X
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan ProdukKlik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Awards
    • Parents' Choice Awards 2023
  • Beriklan Dengan Kami

Mata Kiri Berkedip, Ada Maksud Kurang Baik? Ini Yang Anda Patut Tahu!

4 min bacaan
Mata Kiri Berkedip, Ada Maksud Kurang Baik? Ini Yang Anda Patut Tahu!

Mata berkedip sebelah kiri atau kanan membuatkan anda berasa kurang selesa, malah tidak sedap hati kerana ada mengatakan ia petanda buruk

Pernah tak berlaku bila tiba-tiba mata kiri berkedip atau salah satunya berkedip? Memang tak boleh nak dikawal, mata sebelah berkedip dengan sendirinya dan kadang-kadang keadaan ini cukup menganggu. 

Ada satu mata berkerdip sebelah kiri dan adakalanya ia berkedip-kedip di sebelah kanan. Namun apabila dilihat di cermin tidak pula nampak apa-apa pergerakan. 

Malah ada pula kepercayaan yang menyatakan andai kelopak sebelah kiri berkelip, biasanya dikaitkan dengan musibah atau nasib kurang baik manakala andai mata kanan bergerak itu memberikan petanda yang baik. 

Samalah seperti gatal tapak tangan, orang kata gatal tapak tangan belah kanan nak dapat duit, jadi mata terkerdip-kerdip belah kanan pun alamatnya nak dapat wang ke?

Jangan terlalu percaya, keadaan mata berkedip sebelah ini memang biasa berlaku, malah ada sebab saintifiknya yang menyebabkan kerdipan mata di luar kawalan. 

Isi Kandungan

  • Apakah Maksud Mata Kiri Berkedip?
  • Punca Mata Kiri Berkedip Atau Mata Kanan Berkedip?
  • Cara Atasi Mata Kiri Berkedip
  • Latihan Kerdipan Mata Untuk Mengurangkan Letih Mata

Apakah Maksud Mata Kiri Berkedip?

mata kiri berkedip, mata berkedip sebelah kiri, mata berkedip sebelah

Jika anda bimbang bahawa orang nampak kerdipan mata yang tidak terkawal itu, jangan bimbang ya, orang tak nampak pun, anda seorang sahaja yang dapat rasa. 

Keadaan ini berkait rapat dengan fisiologi normal mata. Kerdipan mata ini disebabkan gerakan otot dalam kelopak mata secara berulangan dalam tempoh singkat dan tidak boleh dikawal.

Dalam istilah perubatan, ia disebut sebagai miokimia. Gerakan otot secara tiba-tiba (spasma) ini biasanya didominasi oleh kontraksi otot kelopak mata bawah dan berlaku hanya pada sebelah mata pada satu masa.

Ia berlaku cukup pantas dan tanpa disedari. Ia boleh berlaku beberapa kali dalam beberapa saat dan berulang kali. Keadaan ini selalunya tidak berpanjangan. 

Punca Mata Kiri Berkedip Atau Mata Kanan Berkedip?

mata kiri berkedip, mata berkedip sebelah, mata berkedip sebelah kiri

Jika ia kerap terjadi pada waktu yang agak lama, anda mungkin tertanya-tanya kenapa mata berkedip, kan? Sebenarnya ada beberapa punca ia berlaku. Antaranya:

  • Punca mata berkedip: Stres/keletihan
  • Pengambilan kafein/alkohol berlebihan
  • Mata kering
  • Terdedah kepada cahaya terang/di hadapan komputer terlalu lama
  • Terdedah kepada cuaca dan angin
  • Sakit kepala atau pening
  • Alahan

Cara Atasi Mata Kiri Berkedip

mata kiri berkedip, mata berkedip sebelah kiri, mata berkedip sebelah

Kontraksi otot mata sebenarnya yang menyebabkan mata berkelip tiba-tiba. Meskipun masalah mata berkelip tidak berbahaya, ia sedikit sebanyak tetap memberi efek pada kehidupan harian anda. Jadi ambil langkah penjagaan seperti di bawah:

#1. Elakkan pengambilan kafein yang berlebihan. Hadkan dengan hanya 1 cawan teh atau kopi sehari. 

#2. Rehatkan mata, lihat alam semula jadi seperti pokok-pokok di taman dan padang yang luas. Pergi tepi tasik dan tenangkan mata dan minda anda. 

#3. Minum air dengan banyak untuk elakkan mata menjadi kering. Letakkan pelembap mata jika perlu dan tidurlah secukupnya.

#4. Hadkan penggunaan gajet seperti telefon pintar, komputer riba atau tablet. Dan elakkan penggunaannya sebelum tidur. Jika ingin gunakan gajet waktu malam aktifkan mode tapisan cahaya biru (blue light filter).

#5. Urutan mata mungkin dapat memberi sedikit kelegaan, ambil sedikit krim mata yang biasa anda guna dan urutkan pada keliling mata. Ini dapat merehatkan otot-otot sekeliling mata. 

Latihan Kerdipan Mata Untuk Mengurangkan Letih Mata

Mata berkedip adalah cara paling mudah untuk mengekalkan kesegaran mata bagi membantu mata agar dapat menumpu dengan lebih lama.

Kebanyakan pengguna komputer atau penonton televisyen kurang melakukan kerdipan mata yang penuh, terutamanya ketika penumpuan mereka berada pada tahap yang tinggi. Keadaan ini menjadikan mata cepat letih di samping simptom kekeringan mata yang lain.

