19 SEPTEMBER 2022 ❤️

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Hiii, tarikh keramat yang takkan pernah dilupakan. Second pregnancy memang agak hardcore berbanding anak sulung. Alahan teruk, pemakanan semua tak seimbang, hb sentiasa low tapi nasib baik tak sampai kena inject. Patut due 20hb september, tapi dia nak keluar awal. Awal pagi pula tu, pukul 4. Sakit contraction, memula tu memang sakit. Untuk second ni, kita dah expert la. Huhu, layankan je. Starting mula sakit pukul 6ptg, kita relax dulu jalan-jalan, makan bedal apa yang patut. Makan durian. Huuuu.. Pukul 10 dah mula sakit yang amat. Itupun kita take time lagi, mandi relax, lepastu pukul 11mlm gerak pergi GH. Sampai macam biasalah, kena swab test tunggu result. Time ni cik suami memang takboleh teman. Disebabkan labour room lnya tak sesuai untuk ditemani cik suami. Lepas dapat result swab test semua, nasib negatif. Huhu.. lepastu masuk labour room.. Kena selok dengan doktor pratikal la, mak bidan la, lepastu tunggu doktor pakat pula selok. Sambil tu pasang telinga, dengar mommy lain meneran. Fuhh, yang ini rasa nak menangis je. Dengar mak bidan tu menjerit cakap dengan mommy yang nak beranak tu. Ilmu parenting, ilmu beranak ni pun kita kena belajar. Kalau tak, nanti masuk labour room terpinga-pinga. Mana yang boleh faham keadaan kita, okaylah. Mana yang berkeras tu, kita yang sedih balik. Dah settle semuanya sampai pkul 3pg. Then, dapat masuk wad. So kita okay jela, lepas tu pack barang baby sesiap. Sambil msg cik suami, sampai dia pun terlena. Lepastu, baring. Terus layankan contraction balik, ehh setengah jam kemudian, dok layan teran tarik nafas, tulang punggung bunyi "krekk". Huu memang takleh gerak dah, lepastu bunyi "pap" . Air ketuban pecah. Nak meraung tak boleh dah, orang katil sebelah yg panggilkan nurse. So semua jadi kelam kabut. Tautau kena masuk labour room, masuk masuk teran punya teran. Teran ketiga, terkeluar seketul budak kecik, alhamdulillah semuanya terpermudahkan. Bab jahit tu, jangan kata apa dah. Cik suami bangun tidur tautau dah beranak dah. Tahan jela sakitnyaa.. Tuhan je tahu, saat sebelum nak beranak dan selepas beranak tu macam mana. Tapi saat bila kita lihat si kecil tu, perasaan resah sakit semuanya hilang. Semakin kuat semangat untuk teruskan kehidupan demi mereka. Tapi itulah time ni pun si abang demam, bak kata orang tua bila nak dapat ahli baru ni si abang banyak ragam. Punyalah demam cirit birit, dia punya jauh dengan kita ni. Kita pula sedih. Pujuk hari demi hari, selepas sebulan dia okay sihat dan terima adik dia. Nampak terbit kasih sayang tu walaupun kadang -kadang ada je nak mengenakan adik dia. Yang ini kena jaga-jaga. Nak mendidik anak-anak ni perlu banyak bersabar lagi-lagi bila nak membesar. Semoga kita semua diberikan kekuatan dan ketabahan dalam meneruskan perjuangan.. ❤️

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan
Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan