TAP top app download banner
theAsianparent
theAsianparent
EnglishMalay
Panduan Produk
  • Menjadi ibu bapa
  • Anak
  • Keibubapaan
  • Kesihatan
  • Penyusuan & Pemakanan
  • Pendidikan
  • Gaya Hidup
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beriklan Dengan Kami
  • Komuniti
Log Masuk
  • EnglishMalay
    • Artikel
  • Menjadi ibu bapaMenjadi ibu bapa
  • AnakAnak
  • KeibubapaanKeibubapaan
  • KesihatanKesihatan
  • Penyusuan & PemakananPenyusuan & Pemakanan
  • PendidikanPendidikan
  • Gaya HidupGaya Hidup
  • TAP CadanganTAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan#PendidikanKewangan
  • Beli-BelahBeli-Belah
  • VIPVIP
  • Siaran MediaSiaran Media
  • Beriklan Dengan KamiBeriklan Dengan Kami
  • KomunitiKomuniti
    • Komuniti
  • Poll
  • Gambar
  • Makanan
  • Resipi
  • Topik
  • Baca Artikel
    • Tracker
  • Tracker Kehamilan
  • Tracker Bayi
    • Ganjaran
  • GanjaranGanjaran
  • Pertandingan
  • VIP ParentsVIP Parents
    • Lagi
  • Maklum Balas

Polisi PrivasiGaris Panduan KomunitiPeta Laman Web

Muat turun app percuma kami

google play store
app store

Masalah Strok di Kalangan Bayi – Ia Boleh Berlaku, Anda Cuma Tidak Perasan!

3 min bacaan
Masalah Strok di Kalangan Bayi – Ia Boleh Berlaku, Anda Cuma Tidak Perasan!

Jika bayi anda yang berusia 6 bulan itu sentiasa menggunakan tangan kirinya sahaja, ia belum tentu bermaksud yang si kecil anda itu bakal menjadi seorang kidal. Malah, mungkin ada kebarangkalian yang dia pernah terkena strok! Bagaimana hendak tahu? Jom baca lanjut!

Kita semua selalu mendengar tentang masalah strok. Ia merupakan satu serangan pada otak di mana bekalan oksigen ke bahagian otak kita terhenti. Akibatnya, ia menyebabkan kita berasa kebas pada satu bahagian badan, hilang keupayaan untuk bertutur, dan hilang keseimbangan badan. Antara perkara yang paling tidak diketahui ramai adalah strok juga boleh berlaku di kalangan bayi!

Kalau anda hendak tahu, penyakit strok boleh berlaku pada bayi sewaktu dalam rahim lagi dan selepas baru dilahirkan. Ia boleh berlaku kepada 1 daripada 4,000 orang bayi.

Yang uniknya tentang strok di kalangan bayi adalah simptomnya tidak sejelas seperti simptom strok yang berlaku pada orang dewasa.

Seorang ibu, Lisa Applegate, berkongsi tentang pengalaman melahirkan bayinya yang terkena serangan strok ketika dilahirkan.

“Selepas membuat scanning pada otaknya, anak saya mempunyai lubang hitam yang besar pada bahagian kiri otaknya. Anak kami mengalami strok. Satu per enam daripada neuron otaknya telah musnah dan badannya bertindakbalas dengan terkena sawan!”

 

Masalah Strok di Kalangan Bayi – Ia Boleh Berlaku, Anda Cuma Tidak Perasan!

Source: Parent.com

Kesan Masalah Strok di Kalangan Bayi

Jika seseorang bayi itu pernah terkena serangan strok, kesan jelasnya hanya boleh dilihat beberapa bulan atau tahun kemudian. Namun, ada beberapa petanda strok pada bayi yang boleh anda perhatikan pada anak anda sebagai langkah berjaga-jaga.

Antara kesan strok pada bayi dan kanak-kanak, juga dikenali sebagai strok pediatrik, adalah seperti berikut:

  • Sawan
  • Sering mengantuk
  • Penglihatan mata yang terjejas
  • Malas bergerak seperti tidak memusingkan badan, merangkak, bertatih
  • Kecenderungan untuk menggunakan sebelah badan sahaja
  • Jom tonton video di bawah untuk ketahui tentang strok pediatrik 

https://www.facebook.com/hemikids/videos/1313556545393673/

Apabila bayi anda semakin membesar, anda perlu memerhatikan gelagat dan tingkah lakunya. Jika si kecil anda sering bermain dengan hanya satu tangan sahaja dan tangannya yang lagi satu sering kelihatan kaku dan tidak bermaya, maka ia perlu diperiksa.

Anda Mungkin Tersilap Apabila Berkata “Anak Kecil Saya Kidal”!

Antara kesilapan biasa yang ibu bapa lakukan apabila melihat anaknya menggunakan tangan kanan sahaja, atau tangan kiri sahaja, adalah mereka akan segera menganggap bahawa anaknya pengguna tangan kanan atau anaknya kidal!

Anda perlu tahu bahawa bayi yang baru hendak mencuba pelbagai perkara sepatutnya mampu untuk menggunakan kedua-dua tangan dan anggota badannya.

Selalunya, kecenderungan si kecil untuk menjadi kidal atau menjadi pengguna tangan kanan hanya akan bermula apabila dia mencecah umur 2 tahun dan ke atas.

Masalah Strok di Kalangan Bayi – Ia Boleh Berlaku, Anda Cuma Tidak Perasan!

