10 Perkara Anda Tidak Tahu Tentang Pembedahan Caesarean

1 daripada 3 wanita akan melalui pembedahan caesarean untuk melahirkan anak. Tapi, ada 10 perkara anda tak tahu tentang pembedahan ini! Jom sediakan diri anda.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Jika anda memang dijadualkan untuk melalui pembedahan caesarean, doktor yang bertugas pasti telah menerangkan semua perkara tentang proses ini, kan? 

Ataupun… anda tak sangka langsung yang anda akan melalui pembedahan caesarean. Mulanya ingat anda akan melahirkan bayi secara normal saja. Tapi, tiba-tiba… kena bedah pula!

Hakikatnya, 1 daripada 3 wanita akan melalui pembedahan caesarean untuk melahirkan anak – kerana ia proses yang lebih selamat untuk ibu dan bayi mereka. 

Akan tetapi… ada 10 perkara yang anda tak tahu langsung tentang pembedahan ini! Jom ketahui apakah perkara tersebut. Bolehlah anda kurangkan sikit debaran yang memuncak di hati itu!

10 Perkara Yang Anda Tidak Tahu Tentang Pembedahan Ini!

1 – Anda pakai baju, tapi nanti akan dibuka juga!

Ya betul. Anda akan dipakaikan baju, tapi nanti anda terpaksa membukanya juga. Bukan apa, pembedahan akan berlangsung daripada bahagian atas leher hingga ke bawah. Jadi, tak perlu pun pakai jubah pembedahan itu!

2 – Anda akan rasa bayi ditarik keluar

Walau dalam pelbagai cara atau di bawah sebarang pengaruh ubat pelali pun! Jika anda sudah biasa dengan pembedahan, anda pasti kenal rasa “menyakitkan” seperti ada bayi yang ditarik dari perut. 

3 – Anda mungkin akan diikat

Alamak! Macam kejam saja? Jangan risau. Memang sesetengah hospital akan mengikat bahagian atas lengan anda untuk mengelak anda meragut bayi nanti.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Perbuatan meragut bayi itu boleh mencemarkan pembedahan dan mendatangkan jangkitan! Jadi, perbuatan mengikat anda adalah untuk melindungi kalian. 

4 – Kakitangan hospital cakap perkara rawak

Jika anda tidak dikenakan suntikan pelali, besar kemungkinan anda akan dengar semua perbualan kakitangan hospital yang sedang bertugas “membelah” perut itu. Lucu? Mungkin.

Tapi lebih kepada takut. Kenapa mereka boleh rileks saja bersembang, sedangkan anda nak beranak ni???!!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Jangan takut. Itu tanda yang doktor dan kakitangannya sudah cekap menjalankan tugas. Mereka tahu apa yang mereka lakukan. 

5 – Pasangan anda akan panik dan terkejut

Pasangan anda mungkin akan tiba selepas perut itu telah dibelah. Doktor akan memberi amaran untuk mereka “fokus” pada muka anda saja.

Tapi, biasalah… nanti mereka akan tertengok segala perkara yang terjadi ketika proses pembedahan itu! Dengan semua darah… Err, dan mereka akan panik! 

Jika pasangan anda kelihatan terkejut, ingatkan dia apa tujuan dia masuk ke dalam bilik pembedahan – untuk bantu dan pegang tangan anda!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

6 – Sebahagian badan anda akan kebas

Sebahagian badan anda akan kekebasan. Daripada bahagian bawah ketiak atau dada hingga ke bahagian pembedahan. Yang seronoknya, anda takkan rasa sebarang kesakitan!

Tapi ada sesetengah ibu mengatakan bila mereka tak rasa “kesakitan” itu, mereka rasa “tiada ikatan” dengan bayi baru lahir.

Hey! Jangan berfikiran demikian. Fokus pada apa yang penting: Ada bayi dalam kandungan anda. Dan anda akan melahirkannya! Tak sabar nak jumpa anak ibu!!

7 – Anda boleh minta untuk tengok bayi keluar dari perut

Memang ada kain (drape) yang akan melindungi anda daripada melihat apa yang terjadi “di bawah sana”.

Tapi, anda boleh minta untuk tengok semua momen ini. Lebih-lebih lagi saat bayi ditarik keluar dari perut! 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Sesetengah hospital menawarkan prosedur pembedahan caesarean “untuk keluarga”. Dengan prosedur ini, kain yang melindungi anda itu akan diganti dengan kain plastik yang lebih jelas.

8 – Pembedahan akan tamat lebih awal dari yang dijangka

Hakikatnya, keseluruhan prosedur pembedahan hanya mengambil masa selama 40 minit (jika tiada sebarang komplikasi).

Ini termasuk masa untuk menjahit perut anda juga! Jadi, memang proses pembedahan lebih cepat dari yang anda jangka.

9 – Kebas ketika menyusu badan buat kali pertama

Anda mungkin akan berasa kebas walaupun selepas pembedahan tamat. Sebab itu tika ingin memberi susu badan buat pertama kali, anda tak akan rasa apa-apa langsung!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Tapi jangan bimbang, pembimbing susu badan akan ada di sana untuk membantu anda. Lagipun, anda ada banyak masa untuk belajar.

10 – Semuanya akan kembali tenang

Percayalah. Sebaik saja bayi yang baru anda lahirkan itu diletakkan dalam tangan anda, semua ketakutan dan kesakitan yang anda rasai tadi akan hilang.

Semuanya kembali tenang. Yang menjadi fokus adalah anak dalam tangan anda itu.

Nikmatilah fasa melahirkan anak yang penuh dengan keajaiban ini dengan tenang. InsyaAllah, semuanya akan berjalan dengan lancar.

Tak sabar nak mendukung bayi sendiri, kan? Tahniah semua ibu yang baru melahirkan anak tersayang di luar sana! Nikmati fasa baru sebagai seorang ibu, ya!

Sumber rujukan: What To Expect

Penulis

Ayu Idris