4 sebab kenapa kentut di depan pasangan akan membuat hubungan lebih kekal

Mulai sekarang, tak perlu malu kentut di depan pasangan. Hal itu bukanlah tanda bahawa anda jorok. Itu adalah tanda bahawa tubuh anda sesehat hubungan anda.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Kentut adalah mekanisme alami tubuh yang menandakan bahawa metabolisma kita sihat. Selain itu, para pengkaji juga mengatakan bahawa kentut di depan pasangan akan membuat hubungan lebih kekal.

Namun, tidak semua orang mahu kentut di hadapan pasangannya. Alasannya, perbuatan tersebut dianggap memalukan,menjijikkan, dan takut jika pasangan terganggu. Walhal, kentut di depan isteri atau suami sebenarnya mempunyai banyak manfaat!

1. Tanda kepercayaan

Ketika bersama pasangan, kita selalu ingin tampil sebagai yang terbaik. Kentut hanya akan merosakan kesempurnaan tersebut.

Seiring dengan waktu, kepercayaan di antara anda akan bertambah sehingga lama-lama satu sama lain akan menerima keadaan pasangan seadanya. Bahkan, laman khusus perkahwinan Save Marriage Forever sangat menggalakan pasangan suami isteri untuk tidak menyembunyikan kentutnya.

Jika sudah berkomitmen untuk menerima apa adanya sepenuh jiwa raga, masakan kentutnya tidak boleh diterima?

2. Penerimaan dan ketulusan

Penulis buku psikologi keluarga Leah DeCesare mengatakan bahawa hubungan yang sihat dalam keluarga asasnya adalah ketulusan dan kepercayaan. Pernyataan yang dikutip oleh Ozock ini menyatakan bahawa ketulusan itu dalam erti memahami apapun keadaan pasangan.

Jika keadaan pasangan sedang dihujung tanduk ingin buang angin, pasangan yang baik pasti akan menerima bunyi dan bau dari pasangannya dengan ikhlas bukan...

3. Mahu berkompromi

Leah Decesare juga mengatakan bahawa peristiwa pertama dalam pernikahannya yang membuat suaminya yakin akan tetap bersamanya adalah pada pertama kali dia kentut di hadapannya.

Peristiwa tersebut membuatkan si suami yakin bahawa dia dapat berkompromi dengan “bencana” apapun bersama isterinya setelah dia dapat melalui sesi buang angin isteri dengan baik.

Buang angin di depan pasangan juga dapat membuat anda merasa lebih bebas melakukan apapun. Pasangan juga akan tahu sejauh mana dia harus berkompromi dengan keadaan anda di saat yang tidak terduga.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

4. Menumbuhkan empati

Wanita selalu ingin tampil cantik. Lelaki selalu ingin tampil gagah. Satu kentut tidak akan mengubah keadaan itu menjadi sebaliknya.

Kentut adalah peristiwa alami seperti juga menangis, tertawa, mahupun makan. Jika ingin hidup selamanya bersama pasangan, jangan pernah menahan kentut anda.

Kerena, kentut di hadapan pasangan akan menumbuhkan empati di dalam hati yang apapun keadaan anda, pasangan anda tetap akan menganggap anda adalah manusia biasa yang mempunyai penat, emosi, kesedihan, ketawa, dan kentut seperti manusia lain.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Namun, jika anda adalah jenis orang yang kentut dengan bunyi dan bau yang luar biasa, tunjukkan empati dengan memberinya 'amaran' awal bahawa anda akan menjatuhkan “bom” tersebut. Ini agar pasangan yang sedang makan atau melakukan perkara lain dapat bersedia melakukan evakuasi dari kawasan tersebut.

Setelahnya, proses menjatuhkan “bom atom” dan evakuasi selesai, jangan lupa tertawa bersama pasangan.

Adakah anda masih ingat bila pertama kali mendengar bunyi kentut pasangan? Bagaimana respon pasangan saat pertama kali mengetahui bahawa anda baru sahaja buang angin?

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Jika ya, berikan artikel ini sebagai tanda peringatan bahawa anda mencintai dan menerima apapun yang ada pada dirinya. Baik dari segi fizikal dan bukan fizikal, dalam bentuk padat, cecair, mahupun gas…

Selamat mengimbau kenangan bersama pasangan. Semoga kentut yang singkat dapat mengekalkan hubungan anda.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Penulis

Syahar Banu