X
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
  • COVID-19
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Perkembangan Anak
    • Bayi
    • Kanak-Kanak
    • Prasekolah
    • Kids
    • Remaja
  • Keibubapaan
    • Drypers
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beli-Belah

Kesan Kafein Boleh Menyebabkan Wanita Lambat Mengandung & Masalah Kesuburan

4 min bacaan
Kesan Kafein Boleh Menyebabkan Wanita Lambat Mengandung & Masalah KesuburanKesan Kafein Boleh Menyebabkan Wanita Lambat Mengandung & Masalah Kesuburan

Kesan kafein mendatangkan keburukan apabila anda mengambilnya secara berlebihan. Menurut penelitian, golongan wanita berisiko berdepan kehamilan lambat

Bagi pencinta kopi ataupun teh, anda pastinya memerlukan minuman ini sewaktu ingin memulakan sesuatu pekerjaan. Kesan kafein dikatakan mampu membuatkan kehidupan seseorang lebih bersemangat dan ceria mengharungi aktiviti seharian.

Walau bagaimanapun, sesetengah penggemar kafein akan dilanda resah gelisah apabila tidak dapat menikmati secawan kopi. Ada juga yang mengalami sakit kepala serius sehingga perlu menyimpan banyak stok air nescafe di rumah.

Baca juga: Kajian Terbaru: Ibu Hamil Minum Secawan Kopi Sehari Boleh Tingkat Risiko Kelahiran Mati

Kesan kafein terhadap kesihatan wanita

kesan kafein bagi wanita

credit to sources

Minuman berkafein menjadi kesukaan ramai orang kerana kemampuannya dalam merangsang otak serta menghilangkan rasa mengantuk ketika memandu atau bekerja sepanjang hari.

Namun sesetengah coffee lovers ini tidak menyedari bahawa kesan kafein turut mempengaruhi sistem organ badan yang lain seperti degupan jantung mengalami peningkatan, tekanan darah, mempercepatkan pembentukan air kencing dan mengaktifkan metabolisme seseorang.

Meskipun tiada bukti menunjukkan kaitan antara kafein dengan masalah kesuburan wanita, namun beberapa kajian telah mendapati tahap kafein yang tinggi dalam tubuh menyebabkan kehamilan menjadi lebih sukar.

Terdapat pakar membuat penelitian bagaimana kafein boleh menjejaskan kesuburan wanita secara teorinya. Ini termasuklah kesan terhadap tahap hormon, bagaimana otot-otot dalam tiub falopian bekerja dan proses ovulasi.

Risiko sukar mengandung akibat kafein

Secara umumnya, tiub falopian akan membawa telur anda dari bahagian ovari ke rahim (uterus). Otot-otot tiub falopian ini akan mengejang dalam gelombang-gelombang yang lancar dan beritma untuk membantu telur bergerak menuju ke destinasinya.

kesan kafein terhadap kesuburan

credit to sources

Bagi golongan lelaki, tiada banyak bukti yang mengatakan kafein mampu mengurangkan tahap kesuburan. Malah ia bertentangan dengan wanita kerana kafein sebenarnya berupaya membantu kesuburan para suami dalam merangsang kecergasan sperma.

Kebiasaannya, kafein adalah bahan biasa yang boleh dijumpai dalam minuman ataupun makanan. Keadaan ini boleh membuatkan anda mengambilnya dengan kadar tinggi tanpa disedari.

Berikut panduan ringkas mengenai purata kandungan kafein dalam makanan dan minuman populor:

  • 1 cawan kopi segera: 100mg
  • 1 cawan kopi bertapis: 140mg
  • 1 cawan teh: 75mg
  • 1 cawan teh hijau: 50mg
  • 1 tin minuman: 40mg
  • 1 tin minuman tenaga: 80mg
  • 1 bar kecil coklat kosong: 50mg

Sekiranya anda mengambil 1 cawan kopi bertapis, 1 tin kola dan 1 bar coklat dalam tempoh satu hari, ini bermakna anda telah mengambil melebihi daripada had kafein yang ditetapkan kepada ibu mengandung.

Di samping itu, anda perlu tahu bahawa kafein yang terkandung dalam ekspreso, cappucino dan latte bergantung kepada kedai yang menyediakannya. 1 kajian menunjukkan bahawa kadar kafein adalah berbeza dari 50mg setiap ekspreso di satu kedai kepada 300mg setiap ekspreso di kedai lain.

Manakala, beberapa rawatan untuk demam dan selesema turut mengandungi bahan ini. Justeru, anda hendaklah memeriksa label terlebih dahulu dan bertanyakan kepada ahli farmasi sekiranya tidak pasti.

Berapakah jumlah kafein yang selamat bagi pasangan yang sedang ikhtiar hamil?

kesan kafein terhadap kesihatan

credit to sources

Tiada sebarang panduan yang meminta anda mengehadkan pengambilan kafein ketika sedang mencuba untuk mendapatkan zuriat. Namun hal paling penting adalah penjagaan sebaik sahaja disahkan mengandung.

Ibu hamil disarankan untuk mengurangkan pengambilan kafein kepada kurang 200mg sehari bagi mengelakkan berlakunya keguguran.

Mengambil terlalu banyak bahan ini turut menganggu tumbesaran fetus yang mengakibatkan berat semasa lahir rendah. Jika anda seorang yang ketagihan kopi atau teh, cubalah untuk mengurangkan pengambilan secara perlahan.

Pada mulanya mungkin agak terlalu sukar, namun anda boleh menukarkan minuman berkafein ini kepada variasi jus segar yang lebih sihat. Kesannya, ia mampu mengurangkan keinginan terhadap kafein dan juga mengekalkan kesihatan janin dalam kandungan.

Manakala bagi yang sedang menjalani rawatan kesuburan dengan pakar, pengambilan kafein 2mg hingga 50mg sehari dengan kerap akan mengurangkan kejayaan IVF.

Kesimpulannya kurangkan kebergantungan terhadap kafein dari pelbagai sumber seperti teh, kopi, coklat dan minuman ringan bahi menghilangkan sakit kepala, rasa mual dan kegelisahan. Kesan kafein juga terbukti mengurangkan peluang seorang wanita untuk hamil sehingga 27 peratus.

Sumber: Babycenter

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Stories Rakan Kongsi
Vaksin Rotavirus, Langkah Berkesan Untuk Halang Kanak-kanak Maut Akibat Cirit-birit
Vaksin Rotavirus, Langkah Berkesan Untuk Halang Kanak-kanak Maut Akibat Cirit-birit
Seorang Doktor Yang Juga Seorang Ibu Menyarankan Ibu Bapa Semua Untuk Ambil Tahu Tentang Vaksin
Seorang Doktor Yang Juga Seorang Ibu Menyarankan Ibu Bapa Semua Untuk Ambil Tahu Tentang Vaksin
Rawatan Cirit Birit Di Rumah Mengikut Usia Anak, Ini Yang Ibu Bapa Perlu Tahu
Rawatan Cirit Birit Di Rumah Mengikut Usia Anak, Ini Yang Ibu Bapa Perlu Tahu
5 Cara Keluarkan Kahak Bayi, Ibu Kena Cuba!
5 Cara Keluarkan Kahak Bayi, Ibu Kena Cuba!

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Siti Nur Zuraikha Yaacob

  • halaman rumah
  • /
  • Kesihatan
  • /
  • Kesan Kafein Boleh Menyebabkan Wanita Lambat Mengandung & Masalah Kesuburan
Kongsikan:
  • Remaja Maut Akibat Kafein Berlebihan

    Remaja Maut Akibat Kafein Berlebihan

  • Jangan Terpedaya Dengan Rayuan Anak! Kafein Dalam Kopi & Soda Bahaya Untuk Kanak-Kanak Ya

    Jangan Terpedaya Dengan Rayuan Anak! Kafein Dalam Kopi & Soda Bahaya Untuk Kanak-Kanak Ya

  • Pilihan Nama Anak Lelaki Islam Bermula Huruf A-L Yang Moden & Popular Tahun 2022

    Pilihan Nama Anak Lelaki Islam Bermula Huruf A-L Yang Moden & Popular Tahun 2022

  • Bayi Lahir Dalam Pesawat, Nasib Baik Ada Doktor Dalam Flight! Dinamakan Sempena Nama Kru Kapal!

    Bayi Lahir Dalam Pesawat, Nasib Baik Ada Doktor Dalam Flight! Dinamakan Sempena Nama Kru Kapal!

app info
get app banner
  • Remaja Maut Akibat Kafein Berlebihan

    Remaja Maut Akibat Kafein Berlebihan

  • Jangan Terpedaya Dengan Rayuan Anak! Kafein Dalam Kopi & Soda Bahaya Untuk Kanak-Kanak Ya

    Jangan Terpedaya Dengan Rayuan Anak! Kafein Dalam Kopi & Soda Bahaya Untuk Kanak-Kanak Ya

  • Pilihan Nama Anak Lelaki Islam Bermula Huruf A-L Yang Moden & Popular Tahun 2022

    Pilihan Nama Anak Lelaki Islam Bermula Huruf A-L Yang Moden & Popular Tahun 2022

  • Bayi Lahir Dalam Pesawat, Nasib Baik Ada Doktor Dalam Flight! Dinamakan Sempena Nama Kru Kapal!

    Bayi Lahir Dalam Pesawat, Nasib Baik Ada Doktor Dalam Flight! Dinamakan Sempena Nama Kru Kapal!

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
    • Anak angkat
    • Kehamilan
    • Sebelum & Proses Bersalin
    • Perkahwinan & Seks
  • Bayi
    • Nama bayi
    • Perkembangan & Anak
    • Tip keibubapaan
    • Penyusuan & Pemakanan
  • Kesihatan
    • Senaman
    • Alahan & Sindrom
    • Penyakit
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Rumah
    • Kewangan
    • Percutian
    • Pertandingan & promosi
  • Banyak Lagi
    • TAP Komuniti
    • Beriklan Dengan Kami
    • Hubungi Kami
    • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2022. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

theAsianparent heart icon
Kami ingin menghantar anda pemberitahuan untuk berita dan kemas kini terbaru mengenai penjagaan dan kesihatan bayi.