Tertawa kecil melihat gambar-gambar perbezaan antara seorang ibu dan bapa yang telah dikongsi oleh laman web Parenting ini. Setiap ibu bapa pasti ada pelbagai cara dan teknik kreatif dalam membesarkan anak-anak mereka.
Artikel ini bukan untuk menghukum mana-mana ibu bapa. Sebaliknya, kami ingin berkongsi “perbezaan unik” antara ibu dan bapa ketika dalam proses membesarkan anak-anak.
Mari tengok 10 perbezaan antara ibu dan bapa yang lucu ini!
Kredit gambar: Parenting
1. Ibu adalah guru, bapa adalah sahabat
Ibu seorang pelindung secara semulajadi. Habis semua benda akan mereka belajar demi anak-anak. Yang pasti, tumbesaran anak terjaga. Tapi, bapa pula sebaliknya! Bapa ingin jadi sahabat pada anak-anak. Sebab itu mereka melayan anak-anak dengan “kerja gila”!
2. Ibu mudah risau, bapa beri peluang (kadang curi peluang!)
Ibu mana yang tak mudah risau? Kalau cedera nanti macam mana? Bapa pula… anggap ibu terlalu tertekan! Mereka patut bergembira! Jom bergembira dengan bapa! (kemudian curi basikal anak — seperti gambar di atas)
3. Ibu mahu semua sempurna, bapa tidak mahu mengawal
Pastilah semua ibu mahu pembelajaran yang sempurna buat anak-anak! Tapi bapa pula tak mahu terlalu mengawal! Bagi mereka anak boleh belajar dalam pelbagai perkara, dalam pelbagai keadaan (janji tak berbahaya).
4. Ibu ingin jadi yang terbaik, bapa ingin jadi playmate untuk anak-anak
“Saya ingin jadi ibu terbaik untuk anak saya.” itu azam semua ibu. Tapi bapa pula ingin jadi playmate dengan anak-anak. Lihat bagaimana ibu ‘bersedia’ untuk mencurahkan segalanya, dan bapa yang bersedia untuk ‘beraksi’ bagi menghibur anaknya!
5. Ibu dan bapa adalah insan terbaik
Ya, mungkin cara kita besarkan anak tak sama… tapi kita masing-masing amat menyayangi anak ini, kan?
6. Cara mereka melihat dunia berbeza
Mestilah semua ibu mahu anaknya jadi princess, gitu! Bukan Hannibal Lecter yang makan orang! Uish… Tapi bagi lelaki, Hannibal Lecter atau Darth Vader adalah watak yang harus diperkenalkan pada anak-anak. Apa?!!
7. Cara mereka berfikir juga berbeza!
Gambar di atas menjelaskan segalanya…
8. Ibu terlebih teliti, bapa cepat lupa
Seorang ibu pasti tahu makanan apa yang berkhasiat untuk anak-anak. Tapi… bapa terlupa nak bawa bekalan ibu sedia, maaf!
9. Ibu ingin jadi pembimbing, bapa lebih suka bermain!
Wanita mahu suaminya menjadi lebih “matang” ketika melayan anak-anak, tapi lelaki pula mahu isteri mereka lebih “terbuka” dan menikmati suasana. Janji anak-anak seronok sudahlah! Kan?
10. Teratur atau… janji boleh!
Ibu yang teliti akan memastikan semua perkara teratur. Tapi bagi seorang bapa, asal perkara tersebut tidak membahayakan anak mereka, semua boleh!
“Janji boleh, yang!” kata mereka.
Tak kisahlah bagaimana seorang ibu dan bapa menjaga anak-anak mereka, janji mereka dibesarkan dengan elok dan selamat!
Buat ibu bapa di luar sana, walaubagaimanapun perbezaan antara kalian dan pasangan dalam menjalankan tugas ibu bapa, jangan lupa lakukan perkara ini:
- Berkomunikasi dengan terbuka
- Tidak tertekan dengan pasangan. Tekanan mampu menimbulkan konflik pada anak-anak.
- Kanak-kanak akan bijak mencari cara untuk mendapatkan sesuatu. Jika pasangan anda membenarkan ia, biarkan saja. Janji ia tidak membahayakan.
Selamat bergembira membesarkan anak-anak, wahai ibu bapa sekalian!
Nikmati masa ini, kerna nanti mereka (anak-anak kita) akan membesar dan memiliki keluarga atau kehidupannya sendiri. Waktu ini saja anda ada untuk menikmati masa bernilai dengan mereka!