Sibuk dengan kerja dan anak-anak membantutkan keinginan anda untuk lebih bermanja-manja dengan pasangan? Jangan risau lagi. Kami ada sebuah penemuan yang boleh membantu anda!
Tahukah anda yang keinginan untuk bermanja-manja dengan pasangan ini sebenarnya boleh didorong oleh beberapa perkara? Antaranya adalah makanan! Menurut Dr Ava Cadell, seorang pakar seks —
“Setiap jenis makanan mempunyai nutrisi yang berbeza dan boleh mempengaruhi keghairahan nafsu seksual manusia.”
Anda sendiri tahu bagaimana hubungan seks mampu membuat wanita lebih cantik, kan? Jadi jom? Goda nafsu suami dengan menambat perutnya pula.
Alah, anda boleh beli semua makanan-makanan ini di pasaraya nanti ketika membeli-belah barang dapur.
Lagipun, tiada apa yang lebih seronok dan sedap melainkan makan malam yang romantis dan… seks, hehe.
Mari lihat apakah 10 jenis makanan yang boleh meningkatkan ghairah seks ini:
#1 Buah avakado
Dulu, masyarakat Aztec memanggil buah avakado sebagai “buah zakar” kerana bentuknya. Buah avakado adalah sejenis buah peningkat nafsu kerana ia diperkaya dengan lemak tak tepu dan rendah kandungan lemak tepu. Maka, ia bagus untuk jantung. Pengaliran darah yang lancar ke jantung akan mengurangkan risiko mati pucuk.
#2 Kacang badam
Kacang badam terbukti mampu meningkatkan ghairah seks. Ia padat dengan nutrien dan mineral seperti zink, selenium dan vitamin E. Cuba minum susu badam daripada Restoran Kapitan! Sedap dan…
#3 Buah strawberi
Warna merah sebenarnya memberi kesan yang lebih mendalam, tanpa kita sedar. Jika anda memakai dress berwarna merah, pasti lebih seksi. Buah stawberi padat dengan asid folik dan vitamin B yang membantu menghindari kecacatan dalam kelahiran dan meningkatkan jumlah sperma! Buah seksi ini juga mengandungi methlxanthines, yang meningkatkan nafsu. Jom cuba!
#4 Tiram & makanan laut
Dulu, kasanova pada zaman Renaissance makan hampir 50 tiram setiap pagi untuk mengekalkan kehebatan seksnya. Makanan laut atau tiram amat bagus untuk kesihatan seks. Tiram mengandungi zink yang boleh meningkatkan nafsu.
#5 Kerang
Kerang mengandungi dopamin, sejenis hormon yang meningkatkan ghairah seks. Kandungan zink dalam kerang juga sangat tinggi, dan boleh meningkatkan penghasilan sperma dalam badan lelaki.
#6 Coklat
Coklat mengandungi serotonin dan phenylethylamine, sejenis hormon gembira yang boleh menukar mood menjadi lebih positif. Dengan pemanis mulut ini, anda boleh menggoda pasangan sehingga dia gembira dan bersedia ke ranjang!
#7 Pisang
Pisang adalah salah satu buah yang paling bermanfaat untuk suami anda. Ia mengandungi bromelain, sejenis bahan yang boleh meransang potensi seks lelaki. Selain itu, pisang juga padat dengan vitamin B dan potassium, yang melawan stress.
#8 Buah Pelaga
Menurut Doktor Ayurvedic, buah pelaga boleh mengubah mood seseorang untuk menginginkan seks secara tiba-tiba. Tambahan lagi, buah pelaga mengandungi cineole yang merangsang sistem saraf pusat.
#9 Daun saleri
Saleri mampu merembeskan androstenone, sejenis molekul yang merangsang diri untuk terus berjaga. Selepas menguyah daun ini, tubuh anda akan melepaskan hormon pheromones yang menjadikan anda mudah tertarik pada pasangan.
#10 Bawang putih
Bawan putih mengandungi allicin yang membantu melancarkan pengaliran darah ke organ seks. Nanti pasangan boleh bertahan lebih lama, ehem!
Bagaimana? 10 jenis makanan ini mudah saja untuk didapatkan di mana-mana pasaraya bukan? Jadi, ubah cara pembelian anda, dan melabur dalam membeli makanan-makanan ini. Nanti… tak adalah rungutan anda tak puas dan macam-macam lagi. Lagipun, seks mampu buat wanita lebih cantik! Apa salahnya kita demand lebih sikit dari suami, kan? Hehe.
Mari ubah gaya hidup anda. Bukan untuk orang lain, untuk anda dan keluarga juga. Gaya hidup lebih sihat, hubungan seks lebih mantap! Selamat mencuba! Jangan lupa kongsikan maklumat ini untuk semua, ya?
Sumber rujukan: Tongue Chic, Dr Ava Cadell dan Doktor Ayurvedic