X
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan ProdukKlik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beriklan Dengan Kami

Ibu Serik Kerana Gajet Mata Anak Merah & Sembab! Nasib Baik Masih Boleh Diselamatkan

17 Nov, 2021
Ibu Serik Kerana Gajet Mata Anak Merah & Sembab! Nasib Baik Masih Boleh Diselamatkan

Mata anak merah & sembab lepas tengok telefon buatkan ibu ini serik dan tidak mahu mengulangi kesilapan lagi dengan beri telefon pada anak.

Perkongsian ibu ini di laman media sosial mesti membuka mata ramai ibu bapa di luar sana supaya berpada-pada apabila memberi gajet pada anak. Dia berkongsi tentang mata anak merah dan sembab kerana gajet mendapat perhatian dan perkongsian ramai.

Katanya kerana terlalu sibuk dengan tugas, dia memberikan anaknya main telefon. Akibatnya, selepas terdedah dengan cahaya terang daripada telefon, mata anaknya jadi merah dan sembab!

Mata anak merah & sembab angkara gajet!

Mata Anak Merah

Berkongsi pengalaman cemas apabila mata anaknya bertukar kemerah-merahan serta sembab yang dipercayai kesan daripada terlalu banyak bermain gajet dan bolehlah dijadikan pengajaran untuk semua ibu bapa agar lebih memantau anak-anak agar tidak terlalu terdedah dengan gajet setiap hari.

Menurut wanita tu, punca mata anaknya sakit adalah disebabkan terdedah dengan tahap kecerahan skrin telefon bimbit yang begitu terang. Susulan itu dia telah berjanji bahawa selepas ini dia tidak akan memberi telefon atau gajet lain kepada anaknya.

Ibu ini juga turut berkongsi nasihat daripada doktor untuk tidak memberikan anaknya terdedah dengan gajet selama seminggu.

Katanya anaknya bukannya tengok telefon dari pagi sampai malam. Dia cuma tengok telefon 15 minit pagi, 15 minit petang, dan 15 minit malam. Walaupun sekejap tapi kesan cahaya telefon bagi kesan pada matanya.

Semoga adik ini cepat sembuh!

Petua untuk mengelak ‘ketagihan’ bermain handphone pada kanak-kanak

Mata Anak Merah

  1. Harus ingat bahawa anda adalah ‘boss’. Anda harus tegas dan jangan terlalu mudah mengalah dengan pujuk rayu anak-anak. Jika anda sudah tetapkan peraturan, pastikan semua orang ikut.
  2. Rancang aktiviti anak-anak yang menyoronakkan seperti bermain craft, menulis, melukis dan sebagainya untuk hilangkan kebosanan mereka.
  3. Bagi contoh dan teladan yang baik pada anak-anak. Jangan jadi ketam yang mengajar anak berjalan, melarang mereka bermain handphone tetapi anda sendiri tak lepas handphone dari tangan.

Jangan jadikan telefon pintar sebagai babysitter

Mata Anak Merah

  1. Jangan jadikan telefon sebagai ‘babysiter’, contohnya ketika makan di restoran, anak menangis meminta sesuatu, lalu anda berikan mereka telefon untuk menonton youtube. Cuba bercakap sesuatu dengan mereka.
  2. Sekiranya anda benarkan mereka bermain handphone, hadkan penggunaan telefon, contonya 15 atau 20 minit sahaja, jangan biarkan memreka bermain sampai berjam-jam.
  3. Letak password pada telefon anda supaya anak-anak tidak dapat membukanya dengan sendiri, elakkan meletak telefon di tempat yang senang mereka capai.
  4. Berkebun antara salah satu cara untuk hilangkan kebosanan pada kanak-kanak, bawa mereka bercucuk tanam supaya dapat melupakan gadget.
  5. Petua yang terakhir ini mungkin sangat berkesan pada anak-anak kecil yang obses dengan telefon bimbit. Letakkan gambar muka yang menyeramkan seperti gambar zombi dan dsb pada ‘walpaper’ handphone anda. 

Usaha ibu bapa juga penting

Jangan ingat anak je kena kawal ketagihan kepada gajet, ibu bapa juga perlu main peranan

#1. Luangkan masa main dengan anak

Dalam tempoh perkembangan anak, bermain sangat penting untuk melatih dan mengajar mereka. Mereka perlukan aktiviti yang melibatkan pergerakan fizikal disamping aktiviti yang membantu perkembangan daya pemikiran.

Dalam tempoh ini, amat perlu sekali untuk kita bermain bersama mereka bagi menarik daya minat mereka untuk terus belajar. Bahkan dengan cara kita bermain bersama mereka, kita dapat membentuk dan mengeratkan hubungan antara kita dan anak.

#2. Beli atau buat mainan yang bantu perkembangan minda

Selain daripada permainan kesukaan mereka, kita boleh beli permainan pendidikan yang mampu merangsang minda anak-anak. Tidak perlu yang mahal-mahal, yang murah-murah pun tak apa dan kalau boleh sentiasa belikan yang baru agar mereka tidak jemu kerana hanya main satu permainan dalam satu masa.

Kalau nak jimat lagi, cuba buat sendiri permainan dan boleh rujuk di laman-laman web lain bagaimana caranya membuat permainan yang mudah dan murah. 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Kredit foto: tiktok finikhasim

Baca juga: Mata anak dan keluarga boleh lebih sihat dengan peraturan 20-20-20 saranan pakar ini

Baca juga: Wanita ini diserang strok gara-gara guna telefon bimbit selama 20 jam tanpa henti!

Baca juga: Lelaki Melecur Separuh Badan Lepas Telefon Bimbit Meletup Semasa Dicaj Ketika Tidur!

Stories Rakan Kongsi
Adakah Anak Anda Mendapat DHA Yang Mencukupi?
Adakah Anak Anda Mendapat DHA Yang Mencukupi?
Boost Your Child’s Immunity So You Don’t Have to Worry About Them Playing Outside in the Rain
Boost Your Child’s Immunity So You Don’t Have to Worry About Them Playing Outside in the Rain
Senarai Jenis Najis Bayi, Awas Jika Najis Anak Anda Berwarna & Tekstur Ini
Senarai Jenis Najis Bayi, Awas Jika Najis Anak Anda Berwarna & Tekstur Ini
"Anak Saya Sihat, Tetapi Bagaimana Dia Boleh Dijangkiti Cacar Air?"
"Anak Saya Sihat, Tetapi Bagaimana Dia Boleh Dijangkiti Cacar Air?"

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Lala Annuar

  • halaman rumah
  • /
  • Berita Tular
  • /
  • Ibu Serik Kerana Gajet Mata Anak Merah & Sembab! Nasib Baik Masih Boleh Diselamatkan
Kongsikan:
  • Sedangkan Lidah Lagi Tergigit, Berkelahi Itu Normal. Pujuk Pasangan Dengan 3 Ayat Ini

    Sedangkan Lidah Lagi Tergigit, Berkelahi Itu Normal. Pujuk Pasangan Dengan 3 Ayat Ini

  • Amal 7 Doa Zuriat Ini Untuk Pasangan Yang Dah Lama Ikhtiar

    Amal 7 Doa Zuriat Ini Untuk Pasangan Yang Dah Lama Ikhtiar

  • Perbezaan Santan Segar, Kotak Dan Serbuk, Ini Tips Dan Cara Penggunaannya!

    Perbezaan Santan Segar, Kotak Dan Serbuk, Ini Tips Dan Cara Penggunaannya!

  • Sedangkan Lidah Lagi Tergigit, Berkelahi Itu Normal. Pujuk Pasangan Dengan 3 Ayat Ini

    Sedangkan Lidah Lagi Tergigit, Berkelahi Itu Normal. Pujuk Pasangan Dengan 3 Ayat Ini

  • Amal 7 Doa Zuriat Ini Untuk Pasangan Yang Dah Lama Ikhtiar

    Amal 7 Doa Zuriat Ini Untuk Pasangan Yang Dah Lama Ikhtiar

  • Perbezaan Santan Segar, Kotak Dan Serbuk, Ini Tips Dan Cara Penggunaannya!

    Perbezaan Santan Segar, Kotak Dan Serbuk, Ini Tips Dan Cara Penggunaannya!

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
    • Anak angkat
    • Kehamilan
    • Sebelum & Proses Bersalin
    • Perkahwinan & Seks
  • Bayi
    • Nama bayi
    • Perkembangan & Anak
    • Tip keibubapaan
    • Penyusuan & Pemakanan
  • Kesihatan
    • Senaman
    • Alahan & Sindrom
    • Penyakit
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Rumah
    • Kewangan
    • Percutian
    • Pertandingan & promosi
  • Banyak Lagi
    • TAP Komuniti
    • Beriklan Dengan Kami
    • Hubungi Kami
    • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2023. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham