24 Foto Persahabatan Bayi Dan Kucing Yang Akan Buat Hati Anda Cair

Foto-foto comel yang menampilkan persahabatan bayi dan kucing ini pasti akan buatkan anda tercuit hati. Mungkin juga teringin untuk membela seekor di rumah! Tapi, jangan lupa awasi si kecil anda bila bermain dengan si bulu ya.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Sememangnya kita tahu bahawa kucing adalah salah satu haiwan jinak yang sangat comel dan sering menjadi peliharaan di rumah-rumah.

Sehinggakan, jika ibu ayah ada membela kucing dan pada masa yang sama, ada anak kecil, perasaan jinak pada si bulu ini akan mampu menghasilkan persahabatan bayi dan kucing yang indah dan mencuit hati!

Selamatkah bela kucing jika ada bayi di rumah?

Tapi, perlu diingat juga ya, jika anda hamil atau memiliki bayi, awasilah kucing anda ketika ia berada dekat dengan si kecil.

Jika anda risau, dapatkan nasihat doktor untuk mengetahui sama ada ianya selamat atau tidak untuk anda memelihara kucing, terutamanya jika anda sedang hamil atau memiliki bayi di bawah usia satu tahun.

Jika ibu semua sudah yakin bahawa kucing anda benar-benar jinak, dan boleh menjadi teman bermain si kecil, maka tak ada salahnya untuk anda membiarkan anak anda bermain dengan haiwan berbulu yang comel ini.

24 foto persahabatan bayi dan kucing yang akan buat anda berkata “aawww”!

Untuk meyakinkan anda bahawa persahabatan bayi dan kucing boleh terjadi, kami ada kongsikan 24 foto berikut, yang pasti akan membuatkan hati anda cair!

1. Bujibu dan Yusuf Iskandar – Bersaudara selamanya!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

2. Rakan bermain di buaian

3. Penghibur di kala duka

4. Rakan tidur bersama

5. Pandai pula si garfield ini meniru pose berbaring bayi

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

6. Apa yang penting? Kerjasama! (Jangan tiru di rumah ya)

7. Peneman tatkala sedang belajar dan berkarya

8. Tidur lelap bersama – dah macam kembar pula bila tengok dua kali!

9. Penghangat buat bayi yang sedang tidur!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

10. Rakan bermain bersama di padang

11. Melihat salji dari jendela

12. Lembut dan sedap pula letak kepala atas “bantal” ini…

13. Bermain wap air bersama pada cermin tingkap

14. Sikit lagi dah boleh mandi ni!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

15. Awwwww….

16. Makan sama-sama, comot pun sama-sama

17. Kalau dah namanya bestfriend, tidur pun kena la berpegangan tangan…

18. Jom tengok, jari siapa lagi montok?

19. Mama, apa atas kepala saya ini?

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

20. Awak buat apa atas itu, Meow?

21. Amboi, seronoknya dia dapat bermain dengan si comel!

22. Menonton bersama, si comel yang memilih ceritanya

23. Okay, sekarang nak tonton cerita apa pula, Meow?

24. Sahabat, untuk selamanya.

Memang sweet kan bila tengok foto ini satu persatu? Boleh buat kita terasa nak bela seekor kucing pula!

Namun, jika anda ada si bulu comel di rumah, pastikan anda mengawasinya ketika ia bermain dengan anak anda.

Jika benar anda ingin membela seekor di rumah, pastikan anda tahu sama ada anda akan ada waktu untuk memberinya makan, memandikan, dan mencuci kotoronnya.

Semakin lama anda membela si kucing ini, pasti semakin akrab hubungan antara si bulu dengan si kecil anda!

Semoga bermanfaat ya, ibu ayah sekalian.

Sumber: Boredpanda, The Asian Parent Indonesia dan IG Bujibuchempel

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The AsianParent Malaysia

Baca juga:

Koleksi Gambar Baby Comel Yang Buat Anda Rasa Geram & Ingin Tambah Anak Lagi!

Penulis

Noor