24 Nama Anak Yang Unik & Menarik Yang Membawa Tuah & Bermaksud Rezeki Untuk Si Manja Anda

Ini senarai nama anak yang membawa tuah untuk si kecil kerana setiap ibu bapa selalu mendoakan kehidupan anak yang penuh rezeki dan berkat.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Apabila memilih nama untuk anak, adakah ibu bapa mementingkan maksudnya atau memilih nama anak yang membawa tuah? Ataupun anda inginkan anak lahir dengan nama yang membawa maksud rezeki?

Sudah tentu kita memang cukup bertuah apabila anak dilahirkan sempurna dan tidak mempunyai sebarang masalah kecacatan. Biarpun setiap anak adalah anugerah dari Tuhan, adakah ibu bapa masih akan fikirkan nama yang membawa tuah untuk si kecil?

Sesetengah ibu bapa tidak akan melakukan ini disebabkan pendirian agama, tetapi ada juga yang melakukannya kerana ingin menanam identiti anak.

Adalah menjadi harapan ibu bapa agar anak mereka akan sentiasa bertuah dalam hidupnya.

Jika itu apa yang anda fikirkan, berikut antara beberapa nama anak yang membawa tuah untuk bayi perempuan dan untuk bayi lelaki:

Nama Anak Yang Membawa Tuah & Nama Yang Membawa Maksud Rezeki Untuk Anak Perempuan

1. Maylafaisha

Nama usul dari bahasa Inggeris. Ini bermakna anak perempuan raja yang bahagia dan bertuah

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

2. Abrianna / Sabrina

Berasal daripada bahasa Itali, nama ini mempunyai makna ibu yang membawa kebahagiaan

3. Salin

Dari bahasa Latin yang bermakna kebahagiaan atau tuah.

4. Darmaya

Berasal daripada bahasa Jawa yang bermakna, anak perempuan yang membawa keselamatan.

5. Felicity

Berasal dari bahasa Inggeris, yang bermakna nasib dan kebahagiaan.

6. Dhuhayu

Berasal daripada bahasa Indonesia yang bermaksud kejayaan, kecerdasan dan tuah.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

7. Nafisah / Naya

Dari bahasa Indonesia, maknanya kebahagiaan, kehormatan dan pernikahan.

8. Nasywah

Berasal dari bahasa Arab, ertinya kebahagiaan dan kegembiraan.

9. Qianzy / Qianzy

Asalnya dari Amerika, nama ini bererti anak yang bertuah.

10. Quinsha / Quinzha

Makna: pemimpin, gadis beruntung dan berkemampuan.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

11. Anggiana

Makna: seorang gadis yang berjaya, bijak dan bernasib baik.

12. Halona

Nama suku kaum India, yang bermakna nasib gembira.

Nama Anak Yang Membawa Tuah & Nama Yang Membawa Maksud Rezeki Untuk Anak Lelaki

1. Yuki

Berasal dari negara Jepun. Ini bermakna kebahagiaan dan nasib baik.

2.Toga

Nama ini berasal dari bahasa Indonesia dan bermakna seorang yang beruntung.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

3. Ramaditya

Berasal dari bahasa Indonesia, dan bermaksud seorang budak kapal yang gembira.

4. Tulis

Berasal dari bahasa Indonesia, dan bermakna kebahagiaan dan kehormatan.

5. Aryaguna

Nama anak yang membawa tuah ini bermaksud yang mulia, tegas dan dibina dengan baik.

6. Adiarizki / Adyarizki

Nama dalam bahasa Indonesia yang bermaksud hadiah dari Tuhan ataupun rezeki.

7. Rizqullah

Dari Bahasa Arab, dengan makna rezeki dari Allah.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

8. Atharrazka

Nama Islam dengan makna rezeki yang bersih.

9. Alfarisky / Alfarizki

Pembawa rezeki.

10. Verdianto

Dari bahasa Indonesia yang membawa erti rezeki yang mengalir.

11. Thamir

Nama anak yang membawa tuah Islam ini, bermakna banyak rezeki dan kebaikan.

12. Nadhirrizky

Nama dalam Islam dengan maksudnya mendapat rezeki yang baik.

Antara senarai nama anak yang membawa tuah di atas, mana pilihan ibu bapa? Ataupun ibu bapa ada cadangan lain?

Kongsi bersama kami di ruang komen di bawah.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Penulis

Rosanna Chio