Ibu Perlukan Rawatan Muka? Boleh Saja Tapi Sebaiknya Elak Lakukan Jenis Rawatan Muka Ini Kerana Ditakuti Merbahayakan Bayi Dalam Kandungan

Rawatan muka ibu mengandung selamat, namun perlu elak 5 bahaya ini kerana ia boleh bawa mudarat kepada bayi dalam kandungan.

Rawatan muka adalah penting untuk wanita hamil. Mana tidaknya, bakal ibu ini selalunya akan mengalami banyak perubahan pada tubuh badan akibat gangguan hormon ketika mengandung.

Bukan saja emosi wanita hamil akan lebih beremosi, malah penampilan anda juga akan berubah! Salah satu perkara yang kerap terjadi ialah muka breakout ketika hamil.

Apabila jerawat tiba-tiba muncul, pastinya anda mencari tips penjagaan muka yang sesuai bagi wanita hamil yang boleh anda praktikkan. Tapi jangan terus memakai krim ataupun ubat jerawat ketika anda hamil kerana dikhuatiri ada kesan buruk yang anda tidak tahu.

Rawatan Muka Semasa Hamil: Adakah Ia Selamat Untuk Ibu Dan Bayi?

muka, rawatan laser muka, muka breakout, rawatan muka berjerawat

Jika anda ingin mendapatkan rawatan muka ketika hamil, ada pula persoalan lain yang timbul sama ada ia selamat atau tidak. Pasti ramai keliru, kan?

Para ibu yang hamil selalunya akan mengalami ketidakselesaan. Sebab itulah anda digalakkan untuk manjakan diri sekali-sekala.  Janganlah duduk di rumah sahaja tanpa berbuat apa-apa.

Sesi memanjakan diri juga penting untuk memastikan anda sentiasa kekal bertenaga, positif, seronok dan mood pun bahagia. Penting juga untuk bayi dalam kandungan jikalau ibunya happy!

Terdapat banyak cara untuk merawat kulit wajah anda, daripada penggunaan produk penjagaan kulit, steaming dan urutan muka kepada mikrodermabrasi, pengelupasan kimia, terapi cahaya, penurapan semula laser dan banyak lagi. Tetapi tidak semuanya selamat semasa kehamilan.

Keselamatan melakukan semasa hamil bergantung kepada jenis facial yang anda dapatkan dan bahan-bahan yang terlibat dalam produk penjagaan kulit yang digunakan.

Rawatan muka ketika hamil sememangnya boleh menjadi perkara yang selamat. Walau bagaimanapun, untuk mendapat kepastian yang lebih, para ibu disarankan untuk menghubungi doktor anda atau pakar kesihatan sebelum menempah janji temu.

Kalau boleh, beritahu mereka tentang jenis rawatan yang akan anda lakukan. Dari situ, doktor akan mengetahui sama ada rawatan tersebut adalah bahaya atau tidak untuk ibu dan bayi dalam kandungan.

Perlu diketahui juga, jika ‘baby bump’ anda semakin membesar, anda akan berasa kurang selesa untuk berada dalam keadaan terbaring untuk jangka masa yang lama ketika mendapatkan rawatan muka.

Kebaikan Mendapatkan Rawatan Muka Semasa Hamil

muka, rawatan laser muka, muka breakout, rawatan muka berjerawat

Mendapatkan rawatan muka ketika hamil akan menaikkan lagi seri wajah dan memperbaiki keadaan kulit ibu hamil. Selain itu, ia juga mampu untuk:

#1. Kulit Lebih Bersih Dan Lembap

Memandangkan kulit anda akan dibersihkan secara menyeluruh dan pengekstrakan akan dilakukan, jika perlu, sebarang kotoran yang menyumbat liang-liang anda akan dikeluarkan dan kulit anda akan berasa lebih segar.

Selain itu, rawatan muka boleh membantu mengimbangi semula kulit anda dengan membuang minyak berlebihan dan mengekalkannya dengan penghidratan.

#2. Merawat Keadaan Kulit

Dengan menggunakan bahan-bahan yang selamat untuk ibu hamil, rawatan wajah juga boleh membantu merawat keadaan kulit. Kuncinya ialah untuk mencari bahan-bahan yang betul dan juga selamat untuk bayi di dalam kandungan bagi mendapatkan hasil yang terbaik.

