3 perkara yang boleh dipelajari daripada wawancara viral Profesor Robert Kelly

Liputan langsung dari wawancara comel yang terganggu ini telah menjadi tular. Tetapi jika anda korek lebih lanjut, akan terdedah isu keibubapaan untuk dipelajari.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Jika anda ada akses pada Internet, mustahil untuk anda boleh terlepas video yang sedang viral ini.

Ia bermula dengan cukup lancar. Profesor Robert E. Kelly, seorang pakar Sains Politik dari Universiti Pusan, Korea Selatan, sedang diwawancara oleh BBC melalui Skype tentang skandal pemecatan di Korea Selatan.

Dia kelihatan hebat dan bercakap dengan penuh yakin, secocok dengan gelarannya…untuk beberapa saat sebelum datang si kecil comel berbaju kuning berjoget masuk ke bilik pejabat di rumahnya.

Masuklah anak yang pertama.

Profesor Kelly tidak perasan pada mulanya yang wawancara beliau telah diganggu secara tidak sopan (tetapi dengan cukup comel) oleh anak perempuannya yang riang gembira sehinggalah dia diberitahu oleh si penemuramah.

Kemudiannya, profesor yang baik itu, walaupun sedikit bingung, menolak anaknya ke belakang dengan lembut tanpa membuat hubungan mata (dan kita akan bincangkannya selepas itu), dan, memohon maaf berulang kali, cuba untuk menyambung semula perbincangan.

Si comel ceria, datang semula dengan selamba sambil mengunyah pen sambil melihat ayahnya.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Tetapi tunggu…apa dan siapa di belakang itu? Masuklah anak kedua ke dalam bilik, selepas kakaknya, dalam kerusi bayi yang besar dan berbunyi, berjalan di dalamnya seperti seorang bos kecil!

Profesor tersebut bertambah bingung sekarang dan cuba untuk senyum (atau berkerut) dan ia kelihatan seperti temuramah tersebut akan berakhir, sehinggalah Emak Ninja memunculkan dirinya dengan tangkas seperti pengajar yoga, dan menyelamatkan keadaan (sudah tentu, itu tugas seorang ibu, bukan?).

Jung-a Kim, seorang pengajar Yoga, dan isteri profesor berkenaan, dengan hebatnya mengumpulkan semula pengganggu-pengganggu kecil tersebut, seperti seorang ibu yang hebat, dan menarik mereka keluar, tanpa menghiraukan bantahan si kecil, dalam masa beberapa saat sahaja.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Selepas membawa mereka keluar, untuk membolehkan si bapa meneruskan wawancara, dia menyelinap masuk semula dan menutup pintu.

Berakhirlah video paling kelakar untuk tahun ini.

Tetapi Adakah Ianya Sekadar Kelakar dan Seronok-Seronok?

Memang benar – saya boleh gelak dan menonton video ini berulang kali dan saya rasa anda yang membaca juga sama. Tetapi selepas saya mengelap air mata saya, saya sedar kemudiannya yang video ini telah mengajar banyak isu keibubapaan pada hari ini.

1.     Tuduhan

Tuduhan dan penghakiman yang diberikan kepada kedua-dua Kelly dan Kim adalah agak kasar, secara jujurnya. Si ayah dituduh tidak berinteraksi dengan anak-anaknya, bersikap dingin, kerana menolak anak perempuan ke belakang tanpa memandangnya langsung. Ibunya juga dituduh kerana menarik dan menolak anaknya keluar dari bilik.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Berkenaan dengan si ibu, biar saya terangkan bahawa hanya seorang ibu sahaja yang mampu untuk memaksa secara lembut begitu, bagi mengeluarkan anaknya dari situasi sukar tersebut. Dia melakukan apa yang dia perlu lakukan dan dia berjaya melakukannya.

Untuk si ayah, orang yang menuduh seolah-olah terlupa satu perkara penting: Kelly sedang bertugas (seperti orang lain di pejabat). Dia sedang di tengah-tengah wawancara secara langsung.

Ya, memang benar anak perempunya sangat menawan hati. Malah, keyakinan dan tahap keselesaannya berada di ruang tersebut menunjukkan yang dia selalu berada di bilik tersebut, kemungkinan ingin meminta ayahnya pen atau kertas untuk menconteng sambil ayahnya bekerja.

Tetapi dalam kes ini, ayahnya sedang berbincang tentang perkara global yang penting. Kalau mengikut keadaan di dalam bilik tersebut (buku-buku disusun elok di atas katil, peta di dinding, kot dan tali leher), wawancara ini amat penting buat Profesor Kelly dan dia mungkin telah bersiap sedia dengan bersungguh-sungguh.

