3 Alternatif Denda Time-Out yang Boleh Anda Cuba

Denda time-out sememangnya telah menjadi satu kaedah ibu bapa untuk menyedarkan kesilapan atau menghukum anak-anak kecil. Namun, ada 3 alternatif denda time-out yang lebih berkesan dalam mendisiplinkan si manja anda. Jom baca!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Ketika anak sedang mengamuk atau membuat kesalahan, memang ada ibu bapa yang memilih untuk mengenakan denda time-out kepada anak mereka. Namun, tahukah anda, denda time-out adalah sebenarnya satu jenis hukuman yang boleh mengganggu emosi anak anda? Apa kata anda cuba 3 alternatif denda time-out yang lebih berkesan dalam mendisiplinkan anak anda.

Beza antara Denda Menghukum dan Denda Mendisiplin

Sebenarnya, tidak ramai yang tahu bahawa denda secara menghukum dan denda untuk mendisiplinkan adalah dua perkara yang berbeza.

Menurut Wendy Thomas di Pbs.org, denda menghukum adalah satu bentuk displin yang meninggalkan kesan kesakitan/terluka kepada diri atau hati anak-anak. Namun, denda mendisiplin adalah lebih kepada menetapkan had dan memberikan peraturan kepada anak-anak secara penjelasan atau pembelajaran.

Source: Slate.com

Sebagai contoh, denda menghukum adalah kata-kata seperti, “kenapa awak conteng dinding? – pergi time-out sekarang!” atau “buat kerja sekolah, kalau tidak, jangan keluar main”.

Kata-kata seperti ini mampu memberikan kesan kepada emosi anak-anak dan takut-takut ada kesan jangka panjang seperti: mereka akan mengingati kata-kata ini dan menyimpan dendam kepada ibu bapa. Dan, anda perasan tak yang selalunya, apabila diberikan time-out, tantrum si kecil akan menjadi lebih teruk – tangisannya menjadi semakin kuat!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Namun, denda mendisiplin adalah lebih kepada satu proses pembelajaran akibat kesilapan. Maka, kata-kata seperti “jangan pukul adik, kasihan dia sakit. Aina kan kakak yang baik?” atau “buat kerja sekolah, kalau sudah siap nanti, kita boleh pergi bermain di taman” adalah lebih baik.

3 Alternatif Denda Time-Out Yang Lebih Berkesan Untuk Mendisiplinkan Anak Anda

Di sini, kami ingin kongsikan beberapa alternatif denda time-out yang boleh anda cuba di rumah.

1.     Time-In

Berbanding time-out yang mengasingkan anak kita ke dinding atau satu sudut terpencil dalam rumah, apa kata kita cuba ‘time-in’. Ia merupakan satu proses di mana kita menenangkan tantrum anak dengan berkomunikasi dengannya.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Source: Mcvane.ge

Turunkan badan anda ke paras ketinggian anak anda dan buat eye-contact dengannya sambil berkata, “Apa masalahnya? Cuba beritahu ibu.” Jika dia mengamuk dan tidak bertenang, peluk dirinya. Menurut Lisa McCrohan, seorang psikoterapi dari Universiti Brown, ia adalah penting untuk berhubung (secara fizikal) dengan anak terlebih dahulu sebelum membetulkan kesilapannya.

2.     Denda Secara Tugasan

Lagi satu cara untuk memberi denda secara berkesan adalah melalui denda secara tugasan.

Sebelum itu, terangkan dahulu konsep perbuatan dan akibat kepada si kecil anda. Mereka adalah kanak-kanak kecil yang masih dalam proses pembelajaran. Kadangkala, mereka bukan sengaja melakukan kesilapan.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Jadi, daripada kita kata kepada anak kita yang sedang berguling atas lantai kerana inginkan mainan di kedai “Awak merengek di sini, balik nanti siaplah – kena time-out!”, katalah sebegini, “Kalau awak merengek di sini, mama malu.” Atau “kalau awak merengek di sini, orang lain akan tengok.”

Kemudian, berikan tugasan rumah kepadanya – contohnya, menyiram pokok setiap petang selama 3 hari atau membuang sampah selama seminggu. Apa yang berlaku adalah mereka akan sedar perbuatan salah mereka (daripada penjelasan) dan tahu bahawa ada akibat bagi setiap kesalahan (daripada denda tugas).

3.     Suruh Mereka Ulang Penyesalan Atas Kesilapan Mereka – Secara Lisan Atau Bertulis

Ini juga antara alternatif denda time-out bagi anak-anak yang telah melakukan kesilapan – terangkan kepada mereka kenapa mereka salah, apa akibat daripada perbuatan dan suruh mereka iktiraf kesilapan serta penyesalan mereka secara lisan atau bertulis.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Source: Huffpost.com

Contohnya: “Saya memukul ibu. Ibu sakit. Saya rasa bersalah” atau “Saya tidak patut bergaduh dengan adik. Kami akan cuba berbaik”.

Ini secara separa sedar akan membuatkan anak anda berfikir dua kali sebelum mengulangi kesilapan yang sama pada masa hadapan.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Jadi, apa kata anda cuba cara-cara yang kami kongsikan ini dan lihat bagaimana ia mengawal tingkah laku dan disiplin anak anda secara beransur-ansur!

Penulis

Noor