#3. Relaks

Mengandung boleh menjadi pengalaman yang menggembirakan, tetapi juga akan memberikan tekanan. Mungkin faedah terbaik dari facial adalah emosi si ibu dikatakan akan menjadi lebih relaks sebelum melahirkan anak.

Dengan segala kebimbangan yang mungkin timbul, rawatan muka semasa hamil boleh menjadi cara terbaik untuk membantu menenangkan fikiran dan memanjakan diri anda.

#4. Ibu Berasa Lebih Yakin

Ini adalah salah satu perkara yang sangat penting buat para ibu. Mereka perlu sentiasa berasa cantik dan ‘presentable’, walaupun sedang berbadan dua. Sebab itulah mereka juga perlukan sesi memanjakan diri seperti rawatan muka ini, barulah mereka akan berasa lebih yakin.

Perkara Yang Perlu Dielakkan Jika Mendapatkan Rawatan Muka Ketika Hamil

Seperti kebanyakan perkara semasa kehamilan, mendapatkan rawatan muka yang selamat dan betul adalah dengan mengetahui sama ada bahan yang digunakan adalah halal dan perkara perlu lain yang perlu dielakkan.

Antara perkara yang perlu dielakkan adalah:

#1. Rawatan Muka Yang Kasar/Keras

Pengelupasan kimia, produk Retin-A, rawatan microdermabrasion dan rawatan laser perlu dielakkan. Ini kerana kulit anda boleh menjadi sangat sensitif apabila anda hamil, jadi rawatan yang keras boleh menyebabkan kerengsaan.

Atas sebab yang sama, ibu hamil disyorkan hanya menggunakan produk yang bebas pewangi dan bebas paraben.

#2. Retinol

Selain menjauhi produk Retin-A, Dr. sebaiknya ibu hamil elakkan retinol atau sebarang retinoid secara umum semasa hamil. Ini kerana bahan itu telah dikaitkan dengan beberapa kecacatan kelahiran yang berpotensi serius.

Sebaliknya, ibu hamil disyorkan menggunakan produk dengan asid azelaic, asid glikolik dan asid salisilik tahap rendah, serta benzoil peroksida topikal dos rendah dan vitamin C.

Ini boleh membantu memberikan anda kulit yang lebih licin, jelas dan kelihatan cerah seperti retinol (walaupun dengan hasil yang lebih ringan), tetapi tanpa semua risiko.

Selain itu, asid hyaluronik dan minyak biji anggur sebagai pengganti untuk melembapkan kulit anda. Pilihan lain bahan semula jadi termasuklah bakuchiol, yang tidak sekeras retinol.

#3. Hidrokuinon

Hydroquinone—agen pencerah kulit yang terdapat dalam krim yang mengurangkan bintik gelap seharusnya dielakkan. Ini kerana sejumlah besar ramuan diserap ke dalam kulit anda. 

#4. Rawatan Yang Melibatkan Haba Panas

Anda juga tidak mahu melakukan apa-apa yang melibatkan haba yang meluas seperti pembalut badan, mandian wap atau sauna – kerana menaikkan suhu teras dalaman anda boleh membahayakan bayi anda. Rawatan steam muka anda atau hanya membalut muka dengan tuala panas tidak mengapa.

#5. Botox

Rawatan botox tidak digalakkan semasa hamil, kerana tiada kajian yang menunjukkan ia selamat. Perkara yang sama berlaku untuk microneedling, secara rasmi dikenali sebagai terapi induksi kolagen yang digunakan untuk mengurangkan parut jerawat dan tanda regangan. Sebaiknya elakkan rawatan sebegini sehingga selepas kehamilan dan penyusuan.

Jerawat Ketika Hamil: Apa Anda Perlu Tahu!

Seperti yang diketahui, wanita hamil tidak boleh sewenang-wenangnya memakai ubat. Hal ini kerana penggunaan ubat yang salah boleh membawa kemudaratan kepada ibu dan bayi. Anda tidak mengalami sebarang masalah kulit sebelum ini, tetapi kenapa jerawat muncul ketika hamil?

Sebenarnya, jerawat merupakan perkara biasa yang berlaku ketika hamil dan selalunya akan kembali kepada sedia kala selepas tempoh kehamilan anda.

Punca penghasilan jerawat pada wanita hamil adalah akibat hormon yang menghasilkan lebihan minyak, terutamanya pada trimester pertama.

Minyak yang keluar ini akan memerangkap tisu kulit mati dan menutup liang-liang pada kulit, lalu menyebabkan jangkitan kuman yang menyebabkan keradangan berlaku.

Jangan Ambil Ubat Sembarangan!

Ketika hamil, sebaiknya anda mendapatkan preskripsi doktor untuk menghilangkan jerawat dan perlu mengambil kira risiko bahaya ubat jerawat untuk bayi di dalam kandungan.  Ketahui tips penjagaan muka bagi menghilangkan jerawat dengan betul.

Ini kerana, ada kandungan dalam ubat jerawat yang membahayakan bayi seperti:

  • Accutane dikhuatiri boleh menyebabkan kecacatan bayi.
  • Retinol mengandungi kandungan vitamin A yang berlebihan, dan boleh membahayakan janin.
  • Beta-Hydroxy Acid (BHA) dan Salicylid yang menyerap ke dalam kulit dan belum terbukti selamat digunakan oleh wanita hamil.
  • Benzoyl Peroxide juga tidak dibuktikan selamat untuk kehamilan.

Doktor mungkin akan mengesyorkan beberapa jenis ubat, namun anda harus beritahu doktor yang anda sedang hamil. Berikut merupakan senarai ubat yang harus dielakkan wanita hamil:

  • Pil antibiotik tetracyline.
  • Krim Benzoyl Peroxide
  • Krim Isotretinoin
  • Antibiotik Minocyline
  • Antibiotik Doxycyline

Kaedah Yang Selamat Digunakan Bagi Menghilangkan Jerawat

rawatan muka, muka, rawatan laser muka, muka breakout, rawatan muka berjerawat

Harus diingatkan sekali lagi, penggunaan ubat jerawat ketika hamil ada risiko dan anda perlu mendapatkan nasihat doktor sebelum menggunakannya. Jangan sekali-kali pandang remeh tentang penggunaan ubat jerawat ketika hamil.

Jika boleh, tunda sebarang rawatan dan ubatan yang ingin diambil bagi mengelakkan sebarang kesan buruk yang boleh berlaku kepada bayi anda.

Namun, anda boleh mencuba kaedah yang disenaraikan di bawah untuk menghilangkan jerawat:

  1.  Guna krim antibiotik Erythromycin boleh digunakan namun di bawah preskripsi doktor.
  2.  Azelaic Acid (Azelex) merupakan krim bukan antibiotik namun lebih selamat.
  3. Cuci muka anda sebelum dan selepas bangun tidur.
  4. Minum air masak secukupnya, disarankan 2-3 liter sehari.
  5. Makan makanan berkhasiat, elakkan makanan berminyak dan lebihkan buah-buahan di dalam menu anda dapat membantu mencegah timbulnya jerawat baru.
  6. Sentiasa gembira dan jangan stres!
  7.  Jika anda masih risau, anda disarankan berjumpa dengan pakar kulit atau dermatologis.

Namun anda jangan risau, kemunculan jerawat ketika hamil biasanya disebabkan oleh perubahan hormon, dan biasanya hilang secara berperingkat sebaik ibu melahirkan. Sementara itu, jangan picit jerawat ya, nanti ada parut pula!

  1. verywellfamily.com (March 16, 2022). Cat I Get A Facial While Pregnant? www.verywellfamily.com/can-pregnant-women-get-a-facial-5219972
  2. babycenter.com (October 28, 2021) Is It Safe To Get A Facial While Pregnant? www.babycenter.com/pregnancy/health-and-safety/is-it-safe-to-get-a-facial-when-im-pregnant_1246180

Di theAsianparent Malaysia, penting bagi kami untuk membekalkan anda maklumat yang betul, penting dan tepat pada masanya. Tetapi ini tidak berfungsi sebagai alternatif untuk nasihat perubatan atau rawatan perubatan. theAsianparent Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap mereka yang memilih untuk mengambil ubat berdasarkan maklumat daripada laman web kami. Jika anda mempunyai sebarang keraguan, kami mengesyorkan agar anda berunding dengan doktor anda untuk mendapatkan maklumat yang lebih jelas.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Kehamilan Pertama & Anak Kedua Tak Sama Pengalamannya, Ini Perbezaan Yang Mungkin Ibu Alami

Baca juga: Cara Mencegah Kehamilan Selepas Bersetubuh, Tak Semestinya Ambil Pil Perancang Saja!

Baca juga: 5 Perkara Paling Best & Membahagiakan Ibu Ketika Berada Trimester Kedua Kehamilan

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!