Mata Kiri Berkedip, Ada Maksud Kurang Baik? Ini Yang Anda Patut Tahu!

Apabila kita melakukan kerdipan mata yang penuh, mata kita akan mengalami fasa gelap seketika yang mana fasa ini dapat membantu mengekalkan kesegaran mata.

Di samping itu, fasa gelap bertindak seperti permulaan menerima maklumat penglihatan yang baru setiap kali selepas kita berkedip dan secara langsung mengurangkan ketegangan mata.

Apa yang anda perlu lakukan adalah dengan menutup mata rapat selama 3-4 saat. Seterusnya buka mata anda selama 3-4 saat semula. Ulang latihan ini selama 7-8 kali setiap kali anda mengalami keletihan mata ketika menggunakan komputer.

Semoga bermanfaat.

Healthline, Harian Metro

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Ibu Berjaga Malam Sebab Bayi Tak Lena Tidur? Hilangkan ‘Mata Panda’ Dengan Cepat Dan Berkesan!

Baca juga:  Terdedah Berpanjangan Pada Skrin Digital, Menyebabkan Mata Tidak Sihat

Baca juga: Gajet Tidak Boleh Jadi Pengganti Ibu Ayah, Wanita Kongsi Kisah Benar Buat Ramai Buka Mata

Stories Rakan Kongsi
Senarai Jenis Najis Bayi, Awas Jika Najis Anak Anda Berwarna & Tekstur Ini
Senarai Jenis Najis Bayi, Awas Jika Najis Anak Anda Berwarna & Tekstur Ini
Masalah Anemia Atau Kekurangan Darah Merah Boleh Terjadi Disebabkan Pelbagai Punca
Masalah Anemia Atau Kekurangan Darah Merah Boleh Terjadi Disebabkan Pelbagai Punca
Bagaimana Komplikasi Akibat Penyakit Berjangkit Boleh Menyebabkan Pekak Atau Buta Kekal
Bagaimana Komplikasi Akibat Penyakit Berjangkit Boleh Menyebabkan Pekak Atau Buta Kekal
Anda Perlu Berjaga-jaga Terhadap Penyakit Ini! Doktor Ini Berkongsi Pengalamannya Dengan Rotavirus
Anda Perlu Berjaga-jaga Terhadap Penyakit Ini! Doktor Ini Berkongsi Pengalamannya Dengan Rotavirus

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Izzati Saadin

  • halaman rumah
  • /
  • Kesihatan
  • /
  • Mata Kiri Berkedip, Ada Maksud Kurang Baik? Ini Yang Anda Patut Tahu!
Kongsikan:
  • Risau Banyak Sangat Penyakit Baru, Ini 6 Cara Berkesan Nak Elak Anak Tak Mudah Jatuh Sakit

    Risau Banyak Sangat Penyakit Baru, Ini 6 Cara Berkesan Nak Elak Anak Tak Mudah Jatuh Sakit

  • Kalau mahu bayi dalam kandungan lebih sihat, bapa kena kurangkan gula!

    Kalau mahu bayi dalam kandungan lebih sihat, bapa kena kurangkan gula!

  • Apa Itu Cacar Air & Kenapa Kita Perlu Melindungi Anak Daripadanya?
    Stories Rakan Kongsi

    Apa Itu Cacar Air & Kenapa Kita Perlu Melindungi Anak Daripadanya?

  • Rambut Anak Lambat Tumbuh, Kulit Berkerak? Atasi Dengan Minyak Rambut Baby Yang Selamat Untuk Si Manja

    Rambut Anak Lambat Tumbuh, Kulit Berkerak? Atasi Dengan Minyak Rambut Baby Yang Selamat Untuk Si Manja

  • Risau Banyak Sangat Penyakit Baru, Ini 6 Cara Berkesan Nak Elak Anak Tak Mudah Jatuh Sakit

    Risau Banyak Sangat Penyakit Baru, Ini 6 Cara Berkesan Nak Elak Anak Tak Mudah Jatuh Sakit

  • Kalau mahu bayi dalam kandungan lebih sihat, bapa kena kurangkan gula!

    Kalau mahu bayi dalam kandungan lebih sihat, bapa kena kurangkan gula!

  • Apa Itu Cacar Air & Kenapa Kita Perlu Melindungi Anak Daripadanya?
    Stories Rakan Kongsi

    Apa Itu Cacar Air & Kenapa Kita Perlu Melindungi Anak Daripadanya?

  • Rambut Anak Lambat Tumbuh, Kulit Berkerak? Atasi Dengan Minyak Rambut Baby Yang Selamat Untuk Si Manja

    Rambut Anak Lambat Tumbuh, Kulit Berkerak? Atasi Dengan Minyak Rambut Baby Yang Selamat Untuk Si Manja

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
    • Anak angkat
    • Kehamilan
    • Sebelum & Proses Bersalin
    • Perkahwinan & Seks
  • Bayi
    • Nama bayi
    • Perkembangan & Anak
    • Tip keibubapaan
    • Penyusuan & Pemakanan
  • Kesihatan
    • Senaman
    • Alahan & Sindrom
    • Penyakit
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Rumah
    • Kewangan
    • Percutian
    • Pertandingan & promosi
  • Banyak Lagi
    • TAP Komuniti
    • Beriklan Dengan Kami
    • Hubungi Kami
    • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2023. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

theAsianparent heart icon
Kami ingin menghantar anda pemberitahuan untuk berita dan kemas kini terbaru mengenai penjagaan dan kesihatan bayi.