Memiliki anak yang ramai adalah impian setiap pasangan suami isteri. Namun dalam masa yang sama anda perlu tahu bahawa besarnya tanggungjawab untuk mengasuh, membimbing, dan memberikan pendidikan terbaik kepada mereka.
Tiada siapa inginkan hidup yang susah. Namun jika diuji dengan kesusahan, kita sebagai ibu ayah perlu berusaha memberikan terbaik untuk kehidupan mereka.
Kisah Kehidupan 28 Anak 4 Isteri
Menurut pengalaman sukarelawan, Nurul Ima Rahman pada tahun 2021 lalu, telah mengejutkan warganet selepas beliau melawat sebuah keluarga untuk memberikan bantuan makanan.
Bayangkan, terdapat 28 orang anak yang tidak bersekolah, sementara empat orang isteri tinggal bersesak dalam sebuah rumah sewa.
Bagaimana mereka boleh mencari keselesaan setiap hari? Apa nasib anak-anak ini jika mereka tidak berpeluang menimba ilmu di sekolah seperti pelajar lain?
Berikut perkongsiannya di laman Facebook:
Anak 28 orang. Sulung 20 an dah lari tinggalkan keluarga, tinggal adik berderet deret dan paling bongsu umur setahun. Isteri ke 4 kini sedang mengandung lagi. !
Menyewa 2 buah rumah yang sempit, zakat bayarkan sewa. 1 rumah ada 2 bilik. 1 bilik, milik 1 isteri. Anak2 tidur mana? Berselerakan dalam rumah asalkan masih di bawah bumbung. (Katanya anak2 perempuan di dalam bilik. Harap2 lah betul)
Anak2 semua tak sekolah. Kata bapaknya dia tak ada transport nak hantar anak2 ke sekolah. Dulu pernah orang kebajikan bantu sewa van untuk anak2.
Tapi anaknya keluar tak mahu duduk dalam kelas. Bapaknya kata anak2 minda usahawan, genius. Umpama burung, tak suka terkurung.
Ini kali ke 2 kami jejakkan kaki ke rumahnya. Pukul 12 tengahari, ketuk pintu kuat, hampir 5 minit baru buka sebab isi rumah baru bangun tidur. Dan 5 minit pula tunggu dipelawa masuk, sebab masing2 kelam kabut kemas rumah.
“Maaflah rumah bersepah sikit.” Kata bini pertama.
Kami mula berbual.
Me : “Sekarang budak2 ni dah sekolah ke?”
Bapaknya : “Belum. Takpelah ingat nanti nak masukkan ke tahfiz je semua..”
Me : “Owh. baguslah.”
Sis tunjukkan handphone.
Me : “Encik tahu tak sekolah tahfiz ni. Dekat Klang. Ni tahfiz milik sepupu saya. Kalau kami aturkan anak2 masuk sini boleh tak.?”
Bapaknya : “Tak nak. ! Anak2 saya semua hanya akan masuk ke Pondok Pasir Tumboh di Kelantan. Pondok terbaik di Malaysia!”
Sis terpana kejap.
Me :”Kelantan? Jauh tu. Ada kenal sesiapa ke kat Tahfiz tu ?”
Bapaknya : “Takde. Tapi tu sekolah pondok yang terbaik di Malaysia. Dah lahirkan ramai orang2 hebat. Sekolah tahfiz lain saya tak nak. Nanti anak2 saya semua akan sambung belajar di Cairo.”
Me : “Ok baik. Bagus tu. Encik dah cuba aturkan ke macam mana nak masuk ke sana.?”
Bapaknya : “Nantilah tunggu isteri saya uruskan sekolah kerajaan..”
Me : ………
Allahu. Sis fikir kalaulah anak2 ini duduk di madrasah sudah tentulah ada makan minum, ada ibadat sempurna, ada tidur yang selesa. Tapi…… hmm.. #Sabar #MogaAllahJagaAnak2Ini
Maaf. Sis tak berniat nak post benda negatif, lebih2 lagi di bulan Ramadhan. Kalau anda ada cara sesuai untuk bantu anak2 ini dapat education dan nilai hidup yang lebih baik. Mohon bantuan. Sedih lihat wajah mereka.
Nurul Ima Rahman
Baca juga: Kerana Cinta Itu Buta, Isteri Muda Sarat Hamil Sanggup Hidup Susah & Tinggal Bersama Madu
Baca juga: Jadi isteri ketiga dan bermadu, wanita ini BANGGA kahwin suami orang!
Baca juga: Tugas Suami Dalam Rumah Tangga Menurut Islam, 5 Perkara Perlu Disediakan Untuk Isteri