TAP top app download banner
theAsianparent
theAsianparent
EnglishMalay
Panduan Produk
  • Menjadi ibu bapa
  • Anak
  • Keibubapaan
  • Kesihatan
  • Penyusuan & Pemakanan
  • Pendidikan
  • Gaya Hidup
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beriklan Dengan Kami
  • Komuniti
Log Masuk
  • EnglishMalay
    • Artikel
  • Menjadi ibu bapaMenjadi ibu bapa
  • AnakAnak
  • KeibubapaanKeibubapaan
  • KesihatanKesihatan
  • Penyusuan & PemakananPenyusuan & Pemakanan
  • PendidikanPendidikan
  • Gaya HidupGaya Hidup
  • TAP CadanganTAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan#PendidikanKewangan
  • Beli-BelahBeli-Belah
  • VIPVIP
  • Siaran MediaSiaran Media
  • Beriklan Dengan KamiBeriklan Dengan Kami
  • KomunitiKomuniti
    • Komuniti
  • Poll
  • Gambar
  • Makanan
  • Resipi
  • Topik
  • Baca Artikel
    • Tracker
  • Tracker Kehamilan
  • Tracker Bayi
    • Ganjaran
  • GanjaranGanjaran
  • Pertandingan
  • VIP ParentsVIP Parents
    • Lagi
  • Maklum Balas

Polisi PrivasiGaris Panduan KomunitiPeta Laman Web

Muat turun app percuma kami

google play store
app store

10 tempat 'shopping' di KL mesti dikunjungi!

6 Aug, 2013

Masih belum puas membeli-belah untuk keperluan Hari Raya tahun ini? Kami bawakan 10 tempat popular untuk membeli belah barangan persiapan hari raya aidilfitri di Kuala Lumpur sebagai panduan anda.

Jalan Masjid India

Jalan Masjid India

Tidak lengkap jika mengadakan Kuala Lumpur shopping tanpa menjejakkan kaki ke Jalan Masjid India dan Jalan Raja Alang. Sebut saja barangan hari raya apa yang dicari semuanya ada di sini. Paling penting ia unggul dengan tiga elemen penting – pilihan pelbagai, terkini dan murah berbanding tempat lain di seluruh Malaysia. Termasuk yang terkenal dengan jualan murah barangan berjenama seperti beg tangan, kasut dan pakaian – Sogo dan deretan kedai pakaian dan kain ela. Jika anda hanya punyai masa untuk satu sesi Kuala Lumpur shopping anda, pilihlah pusat membeli-belah ini kerana semua yang anda perlukan termasuk langsir dan hiasan rumah boleh di cari di sepanjang jalan ini.
Mid-Valley Megamall

Mid-Valley Megamall

Mid Valley merupakan pusat membeli-belah untuk Kuala Lumpur shopping dalam bangunan yang juga menawarkan kepelbagaian yang tidak terhad kepada pakaian dan aksesori badan. Inginkan yang murah atau yang mahal tetapi kualiti yang baik, di sini terkumpul banyak kedai dan pusat pasaraya yang terkenal dan disukai ramai. Layari laman web https://www.midvalley.com.my/ sebagai panduan kedai dan barangan yang ditawarkan.
Sungei Wang

Sungei Wang

Sungei Wang adalah pasaraya tertua di tengah kotaraya Kuala Lumpur, yang mula dibuka pada 1977. Terkenal dengan tempat kedua terbaik untuk barangan komputer dan IT selepas Plaza Low Yat, ia menawarkan barangan seperti pakaian, soft toys, aksesori badan, buku dan barangan hiburan. Rancang Kuala Lumpur shopping anda di sini dengan melawati www.sungeiwang.com.
Suria KLCC

Suria KLCC

Inginkan tempat membeli belah yang santai tetapi mengujakan? Boleh saja lakukan Kuala Lumpur shopping di Suria KLCC. Lebih kecil berbanding Mid Valley namun amat selesa dan boleh menjamu mata dengan hiasan dan lanskap yang menarik serta menawarkan beberapa pilihan butik pakaian Melayu dan moden dan kedai berjenama. Layari https://www.suriaklcc.com.my untuk maklumat kedai di sana.
The Pavillion

The Pavillion

Berhampiran dengan Plaza Bukit Bintang, pusat membeli-belah ini dianggap sebagai high-end kerana menawarkan kedai dan butik pelbagai pakaian, aksesori badan dan minyak wangi yang berjenama serta glamour. Layari https://www.pavilion-kl.com/ untuk melihat tawaran yang diberikan.
The Mall

The Mall

Pernah mendapat gelaran Pusat Membeli-belah Terbesar di Malaysia, The Mall juga merupakan pusat membeli-belah yang terawal di bandaraya Kuala Lumpur. Antara yang ada di sana termasuk butik-butik pakaian baju kurung, baju melayu dan moden yang pelbagai, barangan aksesori badan dan koleksi pakaian untuk hari raya aidilfitri pada harga yang amat berpatutan dan tidak mahal walaupun dengan jenama.
Ampang Park

Ampang Park

Walaupun pusat membeli-belah ini agak kurang mendapat sambutan setelah pelbagai pusat membeli-belah baru muncul di sekitar Kuala Lumpur, namun untuk barangan hari raya aidilfitri di sini tempatnya untuk anda dapatkan pelbagai butik pakaian terutama baju kuraung dan baju melayu serta jubah dan aksesori termasuk beg, kasut dan barangan penjagaan kulit. Layari https://ampangpark.com.my/#1 untuk direktori kedai.
Plaza GM

Plaza GM

Jika anda punyai bilangan ahli keluarga yang ramai, apa kata singgah untuk Kuala Lumpur shopping anda di Plaza GM, Jalan Chow Kit. Berkonsepkan jualan borong, anda dapat memiliki barangan dalam kuantiti yang banyak pada harga yang amat rendah. Anda boleh temui semua yang diperlukan untuk persiapan hari raya aidilfitri termasuk pakaian Melayu dan moden, aksesori badan, minyak wangi, hiasan rumah, peralatan bilik dan pelbagai lagi. Namun, perlu diingatkan, barangan di sini bukan berjenama dan bagi yang tidak suka bersesak, ini bukanlah tempatnya. Menjadi tumpuan pembeli dan penjual runcit, Plaza GM sentiasa dipenuhi pembeli yang ramai. Layari https://www.plazagm.com.my sebagai panduan.
One Utama

One Utama

Pusat membeli-belah ini sangat bersaiz besar dan baru saja menambah wing yang baru pada tahun ini, menambah lagi koleksi barangan yang ditawarkan. Anda boleh dapati hampir semua yang anda inginkan untuk persediann hari raya aidilfitri termasuk pakaian Melayu dan moden, aksesori badan, minyak wangi, hiasan rumah dan bilik serta pelbagai lagi. Untuk senarai penuh, layari https://www.1utama.com.my.
Berjaya Times Square

Berjaya Times Square

Antara yang terbesar di tengah bandaraya Kuala Lumpur, ia menempatkan pelbagai pilihan pakaian moden termasuk middle-eastern. Mungkin bukan pilihan untuk pakaian Melayu, anda boleh dapatkan persiapan lainnya di sini sambil bersantai. Layari https://www.timessquarekl.com untuk direktori kedai.
Seterusnya
img

Penulis

Siti Manisah Ngalim

  • halaman rumah
  • /
  • Fesyen
  • /
  • 10 tempat 'shopping' di KL mesti dikunjungi!
Kongsikan:
  • Tips Makeup Tahan Lama Dan Tak Bercapuk, Cuba Cara Ini Barulah Flawless!

    Tips Makeup Tahan Lama Dan Tak Bercapuk, Cuba Cara Ini Barulah Flawless!

  • 14 Baju Tema Merdeka Kanak-Kanak Lelaki & Perempuan, Idea Baju Yang Unik Dan Menarik!

    14 Baju Tema Merdeka Kanak-Kanak Lelaki & Perempuan, Idea Baju Yang Unik Dan Menarik!

  • Pewarna Rambut Halal Terbaik! Ini Senarai Pewarna Rambut Yang Boleh Digunakan Tanpa Was-Was, Ibu Hamil Pun Boleh Cuba

    Pewarna Rambut Halal Terbaik! Ini Senarai Pewarna Rambut Yang Boleh Digunakan Tanpa Was-Was, Ibu Hamil Pun Boleh Cuba

  • Tips Makeup Tahan Lama Dan Tak Bercapuk, Cuba Cara Ini Barulah Flawless!

    Tips Makeup Tahan Lama Dan Tak Bercapuk, Cuba Cara Ini Barulah Flawless!

  • 14 Baju Tema Merdeka Kanak-Kanak Lelaki & Perempuan, Idea Baju Yang Unik Dan Menarik!

    14 Baju Tema Merdeka Kanak-Kanak Lelaki & Perempuan, Idea Baju Yang Unik Dan Menarik!

  • Pewarna Rambut Halal Terbaik! Ini Senarai Pewarna Rambut Yang Boleh Digunakan Tanpa Was-Was, Ibu Hamil Pun Boleh Cuba

    Pewarna Rambut Halal Terbaik! Ini Senarai Pewarna Rambut Yang Boleh Digunakan Tanpa Was-Was, Ibu Hamil Pun Boleh Cuba

Feed

Feed

Dapatkan artikel yang bersesuaian tentang keibubapaan, gaya hidup, dan pendapat pakar, hanya di hujung jari anda!

Poll

Poll

Sertai poll yang menarik dan lihat apa ibu bapa lain fikir

Gambar

Gambar

Kongsi gambar insan tersayang anda secara selamat.

Topik

Topik

Sertai komuniti kami untuk lebih rapat dengan ibu atau ayah lain.

Tracker

Tracker

Pantau kehamilan anda, malah juga tumbesaran bayi dari hari ke hari!

theAsianparent

Muat turun app percuma kami

Google PlayApp Store

Ibu di Seluruh Dunia

Singapore flag
Singapore
Thailand flag
Thailand
Indonesia flag
Indonesia
Philippines flag
Philippines
Malaysia flag
Malaysia
Vietnam flag
Vietnam

Partner Brands

Rumah123VIP ParentsMama's ChoiceTAP Awards

© Copyright theAsianparent 2026 . All rights reserved

  • Tentang Kami
  • Polisi Privasi
  • Terma dan Syarat
  • Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham