Mata anak dan keluarga boleh lebih sihat dengan peraturan 20-20-20 saranan pakar ini

Penggunaan gajet boleh merosakkan mata orang dewasa malah kanak-kanak. Tapi dengan peraturan 20-20-20 yang mudah ini, semua mata lebih sihat!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Kini, mata kita sentiasa terdedah secara konsistan pada skrin sama ada telefon, komputer ataupun tv. Ini sebenarnya boleh memberi kesan terhadap kesihatan mata sama ada pada orang dewasa atau kanak-kanak. Tapi, tahukah anda boleh memastikan mata lebih sihat dengan peraturan 20-20-20?

Peraturan 20-20-20? Apa itu? Ha… kami akan jelaskannya di bawah ini.

Mustahil rasanya untuk kita betul-betul mengelak dari menggunakan alatan-alatan seperti telefon bimbit dan komputer ini. Jadi apa yang boleh kita lakukan tanpa memberi kesan buruk terhadap kesihatan mata kita?

Mata lebih sihat : Ini apa anda perlu tahu 

Melihat skrin kecil pada telefon atau gajet boleh menyebabkan masalah kesihatan. Itu perkara yang tidak dinafikan oleh pakar.

Antaranya ialah penglihatan menjadi kabur, pening kepala, pedih mata, otot mata tegang dan mata kering. 

Menurut pakar, di antara 4 pesakit mata, sekurang-kurangnya salah seorang pasti mempunyai masalah otot mata tegang disebabkan membaca pada skrin kecil. Dalam satu minit, secara normal anda akan berkelip sebanyak 15 kali.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Namun apabila merenung telefon pintar atau mana-mana skrin, kadar kelipan mata berkurang kepada separuh.

Anda juga boleh mengalami sindrom penglihatan komputer ( Computer Vision Syndrome) di mana otot muka, leher dan bahu menjadi tegang. Hasilnya, mata menjadi penat. Dan ini juga membawa kepada penglihatan kabur dan tegang.

Masalah lain akibat mata tidak sihat

Terdapat isu lain juga akibat masalah penglihatan kerana gajet ini. Gajet boleh memberi impak terhadap keseimbangan. Ini menyebabkan pening.

Penggunaan gajet sepanjang waktu juga boleh mengganggu paten tidur dan mengurangkan tahap melatonin disebabkan sinaran biru dari lampu gajet.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Mata lebih sihat : Peraturan 20-20-20 boleh membantu

Jadi apakah peraturan 20-20-20 untuk mendapatkan mata lebih sihat ini? Ia adalah perubahan yang anda boleh lakukan dalam rutin menggunakan gajet atau apa sahaja yang yang melibatkan skrin. 

Untuk setiap 20 minit, berhenti dan berehat dari melihat skrin tersebut. pastikan anda melihat sesuatu yang jaraknya lebih kurang 20 kaki selama 20 saat.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Kredit: Cnews.fr

Kedengaran mudah, bukan? Walaupun mudah, peraturan ini dapat memberi manfaat besar untuk mata lebih sihat.

Ia dapat membantu mata anda berehat dan mengelak dari terlalu penat. Hasilnya, anda boleh menjaga agar mata lebih sihat.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Peraturan ini sangat penting terutamanya bagi kanak-kanak. Sebagai ibu bapa, anda boleh menetapkan peraturan ini untuk mereka mengawal penggunaan gajet.

Sumber: theAsianparent SingaporeYour Sight Matters

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga:

Suami Dan Anak Yang Suka Main Video Game Boleh Kena Sawan Fotosensitif!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Penulis

Aqma