TAP top app download banner
theAsianparent
theAsianparent
EnglishMalay
Panduan Produk
  • Menjadi ibu bapa
  • Anak
  • Keibubapaan
  • Kesihatan
  • Penyusuan & Pemakanan
  • Pendidikan
  • Gaya Hidup
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beriklan Dengan Kami
  • Komuniti
Log Masuk
  • EnglishMalay
    • Artikel
  • Menjadi ibu bapaMenjadi ibu bapa
  • AnakAnak
  • KeibubapaanKeibubapaan
  • KesihatanKesihatan
  • Penyusuan & PemakananPenyusuan & Pemakanan
  • PendidikanPendidikan
  • Gaya HidupGaya Hidup
  • TAP CadanganTAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan#PendidikanKewangan
  • Beli-BelahBeli-Belah
  • VIPVIP
  • Siaran MediaSiaran Media
  • Beriklan Dengan KamiBeriklan Dengan Kami
  • KomunitiKomuniti
    • Komuniti
  • Poll
  • Gambar
  • Makanan
  • Resipi
  • Topik
  • Baca Artikel
    • Tracker
  • Tracker Kehamilan
  • Tracker Bayi
    • Ganjaran
  • GanjaranGanjaran
  • Pertandingan
  • VIP ParentsVIP Parents
    • Lagi
  • Maklum Balas

Polisi PrivasiGaris Panduan KomunitiPeta Laman Web

Muat turun app percuma kami

google play store
app store

Demi Cinta, Lelaki Ini Menabung Selama 2 Tahun Untuk Beli Hadiah Buat Isteri

29 Sep, 2017
Demi Cinta, Lelaki Ini Menabung Selama 2 Tahun Untuk Beli Hadiah Buat Isteri

Seorang suami sanggup menabung duit syiling selama 2 tahun demi membelikan hadiah hari jadi yang menawan untuk isteri tercinta. Terharu sungguh baca kisah ini!

Hadiah hari jadi untuk isteri tercinta

Semua wanita akan gembira apabila suami mereka membelikan hadiah. 

Saya berpendapat setiap isteri masih ingin menghidupkan semula rasa romantik – memandangkan negara kita ramai peminat K-drama.

Macam mana perasaan anda jika lelaki seperti dalam drama Korea ini benar-benar wujud?

Seorang lelaki bernama Wang yang berasal dari Taiwan baru-baru ini telah merancang selama 2 tahun untuk membeli hadiah hari jadi isterinya.

Walaupun dia bukan orang kaya, dia bertekad untuk menabung dan membeli hadiah yang istimewa.

Menabung untuk beli hadiah di kedai emas Mahua Jewellery

Demi Cinta, Lelaki Ini Menabung Selama 2 Tahun Untuk Beli Hadiah Buat Isteri

Sumber gambar: Facebook

Pemilik kedai barang kemas Mahua terkejut apabila Wang muncul di depan pintu mereka beberapa hari yang lalu.

Kisah Wang yang dikongsi di Facebook, telah tular dan mendapat perhatian netizens yang kagum dengan dedikasi dan juga cara uniknya menjimatkan wang. Old school betul.

“Sudah agak lambat pada waktu malam ketika pelanggan ini datang ke kedai kami dan bertanya, ‘Adakah anda menerima duit syiling? Saya mahu membeli beberapa barang kemas’. Apabila kami memberitahunya kami menerima duit syiling, dia terus masuk ke kedai sambil membawa tabung duit berbentuk seekor babi merah yang besar. Ia sangat berat dan pelanggan itu seolah-olah tidak larat untuk mengangkatnya. “

Tabung duit itu sangat penuh dan besar sehingga kelihatan seperti ia akan pecah pada bila-bila masa. 

Untuk mengeluarkan duit syiling daripadanya, Wang terpaksa menggunakan pisau untuk memotong bahagian atas.

Demi Cinta, Lelaki Ini Menabung Selama 2 Tahun Untuk Beli Hadiah Buat Isteri

Sumber gambar: Facebook

“Dia tuangkan semua duit syiling ke dalam dua bekas untuk dikira oleh 4 kakitangan kami.”

Demi Cinta, Lelaki Ini Menabung Selama 2 Tahun Untuk Beli Hadiah Buat Isteri

Sumber gambar: Facebook

Sudah lama Wang ingin beli hadiah yang istimewa untuk isteri

Wang memberitahu mereka sudah lama dia ingin membeli hadiah hari jadi yang baik untuk isterinya, jadi dia telah membeli tabung ini untuk menjimatkan wang.

Setiap hari selama 2 tahun dia telah memasukkan duit syiling ke dalam tabung itu. Akhirnya, dia mempunyai duit yang cukup.

Demi Cinta, Lelaki Ini Menabung Selama 2 Tahun Untuk Beli Hadiah Buat Isteri

Sumber gambar: Facebook

Pemilik kedai emas itu telah berkata ini adalah kali pertama mereka mengalami pengalaman yang begitu sentimental dan menyentuh perasaan.

Mereka semua betul-betul terharu dengan lelaki ini. Mereka telah membantunya memilih kalung emas dan gelang yang cantik sebagai hadiah hari jadi isterinya.

Apabila dia meninggalkan kedai dengan gembira, kakitangan kami berkata, ‘Bertuah isterinya berkahwin dengan orang yang betul. Dia seorang lelaki yang baik dan sangat romantik.”

Demi Cinta, Lelaki Ini Menabung Selama 2 Tahun Untuk Beli Hadiah Buat Isteri

Sumber gambar: Facebook

Awwwww….

Wang telah mengucapkan terima kasih kepada pemilik kedai dan berkata, 

“Terima kasih atas bantuan anda pada hari itu. Isteri saya sangat suka hadiahnya dan kelihatan sangat cantik apabila memakainya. Kebanyakkan bank sudah tidak menerima duit syiling tetapi anda telah membantu saya memilih hadiah cantik dengan gembira. Terima kasih.”

Demi Cinta, Lelaki Ini Menabung Selama 2 Tahun Untuk Beli Hadiah Buat Isteri Sumber gambar: Facebook

Nak tahu jumlah duit yang dikumpul? TWD 31,400 iaitu lebih kurang RM 4,370!

Banyak tu! Demi cinta, gigih suami ini menabung. Suami kita bila lagi!!?

Sumber: World of Buzz

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The AsianParent Malaysia

Baca juga:

Kerana Cinta Sejati, Lelaki Ini Sanggup Bertanggungjawab Walaupun Kekasihnya Hamil Anak Orang Lain!

Stories Rakan Kongsi
Philips Opens Third Brand Store in Malaysia!
Philips Opens Third Brand Store in Malaysia!
Duduk Di Rumah Menyebabkan Masalah Lebih Mendalam Seperti Screen Time Berlebihan & Diet Tak Teratur
Duduk Di Rumah Menyebabkan Masalah Lebih Mendalam Seperti Screen Time Berlebihan & Diet Tak Teratur
The 5 Money Parenting Styles: Which One Do You Follow?
The 5 Money Parenting Styles: Which One Do You Follow?
Parents, Did You Know There Is A Last Chance For Your Teen To Grow Taller?
Parents, Did You Know There Is A Last Chance For Your Teen To Grow Taller?

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Rosanna Chio

  • halaman rumah
  • /
  • Tip perkahwinan
  • /
  • Demi Cinta, Lelaki Ini Menabung Selama 2 Tahun Untuk Beli Hadiah Buat Isteri
Kongsikan:
  • Tanda Air Mani Masuk Ke Rahim Selepas Hubungan Seks & Cara Meningkatkan Peluang Untuk Hamil

    Tanda Air Mani Masuk Ke Rahim Selepas Hubungan Seks & Cara Meningkatkan Peluang Untuk Hamil

  • Bayi Tiga Bulan Maut Tertindih Lengan Bapa Yang Telah Meninggal Dunia Akibat Serangan Jantung

    Bayi Tiga Bulan Maut Tertindih Lengan Bapa Yang Telah Meninggal Dunia Akibat Serangan Jantung

  • Makanan Untuk Kesuburan Lelaki, 14 Jenis Ini Bagus Untuk Anda Amalkan Setiap Hari!

    Makanan Untuk Kesuburan Lelaki, 14 Jenis Ini Bagus Untuk Anda Amalkan Setiap Hari!

Feed

Feed

Dapatkan artikel yang bersesuaian tentang keibubapaan, gaya hidup, dan pendapat pakar, hanya di hujung jari anda!

Poll

Poll

Sertai poll yang menarik dan lihat apa ibu bapa lain fikir

Gambar

Gambar

Kongsi gambar insan tersayang anda secara selamat.

Topik

Topik

Sertai komuniti kami untuk lebih rapat dengan ibu atau ayah lain.

Tracker

Tracker

Pantau kehamilan anda, malah juga tumbesaran bayi dari hari ke hari!

theAsianparent

Muat turun app percuma kami

Google PlayApp Store

Ibu di Seluruh Dunia

Singapore flag
Singapore
Thailand flag
Thailand
Indonesia flag
Indonesia
Philippines flag
Philippines
Malaysia flag
Malaysia
Vietnam flag
Vietnam

Partner Brands

Rumah123VIP ParentsMama's ChoiceTAP Awards

© Copyright theAsianparent 2026 . All rights reserved

  • Tentang Kami
  • Polisi Privasi
  • Terma dan Syarat
  • Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham