara-cara yang selamat dan semulajadi bagi membesarkan payudara menjadi tegang dengan cukup berkesan.
#1. Sapuan putih telur
foto: iStockphoto
Putih telur memberikan kesan yang baik terhadap payudara. Caranya adalah menyapu putih telur di sekitar payudara setiap kali pada waktu malam. Setelah bangun dari tidur, anda boleh terus membasuhnya sambil melakukan teknik urutan lembut bagi mendapatkan payudara idaman.
#2. Mengurut payudara
Urutan payudara berkesan untuk melancarkan pengaliran darah, merangsang peningkatan hormon serta membantu membuatkan payudara menjadi lebih tegang.
Bagi memudahkan proses urutan, anda boleh gunakan minyak yang selamat digunakan seperti minyak zaitun.
#3. Pengambilan air soya
Air soya adalah minuman yang sangat mudah anda perolehi dengan harga yang cukup murah.
Kandungan estrogen semulajadi di dalam kacang soya membantu meningkatkan hormon estrogen di dalam badan yang sekaligus membantu anda memperoleh payudara idaman yang lebih besar dan tegang.
#4. Senaman push up
Senaman push up adalah senaman yang boleh anda lakukan di dalam rumah. Ketika memiliki waktu lapang, rajinkanlah meluangkan sedikit masa bagi melakukan senaman push up ini.
Ia dapat membantu anda mendapatkan bentuk payudara idaman kerana kaedah ini terbukti berkesan untuk menguatkan dan menegangkan otot dada.
#5. Jintan manis
Jintan manis adalah bahan masakan yang tergolong dalam kategori rempah ratus tradisional. Pengambilan jintan manis dalam masakan dapat membantu anda membesarkan payudara dengan selamat dan berkesan.
#6. Penjagaan diet seharian
Cara yang sangat mudah adalah dengan mengamalkan diet yang sihat dalam seharian.
Pengambilan makanan yang sihat dengan nutrisi sayur-sayuran dan buah berkesan untuk memberikan kesihatan yang baik terhadap payudara.
Bukan itu sahaja, payudara idaman akan menjadi lebih tegang dan gebu sekiranya anda menjaga setiap makanan yang anda ambil setiap kali waktu makan.
#7. Labu
foto: Xtra
Sapuan labu dapat membantu anda membesarkan saiz payudara dengan berkesan.
Caranya adalah dengan merebus labu sehingga lembik. Kemudian, lumatkan isi labu dan sapukannya secara rata ke seluruh bahagian payudara.
Biarkannya selama 20 minit kemudian basuh payudara anda dengan bersih.
#8. Berenang
Antara gaya renang yang terbaik ialah gaya kupu-kupu. Ia berkesan bagi anda yang ingin membesarkan saiz payudara secara semulajadi.
Dengan cara ini anda tidak perlu melakukan suntikan mahupun pembedahan. Hal ini kerana gaya berenang kupu-kupu mampu merangsang otot dada dan bahu untuk menjadi lebih besar.
#9.Masker yogurt dan telur
Salah satu cara lain bagi mendapatkan saiz payudara idaman adalah dengan mengamalkan sapuan masker pada payudara.
Caranya adalh dengan mencampurkan sesudu yogurt asli bersama sebiji telur, kemudian sapukannya di seluruh payudara anda berserta dengan sedikit urutan agar dapat membantu masker meresap dengan baik.
#10. Sapuan lendir daun lidah buaya
Sapuan gel lendir daripada daun lidah buaya dapat membantu menjadikan payudara lebih besar dan tegang.
Ketika menyapu lendir aloevera ini, anda disarankan supaya membuat teknik urutan supaya lendir dari daun lidah buaya dapat meresap dengan baik ke dalam kulit.
#11. Sapuan kacang panjang
Kacang panjang adalah salah satu jenis sayur-sayuran yang boleh membantu membesarkan payudara dengan cara yang cukup mudah.
Caranya adalah dengan mengisarkan kacang panjang, kemudian sapu rata ke seluruh bahagian kulit payudara kecuali puting.
#12. Minyak badam
Urutan payudara dengan menggunakan minyak badam dapat melancarkan peredaran darah. Apabila peredaran darah menjadi lancar, maka pembuluh darah pada payudara mampu mengembang sehingga dapat mengencangkan ukuran payudara.
Caranya adalah sediakan minyak badam dan sapukannya pada kawasan payudara kecuali puting. Selepas itu, basuh dengan menggunakan air bersih atau air suam.
#13. Khasiat daun sirih
Penggunaan daun sirih merupakan salah satu petua tradisional yang diamalkan sejak nenek moyang berada zaman gadis remaja.
Caranya adalah dengan mengambil beberapa helai daun sirih yang masih muda dan berdaun lebar. Kemudian, letakkan sedikit minyak kelapa dan layurkan dengan menggunakan api lilin dan sapukan pada buah dada.
Biarkan sehingga kering dan lakukannya secara lebih kerap dalam mendapatkan bentuk payudara idaman anda.
Sumber: ProfHariz
Kredit foto: Sumber
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Untuk dapatkan lebih banyak informasi dari theAsianparent Malaysia, boleh terus download Aplikasi Keibubapaan #1 Di Asia Tenggara kami.
Baca juga:
Kenapa Payudara Kita Sakit Sebelum Datang Bulan?
Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!