X
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan ProdukKlik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Awards
    • Parents' Choice Awards 2023
  • Beriklan Dengan Kami

Inilah mastitis; perjuangan penyusuan ibu yang ramai tak sedar

7 min bacaan
Inilah mastitis; perjuangan penyusuan ibu yang ramai tak sedar

Dirinya 10 bulan yang lalu dimana beliau terpaksa menghabiskan masa dua malam di hospital akibat mastitis yang kemudiannya menjadi sepsis.

Remi Peers, seorang ibu dari United Kingdom telah memuat naik sesuatu yang telah menjelaskan tentang realiti mastitis. Pada 1 Mei lalu, Peers telah memuat naik foto dirinya di hospital dengan kapsyen yang lantang mengenai perjuangan penyusuannya.

  This is mastitis. After hitting the 1 year breastfeeding mark last Sunday I felt compelled to share my story. Breastfeeding did NOT come easy for me. My milk came in after 5 days. I wasn’t aware that it could take that long, I didn’t even necessarily know what “milk coming in” meant. (Nobody ever taught me.) I was the only mother breastfeeding on my ward. One women did try to breastfeed, but switched to formula after 12 hours because she “had no milk” (nobody taught her either.) While the other babies slept with full bellies, my son screamed and cried attached to my breast through the night. (What was cluster feeding? Nobody told me) When I got home, problems started to arise-my nipple literally cracked in half. I have never felt such pain, I dreaded every feed, but persisted with tears in my eyes until I was healed. (Nobody taught me that breastfeeding could be painful, nobody taught me what a good latch looked like) When feeding my son out in public I would either go to the bathroom or pump at home and feed him with a bottle. Because I felt embarrassed and as though I would make others uncomfortable. This resulted in clogged ducts and engorgement. (I feed freely in public now, and have done for a long time. Fuck this backwards society!) Then came mastitis. I remember waking up at 3am shivering, putting on my dressing gown and extra blankets and trying to feed my son. The pain. It was excruciating. I was shaking and sweating but freezing to my bones. At 5 am I woke up my boyfriend and told him I thought I needed to go to the hospital. We got my stepdad, a doctor, he took my temperature and said it was slightly high, but to take a paracetamol and try and sleep. 7am comes, I’ve had no sleep, and now I’m vomiting, he takes my temp again. 40 c. I had developed sepsis overnight. This was because I was not able to recognise the more subtle signs of mastitis (as I had seen no redness that day) I was rushed to resus, given morphine, anti sickness and the strongest antibiotics they could give, and separated from my baby for two nights. I was Heartbroken. Continued in comments…

A post shared by MamaClog (@mamaclog) on May 1, 2017 at 12:25pm PDT

 

Peers mempunyai seorang anak lelaki berusia satu tahun. Walaupun sekarang mereka mempunyai perjalanan penyusuan yang lancar dan mudah, namun ia tidak selalunya begitu.

Foto yang dimuat naik Peers ke akaun instagram miliknya merupakan dirinya 10 bulan yang lalu dimana beliau terpaksa menghabiskan masa dua malam di hospital akibat mastitis yang kemudiannya menjadi sepsis.

Di dalam kapsyennya, Peers berkongsi tentang perjalanan penyusuannya, dari menunggu hampir seminggu untuk susunya keluar (dia tidak tahu ia selama itu), bergelut dengan isu penyusuan terus dari badan (putingnya merekah) hingga takut untuk menyusukan di tempat awam (rasa malu dan risau akan membuatkan orang lain tidak selesa – ini menyebabkan saluran tersumbat dan bengkak susu).

Semasa anaknya, Rudy berusia 2 bulan, Peers terkena mastitis dan apabila beliau ke hospital, Peers didiagnos dengan sepsis. Beliau bernasib baik kerana sepsisnya menjadi lebih baik selepas 24 jam dan mastitis pulih selepas sembilan hari mengambil antibiotik.

Semasa di hospital, Peers telah meminta pam susu berulang kali kerana jika beliau tidak mengosongkan payu dara, mastitis akan menjadi teruk, dan ia memang menjadi lebih teruk. Jururawat di hospital itu telah memberi respon mereka sukar mencari pam susu kerana tidak ramai ibu menyusu masuk di sana.Inilah mastitis; perjuangan penyusuan ibu yang ramai tak sedar

Peers percaya puncanya sebenar ialah masalah yang lebih besar – kurangnya pemahaman penyusuan ibu di United Kingdom. Sepanjang perjalanan penyusuannya, satu perkara yang sering muncul, ayat “Tiada siapa pernah mengajar saya”.

Menurut Peers, ia lebih dari sekadar cerita, titik utama ialah, kurangnya sokongan dan pengajaran sekeliling tentang penyusuan dan ianya teruk.

Beliau memaksudkan pengajaran umum tentang asas penyusuan, tentang apa masalah yang boleh timbul dan penyelesaiannya, bagaimana mengenali masalah itu dan merawatnya. Bukan sekadar apa kelebihan penyusuan ibu dari sekeping risalah.

Peers mendapati yang ramai wanita di UK tidak berpeluang belajar tentang penyusuan dari ibu atau nenek mereka, kerana ramai tidak menyusukan susu badan. Beliau juga percaya yang ahli-ahli medikal tidak memberikan sokongan pada ibu baru untuk belajar tentang penyusuan.

Wanita tidak boleh melahirkan sendirian namun mereka dianggap boleh melalui perjalanan penyusuan seorang diri tanpa berkongsi pengalaman dengan yang lain. Dan inilah sebabnya mengapa hubungan penyusuan berakhir sebelum ia bermula. Turut Peers lagi.

Peers merumuskan yang penyusuan ibu bukannya mudah, dan dia sepatutnya tahu tentang ini namun dia tidak. Katanya, dia akan tahu jika kadar penyusuan ibu lebih tinggi dan masyarakat tidak memandang payu dara sebagai objek.

Jika ibu baru tahu tentang bagaimana sukarnya penyusuan ibu, mereka pasti akan lebih banyak ke kelas laktasi, membaca buku, menyertai forum dan bertanya soalan – namun tidak, kerana semua menganggap penyusuan hanyalah perkara semula jadi yang akan terjadi seperti bernafas, kerana tiada siapa pernah memberitahunya.

kandungan susu ibu

Foto berserta kapsyen Peers telah menerima lebih 500 ‘like’ dan Peers berkata yang beliau ingin terus berkongsi ceritanya untuk membantu ibu menyusu yang lain. Beliau mahu wanita yang melalui kesukaran bahawa mereka tidak keseorangan dan ianya adalah normal untuk merasakan penyusuan itu susah. Dan beliau ingin mereka tahu yang ianya tidak mustahil untuk berjaya walaupun mempunyai banyak kesukaran.

Peers berharap dapat meningkatkan kesedaran tentang kepentingan pelajaran secara berdepan dan sokongan semasa dan selepas hamil. Walaupun beliau telah mengkaji dan membaca banyak buku tentang laktasi, beliau masih merasakan dirinya belum cukup bersedia melalui cabaran sebagai ibu baru.

Beliau percaya yang untuk mendapat jawapan yang betul, kita harus tahu soalan yang betul – namun ramai ibu baru tidak tahu. Beliau mahu mereka yang membaca perkongsiannya tahu yang beliau tidak mahu menghalang ibu baru dari penyusuan kerana ianya adalah salah satu kegembiraan terbesar dirinya sebagai ibu. Tetapi dia berharap agar ramai wanita sedar tentang isu yang berbangkit dan bersedia untuk semua kemungkinan.

Oleh itu, jika terdapat masalah, mereka boleh mendapatkan bantuan dengan cepat, tanpa rasa malu atau percaya yang ada sesuatu tidak kena dengan badan mereka. Juga ramai lebih yakin untuk bercakap tentang isu mereka dan meneruskan penyusuan selama mana yang mereka mahu., kata Peers lagi.

susu ibu

Tambah Peers, untuk wanita yang merasakan penyusuan ibu tidak berjaya untuk mereka, tidak perlu untuk rasa malu bertukar kepada susu formula. Ramai wanita mengekspreskan rasa bersalah kerana tidak mampu menyusukan anak mereka. Ia sungguh menyedihkan.

Matlamat Peers adalah ringkas, beliau mahu wanita untuk rasa berkuasa dan disokong untuk apa sahaja pilihan mereka.

Mastitis

Mastitis ialah payu dara yang bengkak akibat infeksi atau jangkitan. Ia boleh terjadi pada mana-mana wanita walaupun ianya tidak biasa terjadi semasa 6 bulan pertama penyusuan. Ia boleh menyebabkan rasa sangat letih dan lesu. Namun, dengan meneruskan penyusuan, mastitis boleh dirawat dan ia tidak akan membahayakan bayi anda.

Punca mastitis

Inilah mastitis; perjuangan penyusuan ibu yang ramai tak sedar

Foto ehsan JAMA network

Selalunya terjadi akibat bakteria yang masuk melalui puting. Ini boleh terjadi jika ibu menyusu mempunyai puting yang luka atau merekah. Tidak mengosongkan payu dara juga boleh menyebabkan mastitis.

Simptom mastitis

Inilah mastitis; perjuangan penyusuan ibu yang ramai tak sedar
Stories Rakan Kongsi
Melangkaui Norma: Adakah Rangsangan Penyusuan Bayi Hanya Boleh Dilakukan Secara Semula Jadi?
Melangkaui Norma: Adakah Rangsangan Penyusuan Bayi Hanya Boleh Dilakukan Secara Semula Jadi?
Yogurt Lactel Kids Snek Sihat Untuk Anak Anda, Diperkaya Dengan Vitamin D & Tinggi Kalsium Bagi Menyokong Tumbesaran Tulang Si Kecil!
Yogurt Lactel Kids Snek Sihat Untuk Anak Anda, Diperkaya Dengan Vitamin D & Tinggi Kalsium Bagi Menyokong Tumbesaran Tulang Si Kecil!
Eratkan Hubungan Kekeluargaan Bersama Si Manja Menerusi Pencarian Friso Gold DadMombassador 2022
Eratkan Hubungan Kekeluargaan Bersama Si Manja Menerusi Pencarian Friso Gold DadMombassador 2022
Ingin Bantu Menyokong Proses Pembelajaran & Ingatan Anak? Ini Rupanya Cara Mudah Ibu Boleh Cuba!
Ingin Bantu Menyokong Proses Pembelajaran & Ingatan Anak? Ini Rupanya Cara Mudah Ibu Boleh Cuba!

Foto ehsan stayathomemom

Mastitis selalunya bermula dengan bahagian sebelah payu dara yang sangat sakit. Ia mungkin kemerahan atau panas jika di pegang, atau keduanya. Anda juga boleh mendapat demam, menggigil dan sakit-sakit badan.

Tanda mastitis sudah semakin teruk termasuklah:

  • bengkak
  • noda limfa yang sakit di bahagian ketiak sebelah payu dara yang dijangkiti
  • degupan jantung laju
  • simptom seperti demam yang semakin teruk
  • mastitis boleh menjadi nanah yang akan menyebabkan payu dara mempunyai benjolan yang keras dan menyakitkan.

Mereka yang berisiko tinggi mendapat mastitis:

  • pernah mempunyai mastitis
  • melambatkan atau memonteng waktu mengepam. Jika anda tidak mengosongkan payu dara anda, ia akan menjadi terlalu penuh dan bengkak, dan membawa kepada mastitis.
  • puting luka, retak yang berpunca dari posisi penyusuan yang tidak baik
  • mempunyai anemia. Anemia membuatkan badan anda lebih mudah mendapat jangkitan seperti mastitis.

Sumber: huffingtonpost, WebMD

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Aqma

  • halaman rumah
  • /
  • Penyusuan & Pemakanan
  • /
  • Inilah mastitis; perjuangan penyusuan ibu yang ramai tak sedar
Kongsikan:
  • Ibu menyusu selalu menderita keseorangan kerana tak cukup sokongan, sama seperti ibu ini!

    Ibu menyusu selalu menderita keseorangan kerana tak cukup sokongan, sama seperti ibu ini!

  • 5 cabaran besar penyusuan ibu dan penyelesaiannya

    5 cabaran besar penyusuan ibu dan penyelesaiannya

  • Give Health A Shot Campaign: Bridging the Awareness With Vaccine Preventable Disease Education for Families

    Give Health A Shot Campaign: Bridging the Awareness With Vaccine Preventable Disease Education for Families

  • Pastikan Gigi Bayi Tumbuh Sempurna, Guna Ubat Gigi Yang Betul Untuk Anak Bawah 1 Tahun!

    Pastikan Gigi Bayi Tumbuh Sempurna, Guna Ubat Gigi Yang Betul Untuk Anak Bawah 1 Tahun!

  • Ibu menyusu selalu menderita keseorangan kerana tak cukup sokongan, sama seperti ibu ini!

    Ibu menyusu selalu menderita keseorangan kerana tak cukup sokongan, sama seperti ibu ini!

  • 5 cabaran besar penyusuan ibu dan penyelesaiannya

    5 cabaran besar penyusuan ibu dan penyelesaiannya

  • Give Health A Shot Campaign: Bridging the Awareness With Vaccine Preventable Disease Education for Families

    Give Health A Shot Campaign: Bridging the Awareness With Vaccine Preventable Disease Education for Families

  • Pastikan Gigi Bayi Tumbuh Sempurna, Guna Ubat Gigi Yang Betul Untuk Anak Bawah 1 Tahun!

    Pastikan Gigi Bayi Tumbuh Sempurna, Guna Ubat Gigi Yang Betul Untuk Anak Bawah 1 Tahun!

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
    • Anak angkat
    • Kehamilan
    • Sebelum & Proses Bersalin
    • Perkahwinan & Seks
  • Bayi
    • Nama bayi
    • Perkembangan & Anak
    • Tip keibubapaan
    • Penyusuan & Pemakanan
  • Kesihatan
    • Senaman
    • Alahan & Sindrom
    • Penyakit
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Rumah
    • Kewangan
    • Percutian
    • Pertandingan & promosi
  • Banyak Lagi
    • TAP Komuniti
    • Beriklan Dengan Kami
    • Hubungi Kami
    • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2023. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

theAsianparent heart icon
Kami ingin menghantar anda pemberitahuan untuk berita dan kemas kini terbaru mengenai penjagaan dan kesihatan bayi.