Ada Pelbagai Masalah Mata, Tetapi Jangan Tersalah Rawat Ya! Ini 8 Ubat Mata Untuk Legakan Mata Kering, Mata Merah Dan Sebagainya

Ada Pelbagai Masalah Mata, Tetapi Jangan Tersalah Rawat Ya! Ini 8 Ubat Mata Untuk Legakan Mata Kering, Mata Merah Dan Sebagainya

Gejala mata merah, mata penat, mata gatal dan jangkitan mata boleh berlaku kepada sesiapa sahaja dan perlu dirawat segera untuk keselesaan mata anda.

Amalan bekerja dari rumah yang dipraktiskan secara meluas sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) lebih dua tahun yang lalu membuatkan penggunaan ubat mata atau eye drop meningkat kerana ramai perlu bekerja seharian dengan laptop yang membuatkan mata sering letih, kekeringan dan terasa gatal.

Ubat titis mata merupakan cecair steril (bebas daripada kuman) yang digunakan untuk merawat masalah pada bahagian mata misalnya mata letih, mata kering, jangkitan mata, alahan (mata kemerahan, gatal, dan berair) serta akibat penggunaan kanta lekap. 

Terdapat pelbagai jenis persediaan ubat mata di pasaran dengan pelbagai tujuan penggunaan jadi jangan sesekali membeli ubat titis mata dengan sewenang-wenangnya tanpa bantuan ahli farmasi atau doktor kerana dikhuatiri tersilap memilih ubat sakit mata yang boleh mengundang bahaya.

Ketahui Masalah Mata Anda

Ada Pelbagai Masalah Mata, Tetapi Jangan Tersalah Rawat Ya! Ini 8 Ubat Mata Untuk Legakan Mata Kering, Mata Merah Dan Sebagainya

Membeli ubat mata adalah produk ‘over-the-counter’ yang mana anda boleh membelinya tanpa preskripsi doktor namun anda wajib mengetahui dahulu masalah mata anda.

  • Mata kering – Disebabkan terlalu lama menggunakan laptop atau gajet. Keadaan ini juga boleh disebabkan oleh berada di kawasan berangin atau udara kering. Perlu menggunakan sakit ubat mata yang mengandungi bahan pelembab.
  • Mata merah – Boleh disebabkan oleh mata penat, alahan atau alergi serta jangkitan pada mata. Jika mata merah sekadar kering, anda memerlukan ubat sakit mata dengan bahan pelembab.
  • Mata gatal – Masalah mata gatal biasanya disebabkan oleh alergi. Jika merasa gatal, elakkan daripada menggosok mata. hal ini boleh melepaskan histamin dalam mata dan membuatkan mata semakin gatal. Ubat sakit mata yang mempunyai antihistamin atau air mata tiruan digalakkan.
  • Jangkitan mata – Biasanya menyebabkan mata merah, rasa sakit dan gatal. Jika mengalami masalah ini biasanya adalah disebabkan jangkitan pada mata atau konjunktivitis. Produk cecair mata yang sesuai adalah jenis antibiotik, antifungal atau steroid. Sebaiknya dapatkan konsultasi daripada doktor atau ahli farmasi terlebih dahulu.

Pilih Kandungan Ubat Mata Yang Betul

Ada Pelbagai Masalah Mata, Tetapi Jangan Tersalah Rawat Ya! Ini 8 Ubat Mata Untuk Legakan Mata Kering, Mata Merah Dan Sebagainya

Amat penting untuk melihat dahulu kandungan ubat mata untuk disesuaikan dengan gejala masalah mata anda supaya penggunaan ubat mata dapat berfungsi dengan baik.

  • Mata merah dan gatal – Bahan yang efektif untuk meredakan mata merah salah satunya adalah vasoconstictor. Bahan ini dapat menekan kemerahan di kawasan mata dengan merangsang pembuluh darah. Kerana fungsinya untuk meredakan sahaja, sebaiknya ia digunakan bila perlu sahaja. Selain itu, histamin dihasilkan oleh badan kita apabila kita terasa sensitif dengan benda asing, sebab itulah mata kita akan berair, merah dan berasa gatal. Jadi, antihistamin digunakan dalam ubat sakit mata untuk bertindak mengurangkan kemerahan mata.
  • Mata sukar fokus – Jika gejala mata penat yang anda alami menyebabkan sukar untuk fokus, gunakan ubat sakit mata yang mengandungi neostigmine methylsulfate. Bahan ini dapat mengembalikan fokus mata dengan meningkatkan fungsi otot siliaris selain dapat membantu otot mata yang tegang menjadi rileks.
  • Mata kering – Anda dapat meringankan gejala mata kering dengan ubat sakit mata yang mengandungi bahan yang dapat melembapkan mata seperti sodium hyaluronate, propylene glycol atau dextran. Bahan ini efektif memulihkan keadaan kornea mata dan menjaga kelembapan mata serta memberi vitamin A. Di samping itu,  bahan seperti sodium klorida atau potasium klorida juga dicadangkan kerana komponen air mata tiruan terdiri daripada bahan-bahan ini.
  • Mata tegang – Bahan anti-inflamasi yang mampu mengurangkan iritasi mata sekaligus menjaga nutrisi mata juga efektif untuk mengatasi mata lelah dan cenderung untuk tegang. Contohnya ubat mata yang mengandungi nicotium glycyrrhizinate atau epsilon-aminocaproic acid yang mampu menekan keradangan dan mengurangkan mata merah.
  • Jangkitan mata –  Gejala-gejala jangkitan bakteria atau virus pada mata atau alahan mata yang kronik, perlu mempertimbangkan ubat titis mata yang mengandungi bahan aktif seperti decongestant, antihistamine atau steroid dengan antibiotik.

9 Ubat Mata Terbaik Di Pasaran

9 Ubat Mata Terbaik
Rohto Eye Drops Tired Eye Relief Aqua
Ubat Mata Terbaik Untuk Mata Penat
more info icon Beli di Shopee
Eye Glo Moist
Ubat Mata Terbaik Untuk Mata Kering
more info icon Beli di Shopee
Bausch + Lomb Alaway Antihistamine Eye Drops
Ubat Mata Untuk Mata Gatal Akibat Alahan
more info icon Beli di Shopee
Allersine Eye Drops
Ubat Mata Terbaik Untuk Mata Kemerahan
more info icon Beli di Shopee
Bausch + Lomb ReNu Rewetting Drops
Ubat Mata Terbaik Untuk Pemakai Kanta Lekap
more info icon Beli di Shopee
Genta Dex Eye Drop
Ubat Mata Terbaik Untuk Jangkitan Mata
more info icon Beli di Shopee
V. Rohto Eye Drops For Kids
Ubat Mata Terbaik Untuk Kanak-kanak
more info icon Beli di Lazada
Neo Deca Eye/Ear Drops
Ubat Mata Terbaik Untuk Jangkitan Bakteria
more info icon Beli di Shopee
Eye Mo Moist
Ubat Mata Terbaik Untuk Kegunaan Harian
more info icon Beli di Shopee

Rohto Eye Drops Tired Eye Relief Aqua

Ubat Mata Terbaik Untuk Mata Penat

Ada Pelbagai Masalah Mata, Tetapi Jangan Tersalah Rawat Ya! Ini 8 Ubat Mata Untuk Legakan Mata Kering, Mata Merah Dan Sebagainya

Jika anda perlu bekerja dari rumah ubat mata ini dapat menyegarkan dan memberikan kelegaan lembut yang menenangkan mata kering, tegang dan letih akibat pendedahan berpanjangan kepada penggunaan laptop, komputer, televisyen dan gajet.

Berkesan mengekalkan kelembapan dan air mata semula jadi di mata, memakai ubat titis ini kerana kekeringan dan ketidakselesaan mata akibat memakai kanta lekap juga berupaya menjadi pelembap pelindung kepada mata anda.

Kerengsaan mata akibat asap, habuk, angin, silau matahari dan air berklorin juga dapat memberikan kelegaan yang menenangkan. Ia sesuai digunakan bersama kanta lekap.

Maklumat produk :

  • Mengandungi Sodium Chondroitin Sulfate, Potassium Chloride, Calcium Chloride Hydrate, Sodium Chloride, Sodium Bicarbonate, Hypromellose, Boric Acid, Sodium Hyaluronate, Polysorbate 80, Polyoxyethylene Polyoxypropylene Glycol, Disodium Edetate Hydrate, Polyhexamethylene Biguanide, Hydrochloric Acid, Sodium Hydroxide, dan Purified Water.
  • Memberi sensasi dingin kepada mata.
  • Dicadangkan menggunakan 1 hingga 2 titis pada mata yang terjejas sehingga 5 hingga 6 kali sehari.
  • Dinasihatkan untuk menggunakan titisan dalam masa 2-3 bulan selepas dibuka.
  • Reka bentuk botol yang inovatif, lut sinar, kecil dan elegan memenuhi tujuan praktikalnya dengan membenarkan pengguna melihat sama ada produk telah bertukar warna atau telah menjadi keruh. Adalah dinasihatkan untuk berhenti menggunakan titisan mata, sekiranya cecair telah bertukar warna, atau menjadi keruh.

