Ini 9 Perkara Anda Patut Buat Jika Mahu Travel Bersama Bayi Lagi-Lagi Ketika Pandemik!
Jika travel bersama bayi banyak yang anda sebagai ibu bapa perlu fikirkan ia kerana bayi ini kita tak jangka jika dia mahukan sesuatu kadang kala.
Jika travel dengan bayi banyak yang anda sebagai ibu bapa perlu fikirkan ia kerana bayi ini adalah makhluk kecil yang tidak dapat kita jangka jika dia mahukan sesuatu kadang kala.
Sekarang, walaupun ada berita telah mengumumkan beberapa lokasi pelancongan bakal dibuka, bahkan ada sesetengah negeri pula sudah beralih fasa lain, tak salah jika kita masih berhati-hati, lagi lagi jika dengan anak kecil!
Lebih elok bersedia awal daripada bila sudah memulakan perjalanan tanpa sebarang persediaan mood untuk travel boleh menganggu bukan saja kasihan pada bayi tetapi pada anda juga kerana tidak dapat menikmati percutian dengan tenang.
Sudahlah mungkin susah untuk mendapat cuti, tiba-tiba mood cuti pula terganggu, mungkin anda fikir baik duduk rumah saja kan?
Travel dengan bayi? Ini yang anda perlu buat!
Ada beberapa tips yang boleh anda praktik dan lakukan jika melakukan perjalanan dengan bayi.
Ia bagi memudahkan anda sekeluarga untuk mendapatkan percutian yang aman dan harmoni tanpa sebarang gangguan mood. Jika sudah merancang, tetapi terjadi juga pelbagai perkara itu terpaksalah diterimakan?
Melakukan perjalanan bersama si manja boleh menjadi pengalaman yang amat berharga untuk anda berdua. Anda akan dapat melihat dunia melalui matanya dan berkongsi kegembiraannya semasa dia mendapat penemuan baharu.
Walaupun ia menyeronokkan, melakukan perjalanan bersama bayi pasti ada cabarannya. Kami telah menyusun panduan ini untuk membantu anda mengatur perjalanan yang lebih menyeronokkan.
Jadi cuba dulu lakukan tips yang dikongsikan ini jika mahu travel dengan bayi anda!
#1. Pilih destinasi yang mesra keluarga
Pilih hotel yang mempunyai kemudahan kanak-kanak serta memberikan diskaun untuk tilam tambahan dan sarapan kanak-kanak. Minta katil bayi yang selamat.
#2. Lakukan perjalanan percubaan
Lakukan perjalanan balik hari atau hujung minggu untuk melihat bagaimana anak anda menyesuaikan dirinya. Jika bayi anda berumur 6 bulan ke atas, anda boleh melihat gambar destinasi yang dipilih dan bercakap dengannya tentang perkara yang akan dilakukan di sana.
Berfikir positif tentang perjalanan yang telah dirancang itu dan kemungkinan besar, anak anda turut akan menjadi positif.
#3. Lakukan dengan perlahan-lahan
Lakukan dengan perlahan-lahan. Terlalu banyak pemandangan dan bunyi boleh memberikan rangsangan yang berlebihan kepada si manja.
#4. Berehat
Jika perjalanan itu menggunakan kereta, hadkan masa memandu kepada 6 hingga 8 jam dan berehat setiap 2 jam untuk menukar lampin atau pergi ke tandas dan bermain.
Tamatkan hari anda lebih awal supaya semua orang boleh berehat selepas seharian di atas jalan raya.
#5. Bawa bekalan makanan ringan
Jika bayi anda sudah mula memakan makanan pejal, bawa bekalan makanan ringan. Air, jus dan makanan yang sihat tetapi tidak mudah rosak adalah satu kemestian.
#6. Sediakan kejutan
Sediakan kejutan untuk memastikan perjalanan itu menyeronokkan. Bagi bayi, berikan objek yang berkilat, mainan bermuzik dan sebagainya yang sesuai dengan bayi anda.
Untuk kanak-kanak, pertimbangkan susun suai gambar, figura aksi seperti patung Ultraman, kertas lukisan dan pensil warna serta CD cerita.
#7. Pastikan bilik hotel anda selamat untuk bayi
Tanya pihak hotel sama ada mereka boleh menyediakan bilik yang selamat untuk bayi atau rancang untuk melakukannya sendiri.
Periksa bilik anda dengan teliti. Bawa pita pelekat untuk menutup laci yang longgar misalnya dan untuk menutup soket elektrik.
#8. Beli tiket kapal terbang yang berasingan untuk bayi
Jika anda merancang untuk menaiki kapal terbang, pertimbangkan untuk membeli tempat duduk yang berasingan untuk bayi anda supaya si manja lebih selamat dan selesa.
Anda boleh membawa tempat duduk bayi yang anda pasang di kereta untuk digunakan di dalam kapal terbang. Sesetengah syarikat penerbangan menawarkan diskaun untuk kanak-kanak.
Beri makanan kepada si manja semasa berlepas dan mendarat untuk mengelakkan kesakitan di telinganya dan pastikan dia sentiasa terhidrat.
#9. Mulakan dan akhiri lebih awal
Jika bayi anda cergas pada awal hari, pergi bersiar-siar pada waktu pagi dan khaskan waktu petang untuk berehat. Cuba ikut rutin anak anda.
Tip Bonus
Travel dengan bayi sewaktu pandemik amat mencabar kerana tidak semuanya mahu mengikut SOP yang ditetapkan. Oleh sebab itu, anda harus pastikan anak memakai topeng muka selama mana yang boleh.
Pastikan anda dan keluarga menjaga jarak dengan orang lain dan sentiasa mencuci tangan atau memakai hand sanitizer.
Lebih baik sebelum melancong, anda dan keluarga mengambil ujian swab COVID-19 terlebih dahulu. Jika mahupun yang lebih pantas, boleh beli sahaja rapid test di mana-mana farmasi berdekatan.
Jaga keselamatan ya!
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga: Bila Waktu Yang Tepat Untuk Bawa Si Kecil Keluar Makan Bersama?