Tengah Cari Idea Untuk Hadiah Bakal Ibu? Ini Dia 14 Produk Yang Berbaloi Jadi Hadiah Untuk Baby Dan Ibu
Tak tahu nak beli apa buat hadiah ibu baru, kan? Bosan sangat asyik beri hadiah pakaian dan penjagaan bayi. Jom cuba beri hadiah lain pula!
Sekarang sudah masuk musim ibu-ibu melahirkan anak kan? Jika teman-teman rapat atau ahli keluarga bakal menyambut cahaya mata, tak salah untuk kita membeli hadiah untuk baby atau untuk ibu yang baru melahirkan bayi.
Tapi nak beli apa ya? Serabut kepala memikirkan sebarang hadiah yang sesuai untuk ibu baru. Yalah, takut barang-barang yang kita beli, mereka tidak suka ataupun mereka sudah ada. Lebih baik jika anda memberikannya confinement gift for mother malaysia lebih awal.
Sebenarnya, ada pelbagai pilihan benda yang berguna untuk ibu yang baru memiliki cahaya mata ini. Setelah menjadi ibu juga baru saya sedar benda-benda yang boleh dijadikan sebagai hadiah ini amat membantu dalam seharian hidup.
Jadi, jom! Semak senarai hadiah terbaik yang boleh meringankan beban mereka.
Isi Kandungan
Hadiah Untuk Ibu Yang Baru Melahirkan Bayi
Sesetengah orang akan mengesyorkan pemberian dalam bentuk wang sahaja kerana lebih mudah. Namun begitu, sebenarnya membelikan hadiah untuk baby dan ibu yang baru melahirkan bayi boleh menjadikan mereka lebih ceria, teruja dan menghargai pemberian daripada rakan terdekat.
Kalau nasihat orang lama, lebih baik jika kita hadiahkan peralatan atau barangan yang mereka boleh gunakan selalu seperti bengkung bersalin yang boleh diguna pakai berkali-kali (selepas bersalin). Oleh itu, sebelum membeli hadiah untuk baby yang sesuai pastikan anda memilih barang yang boleh digunakan untuk jangka masa panjang kerana usia bayi sangat singkat
Selain itu, pilih barangan yang boleh digunakan berulang kali dan sesuatu yang bersifat sentimental. Mana tahu boleh dijadikan sebagai kenangan abadi oleh si ibu.
Kain menyusu dari jenama Momo House ini sangat diperlukan untuk ibu yang menyusu bayi. Ia memudahkan aktiviti breastfeeding kerana boleh memberikan keselesaan dan menjaga privasi terutamanya apabila berada di tempat awam.
Malah, Breastfeeding Nursing Cover Cotton ini senang dibawa kemana-mana. Ia juga senang digulung untuk diletakkan dalam poket beg. Kain yang diperbuat dari cotton dan bersifat ringan juga boleh menjadi selimut bayi dan melindunginya daripada sinaran UV berbahaya.
Dengan kain menyusu ini , ibu baru dapat kekal bergaya sambil mengendong si manja. Keselesaan pula terjamin!
Semua ibu bapa baru pasti akan berterima kasih dengan hadiah untuk baby ini. Betul! Sebab nanti, pasti akan ada momen ‘alamak kehabisan lampin!’. Tika itu, lampin akan jadi penyelamat ibu ayah. Lampin yang diperbuat daripada 100% cotton tanpa pendarfluor ini membolehkan bayi berasa lebih selesa dan selamat apabila menggunakannya.
Terdapat dua cara untuk memakainya iatu boleh membedung bayi secara balut di bawah ketiak atau membedungnya penuh. Mempunyai pelbagai pilihan corak yang menarik dan boleh digunakan berulang kali kerana sangat tahan lama.
Apa yang kami suka?
Fabrik – 100% Cotton
Reka bentuk lampin sesuai untuk mengelakkan bayi mudah terjaga
Hadiah untuk ibu terbaik untuk penyimpanan barang bayi
Salah satu hadiah untuk baby paling terbaik untuk diberikan kepada ibu yang baru melahirkan bayi adalah storage bag. Jangan nafikan kepentingan beg ini! Ibu baru perlu biasa dengan beg yang besar bagi menyimpan segala perkakas bayi ketika keluar.
Bukan itu sahaja, dengan adanya storage bag seperti ini, parent mudah untuk memuatkan semua keperluan bayi seperti pampers, botol susu, towel kecil, krim, pacifier, tisu basah dan banyak lagi. Senang untuk dicapai dan tidak perlu membawa beg yang banyak. Juga tidak perlu mengalasnya kerana boleh digantung pada stroller bayi. Best kan?
Apa yang kami suka?
Ruang yang sempurna untuk memuatkan barang keperluan bayi
Terbahagi kepada 6 bahagian untuk penyimpanan yang lebih baik dan tersusun
Tali boleh laras sesuai untuk digantung atau diletakkan pada bahu
Tahu tak betapa susah nak tidur dengan cukup bila sudah jadi seorang ibu? Seorang ibu baru pasti akan berterima kasih pada anda dengan hadiah untuk baby ini!
Sound Sensing Sleep Sheep adalah anak patung dengan bunyi yang boleh menenangkan bayi. Patung ini juga boleh kesan jika si manja menangis atau meragam. Lalu, muzik akan dimain untuk menenangkan mereka. Sesuai diguna ketika ingin tidurkan bayi.
Apa yang kami suka?
Tahan lama
Selesa dan mudah untuk dipegang
Terdapat 8 bunyi & melodi yang menenangkan
Mempunyai butang automatik – Sleep Sheep dimatikan dalam tempoh 23 atau 45 minit
Hadiah ini adalah yang paling senang sekali jika anda tidak mempunyai idea lain untuk diberikan kepada parent. Boleh jadi mereka memerlukannya di saat ingin keluar atau balik ke kampung. Tidak perlulah membawa set mandian yang besar kerana set mandian travel ini sudah mencukupi.
Bukan itu sahaja, Anakku Baby Care Travel Set ini juga sesuai untuk bayi yang mempunyai kulit sensitif. Jadi, ibu boleh menggunakannya tanpa ragu. Malah, tiada had umur bayi untuk menggunakan set mandian ini.
Apa yang kami suka?
Kecil dan mudah dibawa kemana-mana
Sesuai untuk semua jenis kulit
4 in 1- Lengkap dengan bedak bayi, sabun, syampu dan losyen bayi
Tiada hadiah yang lebih istimewa melainkan si manja yang comel dalam dukungan. Apa kata raikan kehadiran cahaya mata ini dengan hadiah rantai yang boleh diletakkan foto kecil buat ibu baru dan si manja? Bakal jadi memori indah buat mereka!
Hadiah untuk baby terbaik sebagai perkakas makanan bayi
Hadiah untuk baby yang paling berguna buat mereka! Kelak, si manja akan mula menerima makanan pepejal. Ibu bapa harus menyediakan pelbagai perkakas makanan bayi yang terdiri daripada food dispensing spoon, sippy cup, bib dan bekas menyimpan makanan. Buat apa nak pening kepala, hadiahkan set 5 in 1 ini sudah lengkap. Pasti ibu teruja melihat perkembangan anak membesar sehingga sudah boleh menggunakan set perkakas ini.
Apa yang kami suka?
Harga yang murah dan berkualiti
Mesra dan selamat digunakan
Warna yang menarik
Lengkap dengan kelengkapan makanan bayi
Sesuai digunakan oleh bayi yang baru mula menerima makanan pejal
Hadiah untuk baby terbaik untuk mencatat suhu badan si manja
Percaya atau tidak, puting dengan termometer ini pasti sangat diperlukan oleh si ibu. Dengan puting ini, ibu baru akan lebih mudah mengambil suhu badan bayi mereka ketika demam.
Bukan itu sahaja, ibu ayah juga segera tahu jika anak secara tiba-tiba meningkat suhu badannya. Secara tidak langsung, parent dapat mengambil langkah lebih awal sebelum si manja melarat.
Lagipun, ini antara langkah paling selamat dan bersih untuk mengambil suhu badan si manja!
Hadiah untuk baby terbaik dijadikan sebagai tab mandi lembut
Baby Bath Floating Mat ini sangat sesuai kerana diperbuat dari jenis PVC dan kusyennya dari Styrofoam yang lembut dan tidak keras. Hadiah ini mesti membuatkan si ibu teruja kerana tidak perlu risau si kecil takut kesejukan air ketika mandi. Reka bentuknya sesuai untuk bayi baru lahir dan boleh digunakan sehingga 6 bulan.
Ia menggunakan non slip yang menghalang bayi tergelincir ke dalam air. Sangat ringan dan mudah dilipat. Bolehlah dibawa kemana sahaja!