Eye Glo Moist

Ubat Mata Terbaik Untuk Mata Kering

Ada Pelbagai Masalah Mata, Tetapi Jangan Tersalah Rawat Ya! Ini 8 Ubat Mata Untuk Legakan Mata Kering, Mata Merah Dan Sebagainya

Eye Glo Moist Eye Drops merupakan penyediaan pelincir mata yang tidak berminyak yang melembapkan, menyelesakan dan menyegarkan mata yang menjadi kering, mata penat dan tegang akibat membaca atau bekerja lama di skrin komputer, berada dalam persekitaran dalaman yang kering seperti penghawa dingin dan perjalanan udara. 

Maklumat produk :

  • Ia serasi untuk digunakan bersama dengan kanta sentuh.
  • Mengandungi Hydroxypropylmethylcellulose 0.3%, Sorbic Acid 0.1%, EDTA 0.1%.
  • Disyorkan menggunakan 1 hingga 2 titik ke dalam setiap mata 3 hingga 4 kali sehari atau mengikut keperluan. Untuk mengelakkan pencemaran botol ubat mata anda, jangan sentuh hujung bekas ke mana-mana permukaan.

Bausch + Lomb Alaway Antihistamine Eye Drops

Ubat Mata Untuk Mata Gatal Akibat Alahan

Ada Pelbagai Masalah Mata, Tetapi Jangan Tersalah Rawat Ya! Ini 8 Ubat Mata Untuk Legakan Mata Kering, Mata Merah Dan Sebagainya

Jika anda mempunyai alergi pada mata, produk ubat mata ini terbaik untuk anda kerana mampu memberikan kelegaan sementara untuk mata gatal akibat ragweed, debunga, rumput, bulu haiwan dan bulu.

Walaupun harganya agak mahal, namun ia memberi kesan pantas dalam beberapa minit sahaja dan menyediakan kelegaan daripada rasa gatal sehingga 12 jam.

Kandungan antihistamine bertindak mengurangkan kegatalan mata kerana histamine dihasilkan oleh badan kita apabila kita terasa sensitif dengan benda asing, sebab itulah mata kita akan berair, merah dan berasa gatal.

Maklumat produk :

  • Boleh digunakan untuk orang dewasa dan kanak-kanak 3 tahun ke atas
  • Terdapat dalam formula tanpa pengawet
  • Letakkan 1 titis pada mata yang terjejas dua kali sehari, setiap 8-12 jam, tidak lebih daripada dua kali sehari. 

Allersine Eye Drops

Ubat Mata Terbaik Untuk Mata Kemerahan

Ada Pelbagai Masalah Mata, Tetapi Jangan Tersalah Rawat Ya! Ini 8 Ubat Mata Untuk Legakan Mata Kering, Mata Merah Dan Sebagainya

Allersine Drops digunakan untuk gejala kemerahan di mata akibat kerengsaan di mana ia berfungsi untuk mengecutkan kapilari saluran darah di bebola mata dan seterusnya meredakan kemerahan mata.

Ramai pengguna menyukai ubat mata ini sebab ia bertindak dengan cepat dan tidak mempunyai kesan sampingan sekiranya digunakan untuk tempoh singkat.

Tetapi diingatkan jikalau ia digunakan secara berterusan, masalah seperti kelemahan kapilari saluran darah pada sclera mata (bahagian putih bebola mata) mungkin terjadi dan menyebabkan pendarahan kapilari mata. Walaupun tidak berbahaya, namun ia akan mengambil masa sekurang-kurang 2 minggu untuk penyerapan darah tersebut oleh badan kita.

Maklumat produk :

  • Mengandungi Tetryzoline Hydrochloride sebagai bahan aktif
  • Anda dicadangkan mengambil ubat ini atas arahan dan nasihat doktor sahaja serta jangan melebihi dos yang telah ditetapkan

Bausch + Lomb ReNu Rewetting Drops

Ubat Mata Terbaik Untuk Pemakai Kanta Lekap

Ada Pelbagai Masalah Mata, Tetapi Jangan Tersalah Rawat Ya! Ini 8 Ubat Mata Untuk Legakan Mata Kering, Mata Merah Dan Sebagainya

Walaupun kebanyakan ubat mata sesuai digunakan untuk si pemakai kanta lekap namun adalah lebih baik jika anda mencari cecair mata khusus untuk situasi anda.

Produk yang boleh anda cuba ialah Bausch & Lomb ReNu Rewetting Drops yang dapat melembapkan kanta lekap anda untuk menenangkan mata dan meminimumkan kekeringan dan ketidakselesaan kanta.

Gunakan ubat sakit mata ini untuk melincirkan, membasahkan semula dan membantu mengelakkan pengumpulan deposit filem pada kanta lekap anda semasa anda memakainya. Ideal untuk pemakaian kanta yang lebih jelas dan selesa. Juga, membantu mengeluarkan bahan bendasing.

Maklumat produk :

  • Mengandungi povidone iaitu pelincir berkesan yang memberikan keselesaan pelembab untuk pemakaian kanta yang optimum
  • Boleh dipakai setiap hari

Genta Dex Eye Drop

Ubat Mata Terbaik Untuk Jangkitan Mata

ubat titis mata

Digunakan untuk mencegah dan merawat jangkitan mata (konjunktiva, kornea dan bahagian tepu kelopak mata) yang disebabkan oleh bakteria.

Mengandungi bahan aktif iaitu gentamicin yang merupakan sejenis antibiotik dan ia membantu membersihkan jangkitan.

Namun, ubat titis mata ini tidak boleh digunakan sewenang-wenang dan secara berterusan kerana ia akan meningkatkan tekanan dalam bebola mata dan menyebabkan masalah glaucoma yang serius.

Maklumat produk :

  • Titis 1 hingga 2 titik ubat ke dalam mata yang dijangkiti setiap 4 jam atau untuk jangkitan yang serius, dos mungkin akan dinaikkan kepada 2 titis setiap jam.

V. Rohto Eye Drops For Kids

Ubat Mata Terbaik Untuk Kanak-kanak

ubat titis mata

Anak anda juga boleh mengalami mata merah dan penat akibat daripada menonton televisyen, bermain gajet, membaca, dan menulis. Mereka juga boleh mengalami gejala ini akibat daripada aktiviti berenang, habuk atau berpeluh.

Ubat mata daripada jenama ini dicipta khusus untuk kanak-kanak yang dirumus dengan pH dan tekanan osmotik.

Ia mencipta sensasi yang menenangkan seperti air mata sebenar serta membekalkan nutrien kepada mata dan memulihkan ketegangan mata dengan cepat.

Gabungan bahan aktif membantu menghalang keradangan dan mengurangkan gatal mata dengan berkesan.

Maklumat produk :

  • Mengandungi Asid Aminoetilsulfonat, iaitu asid amino yang meneutralkan klorin dalam kolam renang, Asid Aminocaproic yang boleh menghilangkan kemerahan mata kerana kesan anti-radangnya dan membantu mencegah penyakit mata yang lain. Chlorpheniramine Maleate dapat menghalang pengikatan Histamin pada reseptor dan menghilangkan kemerahan & kegatalan akibat keradangan serta Potassium L- Aspartate yang meningkatkan metabolisme mata dan mengekalkan fungsi mata yang normal.

  • Boleh digunakan pada bayi usia 4 bulan hingga 15 tahun

  • Titiskan 2 hingga 3 titik ubat ke dalam mata 6 kali sehari

Neo Deca Eye/Ear Drops

Ubat Mata Terbaik Untuk Jangkitan Bakteria

Neo Deca

Neo Deca adalah jenama ubat titis untuk mata, juga boleh digunakan untuk telinga. Ia tidak sama seperti ubat titis mata yang lain kerana ubat sakit mata ini mengandungi steroid dan antibiotik yang tinggi spesifik untuk merawat penyakit mata yang terkena jangkitan bakteria sahaja. Jika mata anda mengalami kemerahan teruk, gatal-gatal dan sensitif terhadap cahaya, Neo Deca adalah pilihan yang terbaik. 

Jika digunakan sesuka hati tanpa pemantauan, dikhuatiri akan menyebabkan risiko glaucoma pada mata kerana meningkatkan tekanan dalam bebola mata sehingga boleh menyebabkan mata tidak boleh melihat dengan jelas atau vision loss. Jadi, pastikan anda mendapatkan dahulu nasihat dari pakar farmasi sebelum menggunakannya.

Maklumat produk :

  • Dikhaskan hanya untuk penyakit mata yang terkena jangkitan bakteria teruk
  • Mengandungi steroid dan antibiotik iaitu membasmi dan menghalang bakteria
  • Boleh digunakan untuk telinga yang mengalami masalah nanah, bengkak dan kemerahan yang teruk

Eye Mo Moist

Ubat Mata Terbaik Untuk Kegunaan Harian

Eye Mo Moist

 

Jika anda terasa mata tidak selesa, gunakan sahaja ubat mata Eye Mo Moist. Eye Mo Moist adalah ubat titis mata sesuai untuk melembapkan dan menyegarkan mata yang kering dan letih akibat membaca berjam-jam, penggunaan komputer dalam tempoh masa yang lama dan terdedah kepada pendingin hawa.

Menariknya, jenama Eye Mo ini sesuai untuk sesiapa sahaja yang mengalami masalah mata kering atau gatal. Ini kerana, rangkaian produk eye mo telah diformulasikan mengikut masalah mata yang berperingkat. Eye mo untuk mata gatal dan eye mo untuk mata kering boleh cuba memakai Eye Mo Moist kerana ia mengandungi bahan pelembap seperti sodium hyaluronate, propylene glycol dan dextran. 

Maklumat produk :

  • Sesuai untuk kegunaan harian
  • Terbaik sebagai eye mo untuk mata gatal dan eye mo untuk mata kering
  • Melembapkan mata dan menyegarkan mata yang kering dan letih kerana mengandungi bahan pelembap yang baik

Perbandingan Harga Ubat Mata Terbaik

Jenama Kuantiti Harga
Rohto Eye Drops Tired Eye Relief Aqua 13 ml RM15.71
Eye Glo Moist 10 ml RM6.08
Bausch + Lomb Alaway Antihistamine Eye Drops 10 ml RM130
Allersine Eye Drops 5 ml RM16.80
Bausch + Lomb ReNu Rewetting Drops 8 ml RM16
Genta Dex Eye Drop 5 ml RM9.90
V. Rohto Eye Drops For Kids 13 ml RM14
Neo Deca Eye/Ear Drops 5ml RM8.50
Eye Mo Moist 15ml RM7.60

Peringatan Sebelum Memakai Ubat Mata

ubat titis mata

Ada beberapa jenis ubat titis mata yang tidak sesuai digunakan bersama kanta lekap jadi anda perlu meneliti dahulu produk yang boleh dibeli atau mendapatkan khidmat nasihat ahli farmasi. 

Anda juga dinasihatkan untuk menyemak tarikh luput terlebih dahulu sebelum menitiskan ubat tersebut ke mata anda kerana produk cecair mata ini hanya bertahan selama sebulan hingga tiga bulan selepas dibuka tetapi jika melebihi tempoh yang ditetapkan, anda dilarang sekali menggunakannya kerana berkemungkinan dijangkiti kuman.

Buat pengetahuan anda, ubat sakit mata juga boleh menyebabkan kebutaan. Hal ini kerana ada sesetengah produk cecair mata mengandungi steroid yang berkesan merawat banyak penyakit mata.

Kandungan ubat cecair mata juga ada dicampur dengan kombinasi steroid dan antibiotik. Kombinasi ini adalah tidak selamat digunakan jika anda tidak mendapat pengawasan dari doktor mata. Terdapat juga kesan sampingan jika menggunakannya termasuk tekanan mata meningkat, pembentukan katarak dan jangkitan kuman.

Anda juga dinasihatkan untuk tidak mempercayai mitos keberkesanan ubat titis mata merawat pelbagai penyakit termasuk rabun, katarak dan glaukoma. Jika anda mengalami sakit mata, dinasihatkan untuk segera berjumpa doktor pakar.

Semoga bermanfaat!

Nota Editor: Setiap item dan harganya adalah terkini pada masa artikel ini dikeluarkan. Walau bagaimanapun, mana-mana item boleh jadi ketiadaan stok atau harganya berbeza pada masa akan datang.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Mata Malas Menjejaskan Daya Penglihatan Si Manja, Ibu Bawalah Anak Berjumpa Pakar

Baca juga: Petua Hilangkan Ketumbit Mata Bayi & Kanak-Kanak di Rumah, Namun Awas Jika Melarat Perlu Jumpa Doktor!

Baca juga: Ibu Serik Kerana Gajet Mata Anak Merah & Sembab! Nasib Baik Masih Boleh Diselamatkan