Source: Chasa.org

Maka, ia adalah sesuatu yang di luar kebiasaan jika bayi anda hanya menggunakan satu tangan atau menggerakkan sebahagian badan sahaja – ia mungkin petunjuk yang bayi anda pernah terkena perinatal strok.

Lagi satu tanda yang mungkin boleh dilihat pada bayi yang pernah terkena strok adalah si kecil akan gemar untuk menggenggam sebelah tangannya.

Adakah Strok Pediatrik Boleh Dirawat?

Masalah Strok di Kalangan Bayi – Ia Boleh Berlaku, Anda Cuma Tidak Perasan!

Jika anda perasan yang si kecil anda menunjukkan salah satu daripada simptom perinatal strok yang kami kongsikan di atas, anda perlu segera melakukan pemeriksaan doktor dan menjalani rawatan yang terbaik untuknya.

Dengan bantuan awal, masalah strok di kalangan bayi dapat diatasi daripada menjadi lebih teruk seperti kesukaran untuk bertutur, masalah mengingati, dan kemahiran berfikir.

Antara rawatan bagi masalah pediatrik strok adalah seperti:

  • Mengawal tahap gula dalam sistem badan bayi
  • Mengawal suhu badan dan tahap hidrasi bayi
  • Pembedahan untuk mengurangkan tekanan pada otak

Sebagai ibu bapa, kita sememangnya harus sentiasa peka dengan keadaan anak kecil kita.

Walaupun pada zahirnya dia kelihatan sihat, masih ada kebarangkalian untuk terjadinya abnormaliti dari sudut dalaman.

Apabila ternampak sahaja tanda-tanda pelik dan luar biasa pada anak kita, kita harus segera mendapatkan kepastian dari doktor bagi memastikan semuanya dalam keadaan baik!

Stories Rakan Kongsi
5 Fun Ways to Teach Your Children About Giving Back During the Holiday Season
5 Fun Ways to Teach Your Children About Giving Back During the Holiday Season
5 Easy Recipes for Kids to Boost Nutrient Absorption
5 Easy Recipes for Kids to Boost Nutrient Absorption
Reasons Why Parents Don’t Vaccinate - And Why They Should
Reasons Why Parents Don’t Vaccinate - And Why They Should
Apakah Gaya Pendidikan Kewangan (Money Parenting) Anda?
Apakah Gaya Pendidikan Kewangan (Money Parenting) Anda?

Adakah anda pernah mengalami keadaan strok di kalangan anak anda? Kami ingin mendengar pengalaman anda!

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Noor

  • halaman rumah
  • /
  • Alahan & Sindrom
  • /
  • Masalah Strok di Kalangan Bayi – Ia Boleh Berlaku, Anda Cuma Tidak Perasan!
Kongsikan:
  • Cyclopia: Sindrom Bayi Tidak Sempurna Dilahirkan Dengan Satu Mata Dan Tiada Hidung

    Cyclopia: Sindrom Bayi Tidak Sempurna Dilahirkan Dengan Satu Mata Dan Tiada Hidung

  • Jenis Alergi kulit Dan Gambarnya Yang Perlu Anda Ketahui

    Jenis Alergi kulit Dan Gambarnya Yang Perlu Anda Ketahui

  • Panduan Mohon Kad OKU Online Untuk Anak Autisme, Panduan Lengkap Buat Parents

    Panduan Mohon Kad OKU Online Untuk Anak Autisme, Panduan Lengkap Buat Parents

  • Cyclopia: Sindrom Bayi Tidak Sempurna Dilahirkan Dengan Satu Mata Dan Tiada Hidung

    Cyclopia: Sindrom Bayi Tidak Sempurna Dilahirkan Dengan Satu Mata Dan Tiada Hidung

  • Jenis Alergi kulit Dan Gambarnya Yang Perlu Anda Ketahui

    Jenis Alergi kulit Dan Gambarnya Yang Perlu Anda Ketahui

  • Panduan Mohon Kad OKU Online Untuk Anak Autisme, Panduan Lengkap Buat Parents

    Panduan Mohon Kad OKU Online Untuk Anak Autisme, Panduan Lengkap Buat Parents

Feed

Feed

Dapatkan artikel yang bersesuaian tentang keibubapaan, gaya hidup, dan pendapat pakar, hanya di hujung jari anda!

Poll

Poll

Sertai poll yang menarik dan lihat apa ibu bapa lain fikir

Gambar

Gambar

Kongsi gambar insan tersayang anda secara selamat.

Topik

Topik

Sertai komuniti kami untuk lebih rapat dengan ibu atau ayah lain.

Tracker

Tracker

Pantau kehamilan anda, malah juga tumbesaran bayi dari hari ke hari!

theAsianparent

Muat turun app percuma kami

Google PlayApp Store

Ibu di Seluruh Dunia

Singapore flag
Singapore
Thailand flag
Thailand
Indonesia flag
Indonesia
Philippines flag
Philippines
Malaysia flag
Malaysia
Vietnam flag
Vietnam
India flag
India

Partner Brands

VIP ParentsMama's ChoiceLittle ReiMothersworkTAP Awards

© Copyright theAsianparent 2026 . All rights reserved

  • Tentang Kami
  • Polisi Privasi
  • Terma dan Syarat
  • Peta Laman Web
  • Advertise With Us
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham