3 Sebab Mengapa Anda Tidak Patut Memberi Komen Tentang Berat Badan Seseorang

Tahukah anda sebenarnya memberi komen tentang berat badan seseorang itu, sama ada ia telah naik atau turun, adalah satu perbuatan yang tidak patut dilakukan. Kesannya kepada orang yang ditanya adalah lebih besar daripada yang anda sangkakan!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Perasan atau tidak, kita berada di dalam komuniti yang hanya memuji mereka yang berjaya menurunkan berat badan.

Mereka yang mengalami pertambahan berat badan dilabel sebagai orang yang malas serta tidak ‘cantik’.

Mereka juga tidak terkecuali daripada disarankan pelbagai jenis diet dan suplemen.

Hingga wujudnya budaya harus berdiet dan fobia akan kegemukan.

Tetapi, tahukah anda sebenarnya memberi komen tentang berat badan seseorang itu adalah satu perbuatan yang tidak patut dilakukan.

3 sebab kenapa anda tidak patut memberi komen tentang berat badan orang lain 

Berikut adalah tiga sebab utama mengapa anda tidak patut memberi komen terhadap berat badan seseorang;

  1. Berat badan bukanlah penentu segalanya

    Kita berada di dalam komuniti yang memberi persepsi berat badan naik adalah teruk dan berat badan turun adalah bagus. Malah, tanggapan asas ini sentiasa ada tidak kira peringkat umur. Tetapi sebenarnya, berat badan naik atau turun tidak memberitahu anda tentang kesihatan, kegembiraan, tabiat atau keadaan hidup seseorang.
    Loading...
    You got lucky! We have no ad to show to you!
    Iklan

    Orang yang anda puji kerana berjaya menurunkan berat badan mungkin sedang bergelut dengan masalah pemakanan atau sedang bergelut dengan penyakit yang membahayakan nyawa seperti kanser, depresi atau masalah lain. Orang yang anda tegur kerana berat badan naik pulak mungkin sedang pulih dari masalah makan atau baru memulakan pemakanan yang sihat.

    Menjadi kurus bukanlah “bagus” dan menjadi berisi bukanlah “teruk”. Badan manusia tidak sama dan sentiasa berubah-ubah. Ia tidak selamanya sama dan anda tidak harus malu dengan perubahan yang anda alami. Malah, seseorang tidak boleh dinilai hanya berdasarkan berat badan mereka.

  2. Komen mengenai berat badan boleh menjadi faktor pencetus buat sesetengah orang

    Ia kedengaran remeh dan seperti tidak masuk akal. Tetapi sebenarnya, ia boleh memberi impak yang sangat besar. Malah anda mungkin tidak pernah terfikir mengenainya. 

    Contohnya bagi seseorang yang pernah mengalami masalah pemakanan seperti anoreksia, ayat semudah ‘bila hendak gemuk’ boleh menyebabkan gangguan pemakanannya berulang sehingga boleh membahayakan nyawa. Besar bukan kesannya?

    Begitu juga jika anda memberi komen seperti ‘bila hendak kurus’ kepada seseorang. Anda mungkin tidak tahu yang dia sedang bergelut untuk menurunkan berat badan dan komen seumpama itu hanya menyebabkan dia putus asa. Ya, komen mengenai berat badan seseorang boleh menjadi faktor pencetus.

  3. Menyasarkan fokus utama yang lebih penting

    Isu imej badan boleh memberi impak yang sangat besar tidak kira sama ada perempuan atau lelaki. Tidak dinafikan terutamanya bagi perempuan yang menganggap menjadi kurus adalah keutamaan. Hingga tersasar dari fokus utama yang lebih penting.
    Loading...
    You got lucky! We have no ad to show to you!
    Iklan

    Contohnya, bagaimana seseorang itu boleh menjadi sangat hebat di dalam karier namun, fokus tersasar akibat sering kali menerima komen tentang berat badannya dan bukan prestasinya. Bukan salah mereka sepenuhnya, kerana masyarakat sekeliling ‘mendesaknya’ untuk lebih fokus dengan berat badan berbanding karier.

Eh, lama tidak berjumpa, terus bertanya pasal berat badan kita!

Sedih bukan apabila bertemu seseorang yang sudah lama tidak berjumpa, namun perkara pertama yang menjadi topik dibincangkan ialah berat badan.

Disebabkan ini jugalah ramai yang menjadi tidak yakin untuk bergaul atau berjumpa semula rakan-rakan untuk bersosial. Secara tidak langsung menjadikan kesihatan sosio-emosional mereka tidak sihat.

Dengan hanya memberi fokus pada rupa paras dan berat badan, seseorang yang berbakat tidak dipandang bakatnya.

Seseorang yang mempunyai potensi besar untuk maju tidak diberi peluang. Dan kualiti diletakan pada rupa paras.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Bukanlah lebih baik jika fokus yang sama diberikan kepada kelebihan dan potensi mereka?

Bukankah ia akan menggalakan mereka lebih bersinar dengan kelebihan mereka? Dan bukannya menjadi malap akibat ditutup dengan komen berat badan.

Ia bukannya mudah namun, mereka yang sentiasa diberikan komen harus bijak menangani komen-komen seumpama ini.

Supaya, emosi dan fokus diri sendiri tidak menjadi negatif. Senegatif komen yang diberikan.

Walaubagaimanapun, pemakanan yang sihat itu memang penting untuk kesihatan jangka masa panjang.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Lakukannya untuk diri sendiri dan bukanlah untuk memuaskan hati sesiapa.

Anda lebih dari hanya kata-kata orang. Anda menentukan siapa diri anda 🙂

Sudahkah anda baca kisah Elle yang hampir maut akibat terlalu memikirkan apa yang orang cakap tentang berat badannya? Baca kisahnya di sini. 
 
Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Penulis

Aqma