Peringatan Kepada Kaum Suami, Ibu Hamil Tak Boleh Buat Kerja Rumah Macam Biasa!
Ciri-ciri wanita hamil sudah tentunya tergolong dalam kategori wanita yang perlu dilindungi dan dijaga, malangnya tidak ramai yang peka, malah kaum lelaki sendiri mengharapkan isteri yang hamil membuat kerja rumah seperti biasa.
Seorang wanita tidak disangkal sememangnya kuat dari segi emosi dan fizikal, apatah lagi wanita yang bergelar ibu. Ciri-ciri wanita hamil mereka punyai semangat yang kuat, tapi ingat ya wanita hamil tidak boleh buat semua benda seperti biasa!
Ciri-ciri wanita hamil: lemah, penat fizikal & emosi
Kehamilan adalah satu fasa yang sangat mencabar buat wanita. Sama ada dari segi emosi mahupun fizikal.
Mengikut kenyataan selebriti popular, Diana Danielle tidak lama dahulu, dia meluahkan rasa kekecewaan di mana wanita hamil ini dianggap seperti wanita biasa, boleh melakukan kerja-kerja sama seperti biasa! Sedangkan..
Di dalam perkongsian melalui akaun instragram miliknya itu, artis ini telah berkongsi gambar anatomi seorang wanita hamil.
Gambar tersebut juga menunjukan bagaimana kehamilan memberi kesan pada fizikal seorang wanita. Beliau juga menjelaskan secara ringkas apa kepayahan yang dilalui oleh seorang wanita hamil.
Suami Haruslah Membantu Isteri
Bukan itu sahaja, di dalam perkongsiannya itu juga, Diana menegaskan bagaimana seorang suami harus membantu isterinya.
Bukan sekadar mempunyai badan yang sado, tetapi mereka (suami) nak membantu membasuh pinggan juga tidak mampu! Kerja rumah tidak akan hilang begitu sahaja ketika wanita hamil, ia tetap di sana dan tidak akan selesai jika tiada bantuan.
Melalui perkongsian Diana juga, beliau menyatakan yang tugas wanita tidak habis setelah melahirkan zuriat. Malah tanggungjawab bertambah dengan menjaga dan menyusukan anak pula.
Beliau juga berpesan kepada wanita, jika sudah rasa tidak mampu, belajar meminta bantuan. Ciri-ciri wanita hamil memanglah kuat dari segi spiritualnya, namun fizikalnya tidak!
Betul apa yang dikongsikan oleh Diana. Fasa wanita hamil dan proses menjadi ibu adalah fasa yang kritikal. Wanita akan menjadi sangat sensitif secara fizikal dan emosional hingga boleh memberi kesan yang berkekalan terhadap mereka.
Ciri-ciri wanita hamil:fizikal
Mari kita lihat dari sudut fizikal terlebih dahulu. Anda pernah membaca artikel ini?
Anda Hamil? Ini Perubahan Perut Hamil 4 Minggu Hingga 40 Minggu, Terujanya!
Melalui artikel di atas, anda dapat lihat betapa banyak sebenarnya perubahan fizikal yang dialami oleh wanita hamil.
Bukan sekadar luaran yang semakin ketara, malah organ dalaman juga terkesan. Lihat saja bagaimana organ dalaman terpaksa dihimpit demi memberi ruang kepada si kecil.
Memang hormon memainkan peranan yang besar dalam menyebabkan seorang wanita hamil menjadi lebih emosional.
Tetapi bayangkan, anda terpaksa bertahan hingga 40 minggu segala perubahan fizikal ini, tentu sahaja emosi juga terkesan. Orang lain tidak akan faham apa yang dilalui anda kecuali anda.
Kesakitan lain yang perlu ditanggung wanita hamil
Sakit bahu/leher
Lagi-lagi sebab hormon progesteron. Apabila ligamen di bahu dan leher menjadi longgar akibat hormon ini, digabungkan dengan berat perut yang semakin bertambah, anda mungkin juga akan merasai kesakitan pada leher dan bahu anda.
Bahagian leher, bahu dan tulang belakang saling berkait dan anda mungkin akan rasa sakit secara keseluruhan. Hanya sedikit perubahan dalam postur badan sudah boleh menyebabkan sakit bahu dan leher semasa kehamilan.
Gastrik, pedih ulu hati
Semasa saya hamil dulu, saya telah mengalami sakit gastrik yang teruk.
Asid dalam perut tiba-tiba naik ke atas saluran pemakanan dan ia rasa seperti saya termuntah asid perut.
Rasanya seperti reflux dan untuk mengawal kekerapan ia berlaku, saya hanya boleh makan sedikit saja tapi dengan lebih kerap. Saya tidak boleh terlampau lapar atau terlampau kenyang.
Orang lain tidak akan faham apa yang dilalui anda kecuali diri anda sendiri.
Disebabkan itulah, seperti nasihat Diana Daniele, jika sudah hingga ke tahap anda tidak tahan, suarakan, minta bantuan.
Kerana hanya diri kita yang tahu tahap limitasi badan kita. Dan sebagai orang luar, hulurkan bantuan walaupun tidak di minta, kerana percayalah, pertolongan anda amat dihargai.
Sekiranya anda tidak punyai keluarga berdekatan, berceritalah pada teman-teman rapat. Faham dalam situasi pandemik sekarang ramai ibu-ibu hamil yang bersendirian, kerja-kerja pula harapkan diri dan suami saja. Itupun kalau suami membantu.
Apa-apa pun bertabahlah wahai ibu, besar sungguh perjuanganmu. Kalau rasa tidak larat, luahkan dan menangislah sepuasnya, tidak mengapa.
Sumber: Instagram Diana Danielle
Gambar: iStock
Baca juga: Kajian: Ramai Wanita Hilang Keyakinan Diri Selepas Bersalin