4 aktiviti yang kita perlu elakkan selepas bangun dari tidur

Dari kecil, kita diajar, "Bangun pagi, gosok gigi", tetapi, bila bangun pagi, kita pula melihat telefon bimbit. Tahukah anda, bahawa ia adalah tabiat yang sangat buruk?

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Dari kecil, kita diajar, “Bangun pagi, gosok gigi”, tetapi, bila bangun pagi, kita pula melihat telefon bimbit. Tahukah bahawa ia adalah tabiat yang sangat buruk dan dalam jangka masa yang lama, ia akan menyebabkan tekanan kepada diri sendiri? Berikut adalah 4 Aktiviti yang kita perlu elakkan selepas bangun dari tidur.

Elakkan melihat telefon bimbit

Jika kita melihat telefon bimbit dahulu selepas bangun tidur, kesan buruk yang akan dihadapi, adalah mata dan tubuh akan menjadi cepat letih dan otak akan tertekan. Ini kerana, bila bangun pagi, kita akan terdedah kepada cahaya matahari yang menyegarkan minda kita.

Apabila terdedah kepada Facebook dan cahaya dari telefon bimbit pula, ia akan menyebabkan tekanan kepada kita.

Elakkan terus berdiri selepas bangun tidur

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Lakukan senaman ringan setelah bangun tidur adalah sangat baik untuk tubuh badan kita. Memadai jika anda hanya melakukan renggangan badan. Untuk pastikan tubuh anda lebih segar dan bertenaga untuk meneruskan hari yang mendatang.

Elakkan minum kopi setelah bangun tidur

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Meminum kafein setelah bangun tidur akan menurunkan kortisol dalam badan, jika kafein diambil sebelum pukul 9:30 pagi. Ini adalah kerana tubuh badan kita telah mengeluarkan kortisol dan pengambilan kafein akan menurunkan jumlah kortisol dalam badan kita. Kortisol penting untuk menurunkan stress, mengawal tahap glukosa, dan mengelakkan keletihan.

Sebaiknya, minum susu panas atau teh untuk mengekalkan kesegaran sepanjang hari.

Elakkan menekan butang snooze

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Jika menekan butang snooze dan tidur semula, anda akan berasa lebih letih kerana anda memulakan kitaran tidur anda. Cuba bangkit setelah bangun tidur, dan lakukan renggangan. Anda akan berasa lebih bertenaga.

Rencana dipetik daripada Hanasuva

Penulis

Michelle Goh