Jadi kalau mengikut keadaan ini, otaknya mungkin sedang menjerit “Tidak, bukan sekarang!!” apabila si kecil menari-nari masuk ke dalam bilik tersebut.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Bagaimana seseorang boleh mengharapkan lelaki ini untuk mendukung anak perempuannya dengan tenang dan memeluknya? Dan kita sebagai ibu bapa tahu jika dia membuat hubungan mata dengan anaknya yang comel itu, dia pasti akan melompat-lompat atas ribanya dan mula menarik tali lehernya, atau memasukkan jarinya ke dalam hidung bapanya.

Dia, seperti isterinya, buat apa yang dia patut buat dalam situasi berkenaan. Saya pasti akan melakukan perkara yang sama.

2.    Andaian dan Stereotaip

Ada banyak komen di pelbagai post dan artikel tentang video ini yang menuduh Jung-a Kim berlaku kasar pada anak-anak, ada yang menuduh bahawa “pengasuh ini mungkin akan kehilangan kerjanya tidak lama lagi” dan sebagainya.

Fikiran saya lebih kepada betapa bagusnya si ibu ini mengendalikan keadaan tersebut dengan membawa anaknya keluar,  tetapi pada masa yang sama, dengan mentahnya mengandaikan yang dia adalah pengasuh.

Apabila sepupu saya (orang Asia berkahwin dengan orang putih) dengan sopannya menunjukkan kepada saya yang wanita dalam video tersebut bukanlah pengasuh (selepas saya mengongsikan video dan membuat komen pada laman FB saya), saya sedar betapa stereotaip boleh memberikan kesan kepada kita semua.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Dunia menjadi semakin kecil dan perkahwinan dan perkongsian pelbagai kaum ada di mana-mana, tetapi malangnya, begitu juga dengan stereotaip – dalam kes ini, membawa kepada pemprofilan kaum (contohnya, wanita Asia yang menguruskan anak orang putih mesti seorang pengasuh).

Mata saya kini terbuka dan ia adalah kesilapan yang tidak akan saya lakukan lagi.

Dan hal bagaimana Jung-a Kim menguruskan anak-anaknya, dia buat apa yang seorang ibu akan buat untuk membawa anak keluar dari situasi sukar tersebut, dan kepantasan adalah satu keutamaan dalam kes ini.

3.    Cabaran Bekerja di Rumah

Saya adalah seorang ibu yang bekerja dari rumah, jadi saya boleh faham Kelly dan situasi malang dan kelakar yang berlaku padanya, terjadi dek anak-anaknya yang comel itu.

Bekerja dari rumah bukanlah semudah yang disangka. Ya, ia memberi banyak manfaat dan kita yang mempunyai, saya gelarkan ia, suatu kemewahan, adalah bertuah dalam banyak hal.

Kita tidak perlu mengharungi traffic jam, kita boleh sentiasa berada dengan anak-anak, kita boleh mengelak dari politik pejabat dan pertengkaran, kita boleh kekal dalam baju tidur sehingga tengah hari (saya pasti profesor itu memakai seluar pendek di bawah kot dan tali lehernya yang smart itu)…dan banyak lagi!

Tetapi kerja dari rumah juga boleh menjadi agak sunyi. Anda perlu mempunyai disiplin diri yang tinggi untuk kekal produktif tanpa, atau dengan minimum, pengawasan dan sudah pasti, ada juga hal anak-anak.

Source: Cinderelladuty.blogspot.my

Jika anak ada di sekolah atau prasekolah, kita pasti akan mempunyai masa yang cukup untuk menyiapkan kerja. Ada juga masa selepas mereka tidur untuk benda jadi kucar-kacir.

Tetapi apabila masuknya si kecil (dengan gaya Profesor Kelly) dan anda akan mengalami gangguan maksimum terhadap tahap konsentrasi dan hal-hal lain.

Video Kelly dengan ringkasnya telah merumuskan kebanyakkan, jika tidak semua, cabaran-cabaran yang dihadapi oleh ibu bapa yang kerja dari rumah.

Saya cuma berharap yang dia telah mengunci pintunya (disebabkan oleh wawancara yang penting ini)…tetapi, kita pasti tidak akan dapat melihat saat-saat kegembiraan ini atau peluang untuk berfikir tentang hal-hal sebegini, kan?

Adakah terdapat sebarang nilai pengajaran? Kurang tuduhan, lebih banyak sokongan, sedikit gurau senda dan kunci pintu yang kebal adalah tip penting keibubaapan. Jom teruskan kerjasama dalam hal keibubapaan dan terus menyokong satu sama lain.

Tonton klip video yang popular ini di sini!

Sumber: The Asian Parent Singapore

Penulis

Noor