Sikap keibubapaan
Setiap ibu bapa ada cara didikannya yang tersendiri.
Ada ibu bapa yang lebih rileks dan melayan anak-anak seperti teman tapi ada juga ibu bapa yang amat berdisiplin.
Memang kita terbuka untuk melakukan kesilapan. Lebih-lebih lagi dalam usaha untuk membesarkan anak.
Tapi kita sebenarnya hanya nak yang terbaik untuk anak kita, kan?
Tiada sikap keibubapaan yang salah atau betul. Akan tetapi… ada beberapa sikap yang boleh menjejaskan anak-anak anda!
Jadi, jangan buat 10 perangai ini:
1. Tak beri sokongan dan rasa “selamat”
Ada sesetengah ibu bapa percaya kalau mereka “tunjuk keras”, anak akan lebih dengar cakap dan bijak berdikari. Tapi sebenarnya, mereka perlukan kasih sayang anda.
Mereka perlu rasa “selamat”. Barulah mereka belajar daripada kesilapan!
2. Kritik setiap perbuatan anak
Sentiasa kritik perbuatan anak anda adalah perkara yang tak sihat! Ia akan buat kanak-kanak tiada keyakinan diri dan tak mahu mencuba benda baru.
Cuba imbangkan antara kritikan positif atau negatif. Jangan jatuhkan keyakinan mereka!
3. Ejek atau buat lawak yang melukakan hati
Sebenarnya, jika anda kerap mengejek atau membuat lawak yang melukakan hati mereka, anda sedang mendera mereka secara emosi!
Kalau anda rasa anak anda memerlukan nasihat, cuba cakap secara peribadi dengan mereka. Jangan ejek di depan orang ramai!
4. Salahkan semuanya pada anak
Ini satu lagi penderaan emosi yang memberi kesan buruk pada anak-anak anda! Risau nanti mereka akan membesar tanpa keyakinan diri.
5. Nak perhatian anak sepenuhnya
Ada ibu bapa fikir kehidupan anak ini hanya untuk mereka. Sebenarnya, anak-anak ada kehidupan mereka sendiri.
Jangan paksa mereka untuk beri perhatian pada anda sepanjang masa. Beri mereka ruang. Nanti mereka akan faham yang mereka memerlukan anda.
6. Tak bagi anak luahkan fikiran dan emosi
Jangan besarkan anak-anak anda dengan peraturan “anak lelaki tak menangis“, atau “anak perempuan perlu lelaki“. Biar mereka kongsi buah fikiran dan emosi mereka. Ia boleh mengelakkan kemurungan atau kesunyian.
7. Terlalu tegas hingga anak takut
Disiplin dan takut adalah dua perkara berbeza. Anda nak mereka hormat keputusan anda sebagai ibu bapa. Bukannya “takut” pada keputusan anda.
Jika mereka terlampau takut pada anda, mereka takkan mesra dan rapat lagi dengan kalian. Hubungan kalian mula renggang.
8. Kawal anak dengan duit dan perasaan bersalah
Anda tak patut mengharapkan “balasan” bagi setiap kasih sayang yang anda beri. Itu memang tugas seorang ibu bapa, pun!
Jadi, jangan sesekali cuba “beli” anak-anak dengan duit atau perasaan bersalah. Ia takkan kekal lama.
9. Mendiamkan diri
Anda ibu bapa atau anak-anak? Kenapa beri silent treatment pada anak-anak bila anda marah? Cuba cakap dengan mereka dan terangkan kenapa anda marah. Nescaya mereka akan faham nanti.
10. Paksa anak jadi diri dan impian anda
Anda amat mementingkan diri sendiri jika anda memaksa anak-anak menjadi “diri” anda. Ya, mungkin anda peguam berjaya. Tapi ini tak bermaksud anak-anak anda perlu jadi peguam juga, betul tak?
Biar mereka buat keputusan dalam kehidupan mereka. Janji mereka gembira!
Anda tak mahu buat masalah dengan anak-anak, kan? Jagalah hubungan kalian sebaiknya. Kelak anak anda akan menghormati dan menyayangi anda sepenuh hati mereka.
Sumber rujukan: Peace Quaters
Baca juga:
Jangan Sebut 8 Ayat Pedas Ini Pada Anak, Buruk Padahnya! – Pakar Psikologi