Kucing ataupun arnab adalah binatang peliharaan paling favourite bagi kanak-kanak dan ibu bapa sekalian. Namun, tak semua keluarga berani mengenalkan kedua binatang itu pada bayinya dengan banyak pertimbangan.
Selepas kebaikan dan keburukan memelihara binatang disenaraikan, ternyata mengenalkan anak pada binatang peliharaan sejak kecil mempunyai lebih banyak manfaat. Berikut 3 manfaat tersebut:
1. Memelihara haiwan dapat mengajar anak nilai-nilai murni
Bergaul bersama binatang peliharaan mengajarkan anak untuk mengenal tanggungjawab. Ia akan belajar bahawa binatang juga memerlukan makanan, mandi, bermain, dan perhatian seperti dia. Tangan kecilnya akan belajar bagaimana menyentuh dengan lembut binatang peliharaannya.
Dari berinteraksi bersama haiwan, anak juga akan mempelajari respon balik binatang peliharaannya berdasarkan apa yang ia lakukan. Dari sini, dia akan mempelajari tentang menjaga ikatan antar sesama makhluk alam.
2. Mempunyai haiwan peliharaan dapat meningkatkan keyakinan diri
Binatang peliharaan akan mencintai siapapun yang mencintai mereka. Sehingga mereka akan menemani apapun aktiviti-aktiviti anak. Saat anak berbual dan bermain dengan binatang peliharaannya tersebut, dia tidak akan merasa kesepian jika tidak ada orang di sekitarnya.
Penyelidikan menyatakan bahawa, apabila kanak-kanak membaca buku dengan kuat kepada penonton yang tidak mempunyai sikap pertimbangan seperti binatang, mereka akan belajar untuk membina keyakinan diri.
3. Memelihara binatang baik untuk tingkatan imun anak
Kanak-kanak yang sejak kecil atau bayi sudah berinteraksi dengan binatang akan menyesuaikan diri dengan mikrob baik yang ada pada binatang. Perkara ini baik untuk meningkatkan kekebalan tubuh dan melatih tubuh kanak-kanak agar tidak mudah radang.
Dalam sebuah penyelidikan, ia mengatakan bahawa bayi yang hidup dengan binatang peliharaannya lebih jarang sakit daripada bayi yang tidak mempunyai binatang peliharaan. Penyelidikan pada tahun 2012 menemukan fakta bahawa bayi yang punya anjing peliharaan memiliki sistem imun lebih kuat daripada bayi yang tak punya anjing peliharaan.
Memelihara binatang memang baik, asalkan anda menjaga kebersihan mereka. Ia juga penting untuk perhatikan binatang peliharaan yang biasa bermain di dalam rumah tentu saja memiliki kandungan mikrob yang berbeza dengan binatang peliharaan yang sering bermain di luar rumah.
Jika ibu bapa memutuskan untuk memberi si kecil teman berbulu berkaki empat seperti kucing atau pun arnab, pastikan binatang tersebut juga divaksin secara rutin agar kita bebas dari kerisauan jangkitan virus dan hal-hal yang tak diinginkan.
Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!