10 Perkara yang tidak patut disebutkan kepada si kecil

Amalkan kaedah keibubapaan positif dengan mengelakkan daripada mengatakan perkara-perkara berikut. Dengan berbuat demikian, anda mengelakkan mencederakan mereka secara emosional dan mengekalkan harga diri mereka.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Tanggungjawab sebagai ibu bapa sememangnya bukan mudah. Ibu bapa bukan sahaja bertanggungjawab menjaga kebajikan dan kesihatan anak, malah harus pandai menjaga hati anak, walau senakal manapun anak anda.

Pendekatan yang berhemah dan berdiplomasi harus dilakukan untuk mendidik anak kecil, terutamanya anak kecil yang jenis manja dan degil. Berikut adalah perkara yang tidak patut diucapkan atau disebutkan kepada si kecil.

"Itu pun nak merajuk!"

Anak kecil mempunyai jiwa yang halus dan mudah berkecil hati terhadap perkara yang remeh-temeh. Sebagai orang dewasa, kita tidak boleh menyamakan pemikiran kita dengan anak kecil.

Orang dewasa haruslah menggunakan pendekatan yang halus untuk memujuk hati si kecil. Perkara yang remeh temeh seperti mainan hilang, terlepas rancangan kartun di televisyen boleh membuatkan hati si kecil sedih. Cuba memujuk si kecil dengan baik merupakan pendekatan yang berhemah.

"Bencinya aku tengok perangai kau!"

Anak kecil belum matang fikirannya akan mengucapkan perkataan yang tidak sepatutnya diucapkan kepada orang lain.Sebagai penjaga kepada si kecil, adalah perlu untuk mendidik mereka supaya mengucapkan perkataan yang elok-elok sahaja.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Sebagai ibu bapa yang mempunyai pemikiran yang matang, elakkan membalas balik apa yang anak anda ucapkan kerana perkataan negatif yang diucapkan oleh anda akan melukakan hati si kecil.

"Kenapa tak boleh jadi macam Along dan Angah??"

Elakkan membandingkan anak anda dengan anak yang lain. Cara anda yang suka membandingkan kelebihan yang ada pada anak anda yang lain membuatkan anak anda berasa tersinggung dan merasakan anda ibu bapa yang pilih kasih.

Ini boleh mewujudkan perasaan cemburu, sikap persaingan antara adik beradik serta dendam apabila mereka meningkat dewasa. Sebagai ibu bapa, anda haruslah mencungkil bakat dan kelebihan yang ada pada anak masing-masing, dan bukan mengungkit kelemahannya. Kekurangan yang ada pada anak anda boleh diperbaiki dari masa ke semasa.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

"Pergi, jangan kacau ibu dengan babah kat sini, kami sibuk!"

Anak anda masih kecil dan perlukan perhatian dari ibu bapanya, lebih-lebih lagi semasa anda sibuk. Sebagai ibu bapa yang bijak, anda haruslah mengalihkan perhatiannya daripada terus mendapatkan perhatian anda semasa anda tengah sibuk dengan urusan anda seharian.

Lekakan anak anda dengan permainan, atau tidurkan mereka adalah langkah yang baik supaya anda mudah fokus dengan urusan anda seharian.

"Masa mak muda macam kau dulu..."

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Walaupun anak anda lebih beruntung berbanding anda yang diahirkan pada zaman ekonomi mundur ketika dahulu, tetapi anda tidak boleh menceritakan masa silam anda. Anak anda tidak akan peduli kerana mereka tidak akan merasa apa yang anda rasa dahulu.

Jika anak anda tidak tahu erti bersyukur, didiklah anak anda supaya lebih menghargai dan bukan bercakap mengenai masa silam anda.

"Kau ni 'bodoh' la!"

Elakkan mengucapkan perkataan yang kesat terhadap anak-anak. Sebagai ibu bapa, adalah normal untuk anda terasa anak anda merimaskan. Tetapi jiwa anak-anak yang riang dan gembira hanya mahu bermain dan menarik perhatian anda.

Cuba tukar suasana kerja di dapur atau di rumah kepada suasana kerja yang menyeronokkan untuk anda dan anak anda supaya ia boleh menjadi masa yang berharga untuk diluangkan bersama.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

"Jangan berkawan dengan dia!"

Kenali teman atau kawan anak anda, tetapi jangan tentukan kawan yang mana baik untuk mereka. Berikan kebebasan untuk mereka memilih. Tetapi, jika benar teman rapat anak anda memberikan contoh yang buruk untuk anak anda, berbincanglah dengan anak anda supaya mereka tahu apa yang terbaik untuk mereka sendiri.

"Jangan menangis lagi!"

Dengan berkata sedemikian, anda bukan dapat memujuk anak supaya berhenti menangis, tetapi membuatkan si kecil bertambah sedih. Pujuk dan tanya mereka apa yang boleh membuatkan mereka sedih adalah lebih efektif daripada menengkingnya.

"Dengar je lah cakap ibu! Tak payah banyak soal"

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Anak kecil memang dikurniakan sifat ingin tahu yang tinggi. Dengan tidak memberikan sebab yang kukuh atas setiap tindakan anda membuatkan mereka menjadi pasif.

"Sudahlah makan tu!"

Jika anak anda terlalu banyak makan, ajak anak anda bermain di luar pada sebelah petang atau beriadah. Terlalu mengongkong anak anda di rumah menyebabkan anak anda merasa tidak selamat di rumah sendiri.

Rencana diterjemahkan dari The Asian Parent

Penulis

Michelle Goh