Ibu Mengandung Disaran Ambil Vaksin Booster, Ia Melindungi Ibu & Bayi Dalam Kandungan

undefined

Vaksin booster untuk ibu mengandung sangat digalakkan. Hal ini kerana pertambahan varian baharu Covid-19 boleh menjejaskan kesihatan diri

Kehadiran varian baharu Covid-19 yang melanda seluruh dunia telah memerlukan masyarakat untuk melindungi diri dengan vaksin booster (penggalak). Bagi ibu mengandung, mungkin tertanya-tanya adakah ia sesuai untuk diri dan bayi dalam kandungan.

Sebenarnya kebelakangan ini bilangan pesakit yang dimasukkan ke hospital dan memerlukan rawatan bantuan pernafasan serta unit rawatan rapi (ICU) menunjukkan trend meningkat.

Vaksin booster untuk ibu mengandung, bilakah waktu yang sesuai?

vaksin booster ibu mengandung

foto: tribun batam

Seorang doktor, Muhammad Izzat tampil menjelaskan mengenai keperluan ibu mengandung untuk mengambil vaksin booster (penggalak) Covid-19.

Dengan bertambahnya pelbagai varian baru Covid, jawapannya YA. Pengambilan dos booster dapat meningkatkan antibodi yang sedia ada bagi mencegah penularan Covid-19.

Sekiranya ibu terkena jangkitan virus ini, tahap keterukan jangkitan dapat dikurangkan. Maka kalau ibu mengandung atau mereka yang sedang cuba untuk mengandung (TTC), saya galakkan semuanya mendapatkan vaksin booster sejurus sahaja anda layak bagi mendapatkannya- sekurang-kurangnya 3 bulan dari tarikh penerimaan dos yang kedua.

Persoalannya, bilakah perlu ambil vaksin Covid atau booster ini?

Vaksin Covid ataupun booster adalah SELAMAT diberikan pada SEMUA trimester kehamilan. Justeru ibu mengandung jangan berlengah jika telah diberikan tarikh untuk mengambil dos penggalak ini.

Adakah anda perlu menunggu untuk bersalin terlebih dahulu, kemudian barulah ambil dos penggalak ini?

dos penggalak

credit to sources

Bukan sahaja vaksin selamat untuk ibu mengandung, malah antibodi yang dihasilkan bila ibu memperoleh vaksin sewaktu mengandung akan diturunkan pada bayi yang belum dilahirkan, jadi bayi anda juga memperoleh perlindungan bagi menentang Covid apabila dia dilahirkan.

Vaksin booster Covid ini adalah SANGAT SELAMAT diambil pada bila-bila masa kehamilan. Ia bukan sahaja melindungi ibu, malah melindungi bayi juga. Justeru jangan tangguhkan dan tidak perlu menunggu selepas beranak.

Dapatkannya segera apabila anda layak. Semoga dimudahkan urusan semua ibu!

Tips untuk dapatkan pembentukan antibodi maksimum dengan vaksinasi

Menurut perkongsian oleh seorang doktor di Facebook, Hana Hadzrami, ada beberapa tips bagi membolehkan tubuh anda membentuk sistem antibodi dengan tahap maksimum, tidak kira dos permulaan atau booster iaitu:

  • Elakkan pengambilan alkohol
  • Elakkan pengambilan supplemen, ubat tahan sakit (panadol, NSAIDs, steroid) sebelum vaksin. Anda boleh ambil panadol SELEPAS vaksin (jika demam atau sakit badan), tidak mengapa
  • Elakkan pengambilan ubatan tradisional atau jamu kerana ia tinggi dengan kandungan steroid
  • Pastikan anda memperoleh waktu rehat dan tidur yang cukup sehari sebelum dan selepas divaksin. Jangan tidur lambat ya, terutamanya anak-anak sekolah yang PdpR.

Tidak dinafikan bahawa memang akan ada kesan sampingan ringan sementara selepas divaksin; jangan takut. Ia bermakna tubuh anda sedang berhempas pulas menghasilkan tentera elit bagi melawan virus Covid-19.

vaksin penggalak ibu mengandung

credit to sources

Usah kerana terlalu takutkan kesan sampingan yang teruk, anda ambil pelbagai ubat tahan sakit dan steroid sebelum divaksin. Nanti antibodi tidak berapa nak naik; rugi je ambil vaksin.

Jangan pula anda sangkat dapat jangkitan Covid-19 secara alami lebih bagus kerana belum tentu anda boleh dapat antibodi. Ada pesakit hanya dapat kesan Covid dan long Covid; antibodi tidak dapat pun.

Tetapi jika anda pernah terkena jangkitan Covid dan dapat vaksin pula; anda memiliki antibodi yang paling kuat kerana sudah dapat imuniti hibrid. Tapi kalau tidak dijangkiti langsung, adalah lebih bagus!

Vaksin penggalak atau booster bukanlah perkara yang baru. Kami bekerja sebagai staf perubatan setiap tahun kena ambil booster vaksin flu dan vaksin lain. Anak kecil pun hampir setiap bulan ambil booster vaksin sampailah usianya meningkat. Selama ini pun tiada siapa kisah vaksin booster jenama apa.

Bukan selalu kita boleh bayar harga nyawa dan kesihatan dengan cara yang mudah. Jadi ambillah sebab yang untung pun diri sendiri, bukannya orang lain.

Sumber: Muhammad Izzat, Hana Hadzrami

Kredit foto: Google Images

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Terima Suntikan Vaksin Ketika Hamil, Wanita Lahirkan Bayi Dengan Antibodi Covid-19

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!