Siapa kata jika anda kaya, anda harus menunjuk-nunjuk segala kemewahan yang ada dan berbelanja sakan demi menjaga status?
10 wanita hebat ini bukti kukuh yang anda tak perlu kaya untuk menunjuk-nunjuk pada dunia! Mereka tak tunduk pada nikmat kekayaan semata-mata.
10 wanita hebat ini telah mengahwini pasangan masing-masing yang kini menjadi jutawan. Mereka tulang belakang suami tercinta. Mereka bersusah-payah dan menyokong dengan sepenuh hati segala impian suami.
Malah, mereka juga tetap bijak, merendah diri dan kelihatan biasa saja, tanpa sebarang fesyen terkini yang hebat!
Tak percaya? Jom tengok bukti seperti yang telah dikongsi oleh Bright Side ini dan ambil inspirasi!
#1 Bill dan Melinda Gates
Bill dan Melinda Gates pasti duduk di tangga teratas carta! Lihat saja bagaimana Melinda Gates amat merendah diri dan tidak jatuh dalam konsep “kemewahan”.
Kekayaan: Harta Bill Gates telah mencecah sehingga lebih daripada $80 bilion.
Tempoh perkahwinan: 23 tahun. Mereka berdua bertemu pada penghujung tahun 1980-an di sebuah persidangan yang dianjurkan syarikat Microsoft.
Keistimewaan isteri: Melinda terkenal kerana sifat dermawannya. Malah, mereka berdua juga telah mengasaskan tabung kebajikan terbesar di dunia!
#2 Mark Zuckerberg dan Priscilla Chan
Satu lagi pasangan hebat yang amat istimewa!
Kekayaan: Harta bersih pencipta media sosial Facebook ini adalah sebanyak lebih daripada $50 bilion!
Tempoh perkahwinan: 5 tahun. Mereka berkahwin pada 19 Mei 2012 di dalam sebuah majlis sederhana yang dilangsungkan di rumah mereka sahaja!
Keistimewa isteri: Priscilla amat mempercayai dan menyokong segala usahasama Mark. Beliau juga seorang pakar dalam bidang perubatan kanak-kanak.
#3 Warren Buffett dan Astrid Menks
Warren Buffett adalah pengerusi dan pemegang saham terbesar Berkshire Hathaway. Beliau juga adalah salah seorang pelabur dan dermawan yang paling terkenal di dunia. Tapi, isterinya amat merendah diri.
Kekayaan: Harta milik Buffett bernilai hampir $70 bilion!
Tempoh perkahwinan: 11 tahun. Buffett mengahwini Menks selepas kematian isterinya pada tahun 2004. Ketika itu, Astrid bekerja sebagai seorang pelayan.
#4 Larry Page dan Lucinda Southworth
Larry Page adalah salah seorang pengasas Google.
Kekayaan: $30 bilion
Tempoh perkahwinan: 10 tahun. Mereka berkahwin sejak tahun 2007. Namun, mereka cuba mengelak daripada terlalu terdedah pada perhatian umum.
Keistimewaan isteri: Lucinda amat merendah diri walaupun dikurniakan muka yang cantik. Beliau seorang pelajar jurusan kedoktoran di Stanford, Oxford dan University of Pennsylvania dan amat benci paparazzi.
#5 Jeff dan MacKenzie Bezos
Jeff Bezos adalah pengasas Amazon.
Kekayaan: Hampir $60 bilion
Tempoh perkahwinan: 24 tahun. Pada tahun 1992, pejabat kedua-dua pasangan ini bersebelahan. Jeff terpesona dengan MacKenzie selepas pertemuan itu.
Keistimewaan isteri: MacKenzie adalah wanita biasa; penulis novel yang memiliki sifat dermawan. Dia dan pasangan menderma hampir $15 juta pada program neurosains.
#6 Amancio Ortego dan Flora Perez Marcote
Amancio Ortego memiliki Inditex, sebuah syarikat multinasional dengan pelbagai nama jenama besar seperti Zara, Massimo Dutti, Bershka dan sebagainya.
Kekayaan: $70 bilion
Tempoh perkahwinan: 16 tahun. Mereka berkahwin selepas Flora menjadi setiausaha Amancio.
#7 Stefan dan Carolyn Persson
Stefan Persson adalah pengerusi lembaga pengarah di syarikat H & M. Tapi seperti suaminya, isteri Stefan juga amat merendah diri dan benci “publisiti”.
Kekayaan: $20 bilion
Tempoh perkahwinan: 23 tahun.
#8 Jack Ma dan Zhang Ying
Jack Ma adalah pengerusi kumpulan syarikat Alibaba.
Kekayaan: $25 bilion
Tempoh perkahwinan: 27 tahun. Jack Ma telah mengahwini Zhang Ying pada tahun 1980-an. Zhang Ying sentiasa membantu dan menyokong Jack. Malah, Zhang Ying yang mengajar Jack bahasa Inggeris!
#9 Bernard Arnault dan Hélène Mercier
Bernard adalah pemilik jenama Dior, Givenchy, Selin, Lacroix, Kenzo, Guerlain, Sephora, Hennessy, Moёt & Chandon, Dom Perignon, Pommery, Veuve Clicquot, dan rumah fesyen Krug.
Kekayaan: $30 bilion
Tempoh perkahwinan: 26 tahun.
Keistimewaan isteri: Mereka bercinta atas dasar connection yang dibina. Helene adalah seorang pemain piano dan Bernard amat menggemari muzik klasik.
#10 David dan Julia Koch
David Koch adalah ketua syarikat Koch Industries, yang memiliki kepakaran dalam bidang perdagangan, pelaburan, pemprosesan minyak, pengeluaran bahan kimia, bahan tiruan dan plastik.
Kekayaan: $40 bilion
Tempoh perkahwinan: 20 tahun.
Keistimewaan isteri: Julia jarang muncul di khalayak ramai dan mendedikasikan masanya untuk mengurus badan amal dana Koch.
Semoga perkongsian ini memberi inspirasi kepada anda untuk tidak tunduk pada erti “kemewahan” dan sentiasa menyokong malah menjadi tulang belakang kepada suami tercinta. Mari kita eratkan ikatan ini dengan nilai kasih sayang yang sebenar.
Sumber rujukan: Bright Side dan Business Insider
Kredit gambar: The New York Times