Tips Untuk Hubungan Di Ranjang Yang Penuh Keasyikan, Khusus Untuk Pengantin 'Lama'

Bagi anda yang sudah mendirikan rumah tangga, tidak ada salahnya sekali-sekala berikan kejutan kepada pasangan dengan mencuba tips seks persis malam pertama

Memiliki sebuah rumah tangga yang bahagia menjadi impian bagi setiap pasangan. Meskipun hubungan sudah berusia bertahun-tahun, tidak ada salahnya untuk anda mempelajari beberapa tips seks bagi mengembalikan semula kehangatan ketika bersama.

Kebanyakan suami isteri mengakui bahawa keinginan dan prestasi mereka menurun setelah memiliki cahaya mata. Hubungan di ranjang sebenarnya turut berkait rapat dengan kebahagiaan sesebuah hubungan.

Tips seks bagi mengembalikan aura malam pertama

tips seks malam pertama

credit to sources

Memiliki kehidupan seks yang sihat dan memuaskan batin adalah komponen penting dalam perkahwinan. Menurut pakar seks, Nikki Ransom-Alfred, ”Selepas mendirikan ikatan perkahwinan, sesetengah pasangan mendapati bahawa kuantiti dan kualiti seks mereka menjadi semakin menurun.”

Bagi mengelakkan masalah ini berterusan, kami kongsikan beberapa petua seks untuk memastikan hubungan seks tetap panas dan nikmat selama bertahun-tahun akan datang iaitu:

#1. Tunjukkan kasih sayang

Kasih sayang adalah bahagian sangat penting bagi memastikan kehidupan seks yang sihat. Apabila sudah terbiasa dengan pasangan sepanjang masa, kadang-kadang anda boleh lupa untuk menjadi penyayang dan romantik. 

Justeru, pastikan untuk mencium pasangan sebelum anda keluar bekerja, elak melelapkan mata dalam keadaan marah dan sentiasa katakan padanya ”Abang cintakan sayang.”

Sering kali pasangan mengalami kekeliruan dalam mencampuradukkan hubungan intim dengan waktu berkasih sayang. Dalam hal ini, anda perlu meluangkan sedikit masa untuk berkasih sayang dan seterusnya membangkitkan keinginan sehingga ke ranjang.

#2. Berbicara secara terbuka kemahuan anda di tempat tidur

Anda memilih pasangan bagi menjadi teman hidup buat selama-lamanya. Justeru, lebih baik untuk berkata jujur tentang kemahuan yang hadir dalam khayalan.

petua seks power

credit to sources

Menurut Ransom, sesetengah suami isteri berasa malu untuk meluahkan tentang hubungan seks antara satu sama lain, mereka lebih memilih memendam keinginan dan akhir sekali boleh mendatangkan kesan buruk dalam rumah tangga.

Mulakan komunikasi dengan pasangan bagi menyatakan keinginan diri ketika bersama dengan menulis 3 fantasi seksual yang anda dambakan. Jangan lupa untuk minta pasangan melakukan perkara yang sama!

Anda juga boleh mengajaknya untuk menonton pornografi yang sesuai dengan fantasi bersama bagi meningkatkan lagi keinginan untuk melakukan hubungan seks.

 #3. Berani mencuba sesuatu yang baharu

Tips seks yang ketiga ialah berikan kejutan pada pasangan. Menurut Ransom, kebanyakan pasangan suami isteri berasa sangat selesa dalam hubungan sehingga sanggup mengabaikan kehidupan seks agar ia tetap hangat dan segar.

”Perkahwinan adalah selama-lamanya. Anda tidak boleh mengharapkan hubungan seks perkara yang remeh hanya kerana tubuh penat akibat seharian bekerja. Apabila ini menjadi kebiasaan, aura rumah tangga boleh berkurangan dan sekaligus menimbulkan masalah pada kemudian hari.” jelas Ransom.

#4. Beri rangsangan melalui sentuhan penuh romantis

Sebenarnya, ketika melakukan seks ia bukanlah hanya tertumpu kepada melakukan penetrasi ke vagina isteri semata-mata. Anda perlu tahu bahawa sentuhan juga memainkan peranan cukup penting bagi meningkatkan kehangatan bersama, misalnya dengan melancap atau fore play.

Ia adalah penting bagi memastikan diri anda dan pasangan dalam keadaan benar-benar bersedia untuk meneruskan aksi yang seterusnya. Menurut Psychology Today, rata-rata waktu fore play yang paling ideal adalah tidak kurang 15 minit.

Semakin lama waktu yang dihabiskan untuk sesi foreplay ini, semakin mantap tahap orgasme yang anda rasai. Ini terjadi ketika tubuh sudah bersedia, terlalu ghairah untuk melakkan seks dengan gaya maksimum.

#5. Mengenakan pakaian seksi dan berbau wangi

rahsia seks bersama pasangan

credit to sources

Jika anda mendapati isteri berada dalam keadaan yang letih atau tertekan sehingga dia tidak berminat untuk melakukan seks, apa kata hadiahkan dia dengan sesuatu yang seksi untuk dipakai apabila berdua-duaan dalam bilik.

Bukan itu sahaja, anda juga perlu membersihkan ruang kamar dan memasang wangian bagi meningkatkan keinginan untuk bersama. Cipta kelainan dengan mengajak pasangan mandi bersama serta tawarkan diri untuk meletakkan sabun pada keseluruhan tubuhnya.

Dengan cara ini ia tidak akan terhenti di dalam bilik air sahaja, malah boleh membawa anda sehingga hubungan atas katil!

Sumber: Brides

kredit foto: google images

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Hubungan Di Ranjang, Sekejap Tapi Puas

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!