Anak- anak adalah permata yang berharga. Bagaimana kita menentukan corak hidup dia akan menentukan dan membentuk peribadinya. Dalam dunia serba canggih kini ibubapa berdepan dengan pelbagai cabaran dalam mendidik mereka. kita bukan hanya berdepan dengan masalah sosial anak-anak namun kurangnya minat mereka untuk menimba ilmu pengetahuan. Berikut adalah tip-tip dan strategi yang telah dibuktikan dapat memotivasikan anak anda untuk belajar. Guna dengan betul dan anda akan melihat anak mengetahui keseronokan pembelajaran.
1. Wujudkan minat membaca di dalam rumah
Ibubapa harus menunjukkan contoh teladan yang baik kepada anak-anak dengan turut serta menjadikan amalan membaca sebagai satu aktiviti bersama dengan itu akan mengalakkan anak lebih bersemangat untuk membaca dan jadikan masa untuk ceritakan kembali apa yang di baca sebagai satu aktiviti yang mengeratkan kembali hubungan antara anak dan ibubapa. Dengan ini anak akan lebih cenderung untuk membaca buku berbanding bermain gadget yang melalaikan.
2. Beri tumpuan terhadap minat anak anda
Pembelajaran akan menjadi menyeronokkan dan kanak-kanak akan tertarik dengan sesi tersebut apabila ianya melibatkan mereka dalam satu bidang atau subjek. Sekiranya anda benar-benar ingin menolong anak anda menjadi pelajar yang baik, dorong dia untuk meneroka topik dan subjek yang mereka minati. kerana setiap anak tidak sama minat dan keinginan mereka. Dalam soal ini ibubapa kena mainkan peranan untuk mengenal dan mengetahui minat anak anda dengan lebih mendalam supaya suasana pembelajaran lebih menyeronokan.
3. pembelajaran melalui permainan
Pembelajaran berasaskan permainan bukanlah konsep baru. Ianya sudah lama wujud. Menggunakan permainan sebagai alat pendidikan bukan sahaja memberi peluang untuk pembelajaran yang lebih mendalam dan pengembangan kemahiran bukan kognitif, tetapi membantu memotivasi anak-anak untuk ingin belajar. Apabila seorang kanak-kanak terlibat secara aktif dengan permainan, fikiran mereka mengalami keseronokan mempelajari sistem baru. Permainan yang menghiburkan memberikan faedah tambahan memotivasi anak-anak untuk ingin terlibat dalam proses pembelajaran dan ingin belajar lebih banyak.Pembelajaran berasaskan permainan juga merupakan motivasi yang efektif untuk pembelajaran berdasarkan pasukan – yang sangat memberi bermanfaat bagi anak-anak dalam suasana kelas. Kebiasaannya pelajar berusaha lebih keras dalam permainan daripada yang mereka lakukan dalam kursus. Permainan adalah lebih menarik. Terdapat juga aspek persaingan semasa bermain apa-apa jua permainan. Mereka mungkin berusaha untuk tampil di tahap yang lebih tinggi dalam usaha mendapatkan lebih banyak mata untuk pasukan mereka atau kerana mereka menginginkan peluang untuk bermain.Pelajaran berasaskan permainan adalah cara yang bagus untuk ibu bapa dan guru memperkenalkan idea, tatabahasa, konsep dan pengetahuan baru sejurus dapat memberikan motivasi kepada kanak-kanak untuk belajar.
Kesimpulanya, pelajaran akan lebih menyeronokkan andai kita sebagai orang tua menjadi contoh yang baik untuk mereka dan turut serta dalam aktiviti pembelajaran mereka dan memahami mereka bahawa setiap anak dilahirkan dengan kebolehan dan cara pembelajaran yang berbeza untuk mendapatkan ilmu.