Sebelum tumbuh gigi, mereka akan mengalami fasa gatal gusi dan membuatkan mereka ingin menggigit sesuatu. Jadi, apa kata anda hadiahkan buat ibu ayah Newborn Teether Baby Toys ini supaya si kecil dapat bermain dengannya. Terdiri daripada 14 jenis mainan berbeza namun ia direka khas lembut dan selamat untuk bayi.
Ini mungkin antara pilihan hadiah terakhir yang anda boleh beli.
Hadiah untuk ibu terbaik digunakan semasa hamil hingga lepas bersalin
Krim Stretch Mark Mama’s Choice direka khas untuk ibu yang sedang hamil mahupun selepas bersalin bagi mengatasi masalah parut akibat kulit regang atau lebih dikenali sebagai stretch mark.
Selamat digunakan, dijamin halal dan menggunakan bahan semula jadi yang berkhasiat untuk kesihatan kulit, krim ini membatu merawat dan menghilangkan kesan parut pada kulit khususnya bahagian perut ibu.
Apa yang kami suka?
Tekstur krim yang tidak berminyak ini mudah meresap dan tidak melekit, mesra untuk kegunaan seharian.
Dijamin 100% selamat untuk ibu hamil, ibu yang menyusu badan dan kegunaan selepas bersalin kerana bebas alkohol dan paraben serta telah diuji secara dermatologi.
Hadiah untuk ibu terbaik untuk digunakan dalam pantang
Mama’s Choice Adjustable Corset ini sesuai untuk ibu selepas bersalin yang dapat membantu mengecilkan bahagian perut dengan lebih cepat, meratakan bahagian perut, dan mengurangkan sakit belakang. Ia adalah satu keperluan ibu bersalin.
Korset ini dapat membantu meningkatkan postur dan mobiliti ibu sambil mengurangkan sakit belakang selepas bersalin.
Dibuat dari bahan yang lembut dan tidak kasar, korset ini bernafas dan cukup selesa dipakai setiap hari sebagai sebahagian daripada proses pemulihan selepas bersalin.
Korset ini sangat serba boleh dan boleh dipakai di bawah pakaian semasa anda bersenam, pergi ke parti, keluar bersama keluarga atau pergi ke kerja. Ibu tidak akan merasa panas dan rimas dengan korset ini.
Apa yang kami suka?
Membantu mengurangkan sakit belakang dan memperbaiki postur badan
Diperbuat daripada bahan bernafas
Sesuai untuk penggunaan selepas bersalin sama ada bersalin secara normal atau caesar
Selalunya pada kelahiran anak pertama, stroller akan menjadi salah satu barang utama yang ibu ayah akan cari. Jika anda ada bajet lebih, boleh belikan mereka keperluan penting ini. Tapi pastikan anda tanya dahulu sebelum beli, bimbang mereka sudah beli terlebih dahulu!
Lagipun kegunaannya dapat memudahkan ibu ayah membawa si manja berjalan-jalan tanpa rasa lelah berdukung.
Apa yang kami suka?
Stroller ini boleh dilipat dengan menggunakan satu tangan saja jadi tak ada masalah jika sebelah tangan lagi anda dukung bayi.
Ringan dan mudah alih.
Boleh diguna seawal usia 0 bukan hingga 4 tahun
Bahagian backseat stroller boleh adjust kepada 2 posisi berbeza iaitu duduk dan baring
Terdapat juga bakul bahagian bawah untuk menyimpan barangan keperluan bayi seperti susu, pampers atau mainan.
Hadiah untuk baby terbaik untuk bayi bermain dengan selamat
Playpen mungkin sesuatu yang tidak dfikirkan penting untuk ibu ayah, namun apabila bayi mula aktif mereka mulai sedar betapa pentingnya playpen untuk menjaga keselamatan bayi ketika bermain atau ditinggalkan berseorangan jika ibu sedang memasak atau mandi.
Ianya seakan sebuah kandang kecil, biasanya mudah alih, selamat untuk tinggalkan anak bermain sendirian di dalamnya.
Apa yang kami suka?
Sesuai untuk bayi atau kanak-kanak untuk bermain atau tidur
Reka bentuk mudah alih, mudah dipasang
Diperbuat daripada bahan berkualiti, kukuh, tahan lama, dan selamat untuk anak
Perbandingan Harga Idea Hadiah Untuk Baby Dan Ibu Yang Baru Melahirkan
Jenama
Harga
Breastfeeding Nursing Cover Cotton
RM 7.98
Baby Swaddle Muslin Wrap Cotton
RM 7.80
Baby Stroller Storage Bag
RM 23.64
Sound Sensing Sleep Sheep
RM 169.90
Anakku Baby Care Travel Set
RM 15.20
MOILY Love Heart Photo Box Necklace
RM 6.56
5 in 1 Baby Feeder Full Set
RM 25.00
Baby Pacifier Thermometer
RM 48.00
Baby Bath Floating Mat
RM 21.90
Newborn Teether Baby Toys
RM 33.95
Mama’s Choice Stretch Mark Cream
RM32.90
Mama’s Choice Adjustable Corset
RM59.90-RM66.90
Mamakiddies Aviant Stroller
RM289.00
Babyjoy Baby Playpen
RM82.80
Sebenarnya ada banyak lagi pilihan untuk diberikan kepada ibu yang baru melahirkan bayi. Namun begitu, anda boleh membuat pilihan bijak supaya tidak memberikan hadiah yang mungkin sudah dibeli atau dihadiahkan oleh orang lain kepada mereka.
Checklist Barang Baby, Jom Bantu Ibu Semak Apa Yang Perlu Dibeli
Apabila berbincang mengenai checklist barang baby, selalunya barangan yang dibeli ibu bapa adalah berlebihan dan kadangkala tidak digunakan langsung. Lebih-lebih lagi jika mereka adalah pasangan ibu bapa baru, pasti pelbagai barang ingin dibeli mereka.
Apa yang pasti, si manja hanyalah memerlukan pakaian yang mencukupi, selain keperluan untuk memastikan dirinya bersih, di samping persekitaran yang selesa dan selamat.
Bagi mengelakkan pembaziran, anda boleh bantu ibu ayah ini dengan senarai barang keperluan bayi yang patut dibeli seperti di bawah.
1. Persedian barang keperluan bersalin sebelum ke hospital:
Ibu
Bayi
Selipar
2 atau 3 bra yang selesa dan menyokong, termasuk bra penyusuan jika anda merancang untuk menyusu badan
Pelapik payudara
Stoking
Seluar dalam
Peralatan mandian
Pakaian selesa dan longgar untuk dipakai pulang ke rumah
Tuala mandi
Tuala wanita atau maternity pad
Sekurang-kurangnya sepasang pakaian untuk dipakai pulang ke rumah, sediakan beberapa saiz berbeza usia 0-3 bulan dan bukan sekadar baju newborn
Kain bedung
Topi bayi
Selimut
Beg lampin, termasuk beberapa keping lampin, kain lap dan puting bayi
Stoking bayi
Cat seat bayi telah dipasang dalam kereta
2. Keperluan bayi usia 0-3 bulan:
hooded towel
kain lap bayi yang lembut
Sabun bayi yang lembut atau sesuai untuk kulit sensitif
Syampu bayi
Penyepit kuku bayi
Berus penyikat rambut lembut
Lampin bayi pakai buang
Tisu basah
Krim ruam lampin dan bedak
Minyak telon
Puting bayi
3. Keperluan bayi untuk rumah dan taska:
Tikar bayi atau paymat
Pelapik tilam
Tab mandian bayi
Detergen dobi untuk bayi, terutamanya jika mereka mempunyai kulit sensitif
Penyedut hidung
Ubat melegakan demam dan kesakitan untuk bayi
Permainan yang mengeluarkan muzik lembut atau white noise untuk membantu mereka tidur lebih lena
Tempat penyimpanan pakaian
4. Keperluan penyusuan ibu atau susu formula
Susu Ibu
Susu Formula
Krim puting
Bra menyusu
Pelapik payudara
Bantal menyusu
Pam susu
Plastik simpan susu
Bekas penyimpanan susu ibu (peti ais, deep freezer, dan cooler bag)
Beberapa botol susu. Bayi anda memerlukan botol 4-auns untuk beberapa minggu pertama dan saiz yang lebih besar apabila mula memasuki usia 3 bulan ke atas
Puting untuk bayi baru lahir
Stok susu formula untuk beberapa minggu
Berus pembersih botol dan rak pengeringan
Bottle sanitizer
Semoga perkongsian checklist ini membantu anda membeli hadiah yang sesuai dan mendapatkannya dengan klik sahaja tanpa perlu berfikir panjang lagi. Semoga bermanfaat!
Nota Editor: Setiap item dan harganya adalah terkini pada masa artikel ini dikeluarkan. Walau bagaimanapun, mana-mana item boleh jadi ketiadaan stok atau harganya berbeza pada masa akan datang.theAsianparent Malaysia
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The AsianParent Malaysia