24 April 2017 telah diisytiharkan oleh kerajaan sebagai hari pelepasan am tambahan sempena Istiadat Pertabalan Yang di-Pertuan Agong ke-15, Sultan Muhammad V.
Tan Sri Dr Ali Hamsa, Ketua Setiausaha Negara berkata, pengisytiharan hari kelepasan am tambahan itu dibuat berdasarkan Seksyen 8 Akta Hari Kelepasan Am 1951 (Akta 369) bagi Semenanjung Malaysia dan Wilayah Persekutuan Labuan.
Namun, bagi Sabah dan Sarawak, kerajaan negeri diminta untuk mengambil tindakan mengikut undang-undang negeri masing-masing.
Istiadat pertabalan bakal diadakan pada hari isnin bersamaan 24 April 2017 bertempat di Balairung Seri, Istana Negara, manakala pada sebelah malamnya Majlis Santapan Diraja di Dewan Santapan, Istana Negara.
Selain itu, terdapat acara lain yang akan turut diadakan iaitu majlis bacaan Yasin, doa selamat dan solat hajat di Masjid Putra, Putrajaya pada 20 April 2017 dan Pameran Raja Kita pada 2 Mei 2017, Selasa di Muzium Diraja (Istana Negara lama).
Cuti am telah diumumkan oleh kerajaan, jadi ibu dan bapa bolehlah merancang aktiviti seharian bersama anak-anak. Ketandusan idea tentang apa yang boleh dilakukan? Mari kita lihat cadangan aktiviti yang mungkin boleh membantu anda.
1. Aktiviti riadah
Habiskan masa dengan beriadah bersama-sama keluarga tersayang. Badan lebih sihat serta masa dalam di habiskan bersama insan tersayang. Anak-anak pasti teruja dapat beriadah bersama-sama ibu bapa mereka. Lakukan aktiviti bersama seperti bermain badminton atau bermain bola.
2. Membawa anak bermain di taman tertutup (indoor park)
Mungkin faktor cuaca yang tidak menentu membuatkan anda ragu-ragu untuk melakukan aktiviti luah bersama anak-anak. Tetapi, tahukah di Malaysia sudah terdapat banyak taman tertutup untuk anak-anak bermain bebas bersama ibu bapa? Antaranya ialah:
3. Menonton filem
Menonton filem juga merupakan aktiviti yang seronok dibuat bersama anak-anak. Jika anda risau suara anak anda mengganggu penonton yang lain, anda boleh memilih pawagam keluarga di mana ia tidak terlalu gelap, bunyi tidak terlalu kuat serta anak-anak boleh bermain dan membuat bising di situ. Tanjong Golden Village, TGV menawarkan servis ini.
4. Balik kampung atau bercuti
Memandangkan 24 April 2017 ialah hari Isnin, ibu bapa dan anak-anak yang bersekolah akan mendapat cuti hari minggu yang lebih panjang. Jadi, boleh pulang ke kampung melawat atuk dan nenek atau bercuti ke luar negeri.
5. Mengemas rumah
Selalukan kita tangguh untuk ‘spring cleaning’ rumah sebab ‘tidak cukup masa’. Inilah masanya, hujung minggu yang panjang untuk bersama anak-anak mengasingkan barang-barang yang sudah tidak digunakan dan didermakan kepada yang memerlukan.
Apa jua aktiviti yang anda pilih, pasti anak-anak hargai masa bersama anda. Cipta lebih banyak memori bersama mereka. Selamat merancang cuti!