10 Tabiat Yang Ada Pada Pasangan Paling Bahagia

Nak bahagia dalam perkahwinan bukan boleh terus jadi serta-merta. Pasangan yang bahagia terbukti melakukan 10 tabiat ini untuk mengikat rumah tangga mereka.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Perhubungan bukanlah sesuatu yang mudah.

Dan kebanyakan orang yang ada hubungan yang bahagia akan beritahu anda yang ia memerlukan banyak usaha, saling memahami, dan kesabaran yang tinggi untuk mencapainya.

Dan mereka juga akan mengalalkan beberapa tabiat yang mampu merapatkan hubungan di antara satu sama lain.

Berikut adalah 10 tabiat yang ada pada pasangan paling bahagia:

1. Mereka mencium pasangan semasa berjumpa dan berpisah

Kredit: The Open Mind

Dr. Samantha Rodman, seorang ahli psikologi dan jurulatih ‘dating’ (dating coach), berkongsi tentang kepentingan mencium pasangan anda semasa berjumpa dan berpisah.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

“Tabiat ini memastikan anda berhubung, walau untuk seketika, sekurang-kurangnya dua kali sehari. Ramai yang tidak bahagia dengan hubungan mereka mengatakan mereka tidak ingat bila kali terakhir mereka mencium pasangan semasa berjumpa dan berpisah. 

Apabila anda meluangkan masa untuk melihat mata pasangan anda dan mencium mereka, ini menunjukkan anda mengutamakan hubungan walaupun di pagi dan petang yang sibuk.

2. Bergaduh, tetapi tidak akan melampaui batas

Pasangan yang bergaduh adalah normal, ia adalah sebahagian daripada perhubungan yang sihat. Namun apa yang membezakan dengan hubungan bahagia ialah, mereka tidak akan melampaui batas.

Menghina satu sama lain atau mengungkit permasalahan lama bukanlah apa yang patut dilakukan.

Berusaha untuk lebih konstruktif dan berbincang secara baik di antara satu sama lain tanpa melukakan perasaan dan fikizal pasangan.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

3. Memuji satu sama lain

Memberi pujian ikhlas dan ringkas sebenarnya memberi kesan yang sangat mendalam. Ini sebabnya mengapa anda tidak patut malu untuk memuji pasangan anda.

Kredit: Lifehack

Bukan hanya tentang paras rupa mereka, tetapi juga untuk makanan yang mereka masak, kerja rumah atau penat lelah mencari rezeki hari ini, atau hanya kerana telah menjadi ibu/bapa yang terbaik buat anak anda.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Ia membuatkan pasangan rasa yang anda sangat berbangga dengan mereka dan menghargai mereka.

4. Fokus pada benda positif, bukan negatif

Karl Carroll, ahli terapi pasangan berkongsi:

“Perspektif positif merupakan trend di kalangan pasangan bahagia selama berdekad berdasarkan kajian oleh The Gottman Institute. Ia merupakan satu tabiat yang meningkatkan kehangatan, kemesraan dan perasaan disukai oleh pasangan.

Ini tidak bermakna perlu meletakkan standard perhubungan di tahap rendah.

Tetapi apabila pasangan ini melihat masalah yang seakan selama-lamanya, mereka akan mencari humor di dalam perbezaan mereka dan berusaha berkompromi supaya mereka lebih menghargai pasangan mereka seadanya.

5. Mereka tidak malu menunjukan kemesraan

Aaron Anderson, ahli terapi perkahwinan dan kekeluargaan berkata:

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

” Tunjuk kemesraan mungkin nampak bodoh dan menjijikan depan anak-anak, tapi ia berkesan Pasangan paling bahagia tidak takut menunjukan kemesraan mereka terhadap satu sama lain – walaupun di tempat umum. Jadi, pergi dan pegang tangan pasangan anda apabila anda membeli-belah di pusat beli belah atau peluk mereka apabila menonton filem bersama rakan-rakan. Ia akan membawa hubungan anda dan pasangan anda lebih jauh.

6. Beritahu pasangan apa yang diperlukan

Pasangan yang bahagia akan menyatakan dengan jelas apa yang mereka perlukan.

Mereka tidak akan menjadikan aktiviti meneka keperluan pasangan sebagai permainan teka-teki. Dengan sentiasa berharap pasangan kita untuk faham keperluan kita adalah resipi kepada kegagalan.

Komunikasi yang konstant dan bersikap terbuka dengan satu sama lain adalah tabiat yang sangat penting.

7. Berhubungan semula

Pasangan perlu ada komitmen untuk memupuk hubungan dan bukan sekadar berharap ia terjadi.

Contohnya, dipermulaan perhubungan, kebanyakkan pasangan tidak dapat melepaskan tangan sesama mereka. 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Setelah sekian lama dalam perhubungan, pasangan tidak dapat melepaskan tangan dari telefon dan komputer.

Pasangan yang berusaha untuk mengutamakan masa bersama, memperlihatkan keintiman dan berterusan mempelajari dan meningkatkan kualiti hubungan seks, adalah yang paling bahagia.

Kredit: Huffington Post

8. Mereka ketawa dengan banyak

Apabila pasangan tidak mahu ketawa bersama, perhubungan mereka mengalami risiko untuk kehilangan nilai keseronokan dan semangat. 

Jadi, ketawalah!

9. Duit adalah perkara yang mereka ambil masa untuk bincang

Kurt Smith dari guystuffcounseling.com berkata:

“Bergaduh sebab duit adalah punca utama penceraian. Malangnya, kebanyakan pasangan mengelak untuk bercakap tentang duit sehingga mereka mempunyai masalah kewangan yang sangat besar dan tidak dapat dielakan lagi.

10. Mereka memberi pasangan mereka kelebihan untuk tidak meragui

Ingatkan pasangan anda yang kalian di pihak yang sama dan saling mengambil berat antara satu sama lain.

“Memberikan pasangan anda kelebihan untuk tidak meragui adalah kekuatan kepada hubungan yang bahagia. ” Kata Dr. Marie Land, seorang ahli psikologi.

Penulis

Aqma